... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Guru Penyayang. Show all posts
Showing posts with label Guru Penyayang. Show all posts

Friday, April 18, 2025

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025

 Salam Aidilfitri..

Setiap kali menjelang Syawal, semangat hari raya turut terasa di sekolah. Suasana ceria dan meriah menyelubungi warga sekolah apabila sambutan aidilfitri diadakan bersama guru-guru, murid-murid dan AJK PIBG. Sambutan ini bukan sekadar meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi turut menjadi ruang mempererat silaturrahim, menggalakkan sikap hormat-menghormati serta memupuk nilai kasih sayang dan tolong-menolong dalam kalangan komuniti sekolah. Dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jamuan raya dan persembahan murid Sambutan Hari Raya tahun ini menjadi kenangan manis buat semua.

Buku Program

Sekitar perjalanan aktiviti Sambutan Hari Raya Aidilfitri sesi pagi dan petang. Terima kasih kepada En Ali Shakran bin Ab Rahman (YDP PIBG) turut bersama-sama menyantuni anak-anak SKTPP.















lagi persembahan boleh ditonton di sini link 1 dan link 2


Semoga sambutan sebegini memberi seribu makna buat murid-murid SKTPP. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah!!


Sunday, October 20, 2024

Aktiviti Guru Penyayang : Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Julai-Oktober 2024

Pelbagai cara menarik minat murid-murid yang telah difikirkan pihak atasan iaitu KPM sehinggalah bahagian pelaksanaan iaitu pihak sekolah antaranya ialah aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid. Jelasnya, aktiviti ini merupakan satu daya tarikan untuk murid-murid hadir ke sekolah.

Terima kasih atas sokongan pentadbir En Mohd Izzuddin bin Yoop (Guru Besar) dan Puan Jumilah binti Ahmad (PK Hal Ehwal Murid) yang sudi meluangkan masa bersama-sama JK Guru Penyayang & guru bertugas mengalu-alukan murid dengan sapaan dan senyuman. Begitu juga terima kasih buat ibu bapa yang sangat mengambil berat terhadap kehadiran anak-anak ke sekolah.

Terima kasih En Mohd Izzuddin bin Yoop turun bersama-sama dalam aktiviti ini. 
Sedondon bersama anak-anak PRS yang bertugas😍 

Puan Jumilah binti Ahmad (PK HEM) bersama-sama
 murid-murid yang hadir awal ke sekolah

Lagi momen-momen menyambut kehadiran murid di Blog Bimbingan & Kaunseling (B&K)

Sila klik aktiviti bulan Julai-Ogos dan bulan September-Oktober untuk mendapatkan gambar-gambar aktiviti Guru Penyayang. Terima kasih kerana melawati blog B&K

Sunday, June 30, 2024

Aktiviti Guru Penyayang : Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Mei-Jun 2024

 Seawal 7.00 pagi, guru-guru bersama barisan pentadbir telah pun berada di pagar demi menyambut kehadiran anak-anak SKTPP. Senyuman yang terukir diharapkan mampu menyuntik semangat murid-murid hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu.

Sokongan dan aspirasi yang ada dalam diri seorang guru itulah yang menjadi pembakar semangat buat anak-anak SKTPP. Guru-guru juga sanggup berpanas menunggu kehadiran murid dengan senyuman sekali gus menyatakan gembiranya hati seorang guru melihat murid-murid mula melangkahkan kaki ke pintu pagar sekolah.

Buat anak-anak SKTPP, kejayaan adalah hasil dari kesabaran yang tidak berkesudahan. Teruskan berusaha walaupun terdapat dugaan di sepanjang jalan. Yakinlah pada diri sendiri dan kebolehan anda. Kepercayaan diri adalah kejayaan yang sejati😊

Rangkuman aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid sesi pagi dan petang.

















Tuesday, April 30, 2024

Aktiviti Guru Penyayang : Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Mac-April 2024

 Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ini dilaksanakan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan 2024/25 dan ianya telah menjadi satu budaya di sekolah ini. Aktiviti ini bertujuan mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid seterusnya memupuk perasaan suka hadir ke sekolah. Berikut waktu aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid dijalankan mengikut sesi:

  • Sesi pagi : 7.00-7.30 pagi
  • Sesi petang : 12.30 -1.00 tengah hari

Sekumpulan AJK Guru Penyayang telah ditugaskan di setiap pagar dan dibantu oleh guru bertugas pada minggu itu. Ucapan-ucapan positif yang dialunkan oleh guru-guru di pintu pagar menjadikan murid lebih bersemangat melangkah masuk ke sekolah.

Semoga aktiviti ini mampu memberi impak yang positif buat anak-anak SKTPP. Tahniah & terima kasih buat semua AJK Guru Penyayang sesi ini!!

Rangkuman gambar-gambar mengalu-alukan kehadiran murid sesi pagi & petang






















Friday, March 12, 2021

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Minggu Ke-2 Sesi Persekolahan Secara Bersemuka Tahun 2021 (8 - 12 Mac 2021)

Minggu ini merupakan minggu ke-2 sesi  persekolahan 2021 secara bersemuka bagi murid-murid Prasekolah, PPKI, Tahun 1 dan Tahun 2. Namun bagi  murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan secara bersemuka.

Aktiviti menyambut kehadiran murid di pintu Pagar A dan B masih diteruskan seperti minggu lepas oleh AJK Unit Guru Penyayang yang bertugas. Hasil inisiatif AJK Unit Guru Penyayang Sesi Pagi, pada hari pertama persekolahan minggu ini, semua murid sesi pagi mendapat pembaris sebagai hadiah kehadiran mereka ke sekolah hari ini.

Pada hari-hari berikutnya, Unit Guru Penyayang juga telah menyediakan sebanyak 30 hadiah setiap hari untuk murid-murid yang datang awal. Semoga inisiatif ini akan memberi semangat kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah.

Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti menyambut kehadiran murid yang sempat dirakamkan sepanjang minggu ini...

Murid-murid menerima pembaris sebagai hadiah kehadiran mereka ke sekolah
 
Murid-murid Tahun 3 yang datang awal mendapat hadiah pensel
 
Rezeki untuk murid-murid yang datang awal ke sekolah

AJK Unit Guru Penyayang dan Guru Bertugas Mingguan sama-sama menyambut kehadiran
 murid-murid di Pagar A dan B

Semoga murid-murid sentiasa termotivasi untuk hadir ke sekolah