... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label LINUS. Show all posts
Showing posts with label LINUS. Show all posts

Thursday, February 11, 2010

LINUS SARINGAN LISAN (MATEMATIK)

  • Ditadbir pada 1-28 Februari 2010
  • Semua murid Tahun 1 perlu menduduki saringan lisan ini
  • Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (tidak lebih 3 orang)
  • Mengikut urutan soalan/12 konstruk
  • Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula mana-mana konstruk yang belum dikuasai murid
  • Murid ditaksir secara telus dan jujur
  • Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul kedua-dua item yang mengukur konstruk tersebut

SELEPAS PROSES SARINGAN

  • murid yang dapat menguasai konstruk 1 – 10 dikategorikan TELAH MENGUASAI asas numerasi – murid ini meneruskan pembelajaran di kelas Arus Perdana
  • murid yang tidak menguasai 10 konstruk itu, perlu dikenalpasti konstruk mana yang belum dikuasai – guru akan membuat diagnosis mengapa murid ini gagal sesuatu konstruk
  • seterusnya barulah diadakan program LINUS atau program khas murid bermasalah pembelajaran sebelum saringan seterusnya dibuat iaitu Saringan Bertulis pada 1 – 5 Mac 2010

Proses diagnosis dan program LINUS dilakasanakan oleh guru kerana HANYA guru yang layak dan wajar melaksanakan tugasan tersebut. Guru perlu menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing untuk memastikan kesemua 12 konstruk dikuasai murid.

Saturday, January 2, 2010

LINUS

LINUS

2010 bermulalah tahun keramat bagi program Literasi dan Numerasi (LINUS).

LINUS singkatan kepada 'Literacy and Numeracy Screening'.

Mulai 2010 semua murid Thn 1 akan ditapis kemahiran 3M.

Murid akan disaring sebanyak 3 kali (Mac, Jun dan Sep) berdasarkan kepada konstruk yang ditetapkan. KPM meletakkan sasaran celik 3M 100% pada tahun 2012 diperingkat kebangsaan bagi semua murid Tahap 1.

Matlamat yang ingin dicapai pada tahun 2012 akan bermula pada 2010.

Tugas penting bermula dengan menguasai semua aspek kemahiran dalam Modul Latihan Guru, Modul Guru dan Modul Murid.

Segala ilmu yang ada akan diturunkan pula kepada tenaga yang akan melaksanakan LINUS bermula pada 18 Januari 2010.

Kursus kepada semua guru Tahun 1, terutamanya BM dan Matematik akan bermula pada tarikh tersebut secara berperingkat-peringkat.

Bersedialah semua guru khusus yang mengajar BM dan Math Thn 1 2010.

Jangan jadikan tanggungjawab ini sebagai alas an.

Jadikan ini sebagai satu cabaran yang harus ditangani dengan komitmen yang tinggi.

Kita tidak seharusnya gagal memberikan keperluan asas 3M kepada semua murid selagi mereka tidak cacat. Insyaallah kita akan berjaya

Secara kasar LINUS adalah seperti berikut

  1. Best teachers will be allocated to Year 1 and 2. (Not exam year, i.e. Year 6)
  2. Previous remedial programme will not help students catch up when they enter mainstream education. LINUS is designed for students to be able to catch up to mainstream education
  3. Remedial teacher to student ratio to be 1:15, vs 1 per school currently
  4. Nurses in schools will screen for special needs students to identify those who require tailored special needs programmes
  5. LINUS programme to be driven at the district level by the PPD, with committed FasiLINUS (1 FasiLINUS : 20 schools)

Faktor penentu kejayaan program LINUS.

• Merupakan intervensi awal tahun 1

• Nisbah guru 1:15 murid

• Perkhidmatan jururawat 1 :700 murid

• Pengurusan dan penyeliaan dipertanggungjawabkan kepada PPD

dibantu dengan penyeliaan JNS

• Guru terbaik disekolah mengajar tahun 1

• Fascilinus membantu melaksana program LINUS di sekolah 1:20 buah

sekolah