... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Bola sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola sepak. Show all posts

Thursday, July 21, 2022

Sambutan Meraikan Kejayaan Pasukan Bola Sepak Mempertahankan Kejuaraan Kali Ketiga Berturut-Turut

Sambutan ini diadakan pada hari Khamis, 21 Julai 2022 dan diadakan di Dataran Perhimpunan SK Taman Putra Perdana. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk meraikan semula kejayaan para pemain mempertahankan kejuaraan Bola Sepak buat kali ketiga berturut-turut iaitu Edisi 2019, 2020 dan 2022 bersama-sama Guru Besar, barisan Guru Penolong Kanan dan semua guru serta semua murid SK Taman Putra Perdana. Walaupun setiap tahun dengan pemain yang berbeza tetapi semangat yang ditunjukkan para pemain adalah sama iaitu hadir untuk menjadi Juara. 

Sambutan ini juga dihadiri oleh YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohamed Suffian dan Coach Zamri iaitu Jurulatih ZH Soccerstar serta sebahagian ibu bapa pemain yang sudah tentu berbangga atas kejayaan anak-anak mereka. Sambutan ini dimeriahkan dengan Ucapan Guru Besar, Ucapan YDP PIBG, Ucapan Coach Zamri serta penyampaian semula Medal dan Piala Kejuaraan di hadapan seluruh murid dan warga SK Taman Putra Perdana.

Lebih manis lagi, daripada 15 pemain SKTPP, 9 orang pemain telah terpilih mewakili Daerah Sepang dalam Kejohanan Bola Sepak Peringkat MSS Selangor. Mengambil kata-kata Coach Zamri dalam ucapannya, "Pencapaian sekarang bukan penentu kejayaan, bahkan yang lebih utama adalah hasilnya pada masa akan datang". 

Setakat ini bekas-bekas pemain Bola Sepak SKTPP yang menjadi Juara Edisi 2019 dan 2020 begitu ramai yang telah menyambung pelajaran dalam sukan bola sepak ke sekolah-sekolah sukan dan Akademi Bola Sepak. Malah, beberapa bekas pemain juga telah menyambung minat ke Sukan Olahraga di Sekolah Sukan yang terkenal di Malaysia. Akhir sekali, semoga semua pemain bola sepak yang telah mengharumkan nama sekolah akan berjaya pada masa hadapan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Di bawah disertakan gambar sepanjang sambutan dijalankan:

Semua pemain bersedia untuk berarak bersama Guru Besar, barisan Guru Penolong Kanan dan ibu bapa pemain

Guru Besar, Puan Rohaidah bt Mohd Ali bersama Piala Kejuaraan

YDP PIBG Tn Haji Khairul Azhar bersama Guru Besar, Pn Rohaidah dan Ketua Pasukan Dayyan mengetuai perarakan



































Friday, July 15, 2022

Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang 2022

Setelah setahun sunyi akibat penularan Pandemik Covid-19, akhirnya tahun ini Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang kembali lagi. Sudah tentu kejohanan ini amat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga SKTPP. Ini kerana, kejohanan kali ini akan menentukan sama ada pasukan Bola Sepak SKTPP mampu atau tidak untuk melakar sejarah baru bagi Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Sepang dengan menjuarainya buat kali ketiga berturut-turut selepas berjaya menjadi Juara dalam edisi tahun 2019 dan 2020.

Edisi 2022 ini dipengerusikan oleh SK Sg Pelek dan berlangsung selama tiga hari iaitu pada 13, 14 dan 15 Julai di Padang SK Methodist, Sg Pelek. Kejohanan ini disertai oleh 24 pasukan sekolah dari seluruh Daerah Sepang. Sebagai Juara edisi 2020, Pasukan SKTPP telah diletakkan dalam Kumpulan A bersama pasukan SK Kg Baharu Lanjut dan SK Sg Rawang melalui kaedah undian. Pada peringkat kumpulan tidak menjadi masalah untuk pasukan SKTPP apabila berjaya menundukkan pasukan lawan dengan jaringan 1-0 (SKKBL) dan 3-0 (SKSR). Hasil 2 jaringan Haikal7 dan 1 jaringan Adib10.

Pada pusingan kedua mempertemukan SKTPP dengan SK Sg Merab Luar. Perlawanan dikuasai sepenuhnya pasukan SKTPP dan berjaya menang dengan jaringan 2-0. Jaringan dicetak oleh Haikal7 dan Azim8. Meneruskan perjuangan pada pusingan Suku Akhir menentang SKTPP 2. Sekali lagi pasukan SKTPP menang dengan jaringan 2-0. Kedua-duanya dijaringkan oleh Haikal7.

Kehangatan semakin ke kemuncaknya apabila SKTPP bertemu pasukan yang menunjukkan peningkatan yang sangat baik sepanjang kejohanan iaitu SK KLIA pada peringkat Separuh Akhir. Aksi pada peringkat ini sangat seimbang apabila kedua-dua pasukan bertali arus menyerang gol lawan masing-masing. Disiplin dan kekentalan yang jitu ditunjukkan oleh pertahanan yang diketuai oleh Amir2, Dayyan11 dan Nik4 berjaya mematahkan serangan dari pasukan SK KLIA. Akhirnya perlawanan terpaksa dibawa ke penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada masa perlawanan sebenar. Syukur kepada Allah, aksi ketangkasan Penjaga Gol SKTPP Aqil13 berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti pihak lawan dan membawa SKTPP ke Peringkat Akhir dengan keputusan SKTPP menang 3-2.

Pada Perlawanan Akhir, SKTPP bertemu semula dengan pasukan SK Kg Baharu Lanjut yang sama-sama berada dalam kumpulan A ketika Peringkat Kumpulan. Kejayaan SKKBL menewaskan pasukan-pasukan lain sehingga berjaya ke Perlawanan Akhir sedikit merunsingkan pasukan SKTPP. Namun, gerakan-gerakan serangan yang direncanakan oleh Pemain Tengah Azim8 dan Afif17 memberi bantuan yang sempurna untuk pemain lincah Haikal7, Syafiq9 dan Adib10 memperkotak-katikkan barisan Pertahanan SKKBL. Hasilnya, pasukan SKTPP berjaya menewaskan SKKBL dengan jaringan 3-0. Jaringan yang dilakukan oleh Azim8, Haikal7 dan Amir2 telah menobatkan pasukan SKTPP sebagai Juara Bertahan buat kali ketiga berturut-turut.

Alhamdulillah.. syukur atas kurniaan Allah yang telah mengurniakan kejayaan ini. Kejayaan ini telah memastikan Piala Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang pulang semula ke SKTPP dan SKTPP berjaya melakar sejarah baru sebagai satu-satunya pasukan yang berjaya menjadi Juara sebanyak tiga kali berturut-turut. Tahniah dan terima kasih atas pengorbanan setiap pemain yang mewakili SKTPP. Penghargaan tahniah dan terima kasih juga kepada Coach Zamri, Pn. Rohaidah, Cikgu Musrizuan, Cikgu Rusydan, Sir Saifullah, Ustaz Zubair dan semua ibu bapa pemain yang banyak berkorban dalam memastikan kejayaan ini dapat dicapai. Tahniah, kita Juara Hatrik! Mari kita nikmati kejayaan ini dengan melihat  beberapa gambar dan video sepanjang kejohanan berlangsung di bawah :

Juara tiga kali berturut-turut

Barisan pemain 2022

Pemain bersama Pemain KL City, Azhar Apandi, Coach Zamri dan Cikgu Musrizuan

Pemain bersama Pemain KL City, Azhar Apandi, Coach Zamri dan Ust Zubair

Pemain bersama Guru Besar dan barisan Pentadbir semasa Majlis Pelancaran Jersi 2022

Guru Besar, Pn Rohaidah bt Mohd Ali memperagakan Jersi 2022

Barisan Pemain memakai Jersi seragam semasa pergi ke tempat Kejohanan

Pemain mendengar amanat Coach Zamri dan Cikgu Musrizuan sebelum memulakan perlawanan

Pemain mendengar amanat Cikgu Musrizuan sebelum memulakan perlawanan

Pemain mendengar amanat Coach Zamri dan Cikgu Musrizuan sebelum memulakan perlawanan

Bergambar sebelum Perlawanan Akhir menentang pasukan SK Kg Baharu Lanjut

Syafiq9

Adib10

Azim8

Amir2

Rayyan18

Rafaei19

Kurt16

Haikal7 Penjaring Terbanyak dengan 6 gol

Afif17

Alif5

Imran1

Aqil13, Hero Perlawanan Separuh akhir

Harith3

Nik4

Dayyan11 Ketua Pasukan

Bergambar bersama semua pasukan







Pemain bersama GPK Kokurikulum, Pn. Fauziah serta para ibu bapa yang hadir memberi sokongan.