... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label KSSR. Show all posts
Showing posts with label KSSR. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Soalan-soalan Lazim Mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Dipetik dari Laman Web KPM
Soalan
SOALAN LAZIM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Jawapan
 1.Mengapakah KSSR diperkenalkan? 
Jawapan :

KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
2.Apakah maksud Kurikulum Standard?
Jawapan :

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang  perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:

- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
3.Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
Jawapan :

KSSR
 KBSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang:
• Komunikasi
• Kerohanian, Sikap & Nilai
• Kemanusiaan
• Perkembangan Fizikal & Estetika
• Sains dan Teknologi
• Keterampilan Diri
Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang:
• Komunikasi
• Manusia dan Alam Kelilingnya
• Perkembangan Diri Individu
Bahan Kurikulum:
• Dokumen Standard Kurikulum
Bahan Kurikulum:
• Sukatan Pelajaran
Reka bentuk kurikulum:
• Modular
Reka bentuk kurikulum:
• Linear
Organisasi Kurikulum:
Tahap I  (Tahun 1, 2 & 3)
• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif

 Tahap II   (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras & Elektif
Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi  Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit
Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
Fokus:
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
   
4.Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
Jawapan :

Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat  beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.
   
5.Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan?
Jawapan :

Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu.  Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST).  Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
6.Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? 
Jawapan :

Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani.  Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains.
7.Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK? 
Jawapan :

Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.
8.Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?
Jawapan :

KSSR tidak mengalakkan penjurusan.
9.Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah? 
Jawapan :

Ya.  Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.
10.Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :

Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.
   
11.Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK? 
Jawapan :

Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.
12.Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?
Jawapan :

Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan  dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.
13.Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :

Kemahiran asas TMK amat penting diajar  kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK.  Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan  secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.
14.Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam  seminggu?
Jawapan :
Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.
15Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
Jawapan :

Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
16Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
Jawapan :

Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.
17.Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
Jawapan :

Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks.  Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.
18.Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum  - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
Jawapan :

Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik.  Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu:

• Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid
19.Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa?
Jawapan :

Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK.  Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.
  
20Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer?
Jawapan :

Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet.  Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN.  Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan.
21Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
Jawapan :

KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di  KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk
22Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
Jawapan :

KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum.  Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.
23Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
Jawapan :

KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.
24Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
Jawapan :
Pendidikan Kesihatan Reproduktif  dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Friday, October 19, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS PBS KSSR DARI TERENGGANU

Pada 19 Oktober 2012 bersamaan hari Jumaat, sekolah menerima kunjungan dua kumpulan pelawat dari Marang Terengganu.  Kumpulan pertama yang mengandungi seramai 74 orang guru, ibubapa dan staf dari SK Bukit Sawa.  Sementara kumpulan kedua pula dari SK Kelulut terdiri daripada seramai 40 orang guru dan staf sekolah tersebut serta juruteknik komputer PPD dan JPN. Tujuan utama lawatan mereka ke sini ialah untuk melihat sendiri perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dijalankan oleh sekolah ini. Semoga lawatan ini memberikan input yang positif dalam melaksanakan PBS KSSR pada masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang lawatan tersebut:

 SK Bukit Sawa






 SK Kelulut


En. Zahari Ibrahim Guru Besar SK Kelulut menyampaikan cenderamata kepada Guru Besar

Pn. Malisha sedang membantu salah seorang guru dari SK Kelulut


Friday, March 9, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS PBS JPN SELANGOR DAN PEGAWAI-PEGAWAI PPD SELANGOR KE SK TAMAN PUTRA PERDANA

8 Mac 2012 Jabatan Pelajaran Selangor dan pegawai-pegawai PPD Selangor telah berkunjung ke SK Taman Putra Perdana untuk melihat cara-cara pelaksanaan PBS dijalankan di sekolah ini. Di samping itu mereka juga ingin melihat sistem fail PBS yang diamalkan di sekolah ini.

Lawatan itu diketuai oleh En Safari b Hj Alias (SPP JPNS) , En Johari b Ahmad (SPP JPNS), Balkis Ahmad (PPD Petaling Perdana), Amberin b Amin (PPD klang), Ahmad Kamal Idris (PPD Petaling Utama), Hanisah Mohd Ali (PPD Petaling Utama), Suhaila Karnain (PPD Petaling Perdana), Mohd
Saadan b Mat Daris (SPP JPNS), Machitah Zakaria (PPD Sepang), Fatimah Mohammad Tamin (PPD Sepang),Khairun Nizah bt Hasanudin, Jamiluddin Mat Yadi (PPD Hulu Langat), Hamidah Abd Samad, Hadiniah bt Ishak (PPD Hulu Sel),NOrzaidah Abdul Ghani (JPS) dan beberapa orang pegawai-pegawai PPD yang lain.

Kehadiran tetamu disambut oleh guru besar En Sukimin b Juki, Pn siti Habsah Ahmad (PK Pentadbiran), En Rosdin Ibrahim (PK Petang), En Ahmad Fuadi (PK KOKO), Pn Jamilah Ariffin (PK HEM) dan beberapa orang fasilitator iaitu Pn Jumilah Ahmad, Pn W Rosmawati W Ibrahim, Pn Nor Holwani Ibrahim,Pn Noranismawati,Pn Parimala a/p Vengadaslam, Pn Rozana Aziz,Pn Salina Mohd Tasu, Pn Kwa Jin Nee, Cik Noor Azlinda Kasmin, Pn Suzelawati Zakaria,Pn Arjunawati, Pn Normalisha, Pn Arnny Yusnita, Pn Arzah, En Zawadi dan beberapa orang lagi AJK yang terlibat.

Gambar-gambar sekitar lawatan :




















Wednesday, March 7, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS PBS SK TAMAN SRI MUDA 2

7 Mac 2012 seramai 17 orang guru-guru SK Taman Sri Muda 2 telah berkunjung ke
SK Taman Putra Perdana untuk melihat pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
yang telah dijalankan di sekolah ini.

Di samping itu, mereka juga ingin melihat pengurusan sistem fail seperti Fail Induk,
Fail Perkembangan Murid, Fail Pameran, Fail Instrumen dan Folder Pengajaran Pembelajaran yang telah diamalkan di sekolah ini.

Kedatangan tetamu ini disambut oleh Pn Siti Habsah (PK Pentadbiran) dan beberapa orang fasilitator iaitu Pn Jumilah Ahmad, Cik Noor Azlinda bt Kasmin, Pn Nor Holwani bt Yahaya,
Pn Parimala Vengadaslam, Pn Suzelawati bt Zakaria, Pn W Rosmawati bt W Ibrahim,
Pn Nurazlin bt Md Nor, Pn Salina bt Mohd Tasu dan Pn Noranismawati bt Md Faudzi.






Guru-guru SKTPP menyambut ketibaan tetamu yang hadir



Guru Besar memberi penerangan











Guru-guru SKTPP berkongsi pengalaman dan ilmu










Gambar sebelum tetamu pulang

Disediakan Oleh :Pn Jumilah dan Cik Noor Azlinda


Friday, March 2, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS PBS JPN NEGERI SEMBILAN

29 Februari 2012 bersamaan hari Rabu seramai 55 orang pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan telah datang melawat ke SK Taman Putra Perdana untuk melihat sendiri pelaksanaaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang telah dijalankan oleh sekolah ini.
Rombongan ini diketuai oleh En Pkharuddin Hj Ghazali (Ketua Sektor Penilaian & Peperiksaan) Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.Selain itu rombongan ini juga disertai oleh 2 orang pegawai Unit Kurikulum, wakil-wakil dari PPD Seremban, PPD Port Dickson, PPD Jempol, PPD Kuala Pilah,PPD Tampin ,PPD Rembau dan beberapa buah sekolah seperti SJKC Kuo Min, SK Linggi, SK Astana Raja, SK Tunku Besar Tampin, SK Tapak, SK Serting Felda, SK Undang Jelebu, SK Taman Semarak dan SK Desa Cempaka.

Kedatangan pelawat-pelawat ini juga turut diraikan oleh YDP PIBG SKTPP Tn Hj Shaharuddin b Ajam dan wakil dari JPN Selangor En Zakaria Ismail

Semua peserta rombongan dan pegawai-pegawai yang datang berpuas hati dengan maklumat dan cara pelaksanaan PBS ini.Banyak ilmu dan info diperolehi hasil dari lawatan ini.




ketibaan tetamu Bergambar kenangan En Pkaruddin menyampaikan ucapan


pelawat melihat fail-fail guru-guru SKTPP beri penerangan Taklimat di bilik mesyuarat