... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Info Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Info Sekolah. Show all posts

Tuesday, January 28, 2014

Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan RM100 -2014

Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2014, bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah akan diteruskan pada tahun 2014. Bagi SK Taman Putra Perdana penyerahan ini telah dilaksanakan pada 21 Januari 2014 (Selasa) yang lalu. Sehingga ke hari ini seramai 85% ibu bapa telah mengambil wang tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada anggota polis dari Balai Putra Perdana yang telah mengiring pihak sekolah untuk mengambil wang bantuan tersebut di Putrajaya. 
Kepada ibu bapa yang belum mengambil wang tersebut bolehlah mengambilnya di pejabat sekolah seperti ketetapan berikut:
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
            2:00 ptg - 4.30 ptg
Tarikh tutup penyerahan wang ini pada 31 Mac 2014.
Suasana sesi penyerahan wang bantuan RM100



Disediakan oleh Mahadir Midun

Monday, January 18, 2010

Lencana Sekolah

LOGO SEKOLAH

Cogankata: TEKUN PROGRESIF PRODUKTIF
  1. 3 Bucu melambangkan 3 mercu tanda daerah Sepang iaitu Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA
  2. Pemancar Satelit - Melambangkan teknologi komunikasi yang menjadi pemangkin dalam peningkatan kemajuan sekolah
  3. Gegelang - Kesepaduan dan persefahaman yang utuh di antara warga sekolah.
  4. Buku melambangkan matlamat sekolah melahirkan insan yang berilmu yang bakal mewarisi kepimpinan Negara.
  5. Warna Merah melambangkan keberanian dalam menghadapi cabaran untuk menuntut ilmu.
  6. Warna Kuning melambangkan usaha dalam mencapai matlamat iaitu untuk menuntut ilmu pengetahuan.
  7. Warna Putih melambangkan kesucian iaitu membentuk nilai dan akhlak yang mulia agar menjadi insan yang cemerlang dan gemilang.

    LAGU SEKOLAH

    Bermula langkah pertama

    S.K Taman Putra Perdana

    Kami berjiwa setia

    Tekun belajar bersama

    Sayang sekolah kita

    Hormat kepada semua

    Jadi rakyat berguna

    Kepada nusa dan bangsa

    Bersamalah kita berusaha

    Produktif dan progresif

    Itulah matlamat kami

    Menjadikannya realiti

    Sekolah kebangsaan kita

    S . K Taman Putra Perdana

    Kami berjiwa setia

    Aman makmur bahagia