![]() |
| "Buku program boleh diakses melalui pautan ini. Sila klik untuk maklumat lengkap." |
Sambutan Hari Sukan Negara merupakan program tahunan peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti bersukan. Pelbagai acara sukan dan riadah dianjurkan sebagai usaha membudayakan sukan dalam kehidupan seharian masyarakat. Program ini juga selari dengan pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui penyertaan aktif dalam sukan di peringkat sekolah, murid-murid dapat dibentuk menjadi individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
SK Taman Putra Perdana (SENADA) telah berjaya melaksanakan sambutan Hari Sukan Negara bagi kedua-dua sesi persekolahan dengan lancar dan penuh semangat kesukanan. Aktiviti seperti penalti bola sepak dan penalti bola jaring yang dijalankan mengikut kelas telah mendapat sambutan yang amat baik daripada murid-murid. Kesemua aktiviti berlangsung dalam suasana yang terkawal, ceria dan teratur. Majlis penyampaian hadiah juga telah disempurnakan, sekaligus menutup tirai program dengan jayanya. Program ini bukan sahaja mencungkil bakat sukan murid, malah turut memupuk nilai kerjasama, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan warga sekolah."
Berikut adalah kelas yang berjaya menggungguli pertandingan Penalti Bola Sepak & Penalti Bola Jaring dan momen-momen sepanjang program dijalankan:


.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment