Mata pelajaran Jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak KBSR sehingga KSSR. Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam Pelajaran Jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Justeru langkah Program jQAF melaksanakan Kem Cemerlang Jawi bermula tahun 2017 akan mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah. Ia patut diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna.
Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi penguasaan Jawi murid yang masih lemah terutama aspek mengenal, membaca dan menulis Jawi dengan baik.
BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Tarikh :
25 April 2026
Hari :
Sabtu
Masa
: 7.45 pagi - 11.00 pagi
Tempat : SK
Taman Putra Perdana
Semoga dengan terlaksananya program ini dapat membantu murid-murid mengaplikasi kemahiran - kemahiran yang dipelajari dengan lebih berkesan dan seterusnya kemahiran dan penguasaan jawi dapat dipertingkatkan.





No comments:
Post a Comment