... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Laporan. Show all posts
Showing posts with label Laporan. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

LAPORAN ANALISIS KEHADIRAN KOKURIKULUM KALI PERTAMA

TARIKH: 8 JANUARI 2013
MASA: 7.40 PAGI - 10.00 PAGI
AKTIVITI: UNIT BERUNIFORM
SESI: PETANG

UNIT
BILANGAN GURU
BILANGAN MURID
PERATUS %
PENGAKAP
11/13
49/57
86
PANDU PUTERI TUNAS
9/9
49/59
80
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
7/8
41/55
76
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
8/9
45/54
84
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
8/9
42/56
77
JUMLAH
43/48
226/281
82

Peratus guru yang memakai uniform: 57%

ULASAN :
Menjalankan pelantikan AJK bagi setiap unit. Pelantikan bagi unit masing-masing berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan oleh guru-guru penasihat. Kehadiran murid dan guru amat memuaskan.


Tuesday, December 6, 2011

Laporan Lawatan Tahun 6 2011

Pada 21-24 November (Isnin-Khamis) seramai 38 orang murid tahun 6, bersama 4 orang guru pengiring telah berpeluang melawat ke negeri Terengganu Darul Iman.  Cikgu yang terlibat mengiringi murid ialah Cikgu Maimunah, Cikgu Jamil, Cikgu Norhafiza dan Cikgu Ruby.  Program ini menjadi tradisi setiap tahun, iaitu murid tahun 6 akan dibawa melancong ke negeri-negeri lain selepas tamatnya peperiksaan UPSR.  Pada tahun ini, AJK Peningkatan memilih negeri Terengganu dan Gambang Water Park sebagai lokasi lawatan untuk murid-murid.  Program lawatan sambil melancong ini juga menjadi salah satu program yang dimasukkan dalam Program Selepas UPSR untuk murid-murid tahun 6.

Dengan adanya program lawatan ini, pihak murid akan dapat meluaskan pandangan mereka serta menambahkan pengalaman melawat  bersama rakan dan guru di akhir perjalanan hidup mereka sebagai murid sekolah rendah.  Lawatan ini juga akan meninggalkan kesan manis bersama guru dan rakan-rakan dalam kehidupan mereka.

Objektif program adalah seperti berikut:

1.    Menambah pengetahuan murid tentang budaya hidup di negeri Terengganu seperti pembuatan batik, keropok, dan sejarah tamadun Islam.
2.    Memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada murid-murid tahun 6 melancong ke negeri Terengganu bersama rakan dan guru.
3.    Merapatkan hubungan silaturahim antara guru dan murid sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah.
4.    Menanam sikap berdikari dan bijak mengurus diri sendiri selama 4 hari sepanjang masa lawatan tanpa bantuan ibu bapa.


Antara tempat-tempat yang berjaya dilawati adalah seperti:
1. Kilang membuat/mencetak batik
2. Kilang membuat keropok kelor
3. Pasar Payang di Kuala Terengganu
4. Muzium Negeri Kuala Terangganu
5. Taman Tamadun Islam
6. Pantai Batu Buruk
7. Masjid Terapung di Ajil
8. Masjid Kristal
9. Dataran Syahbandar

Berikut beberapa paparan gambar yang sempat dirakam semasa lawatan dijalankan.












Gambar di atas menunjukkan aktiviti-aktiviti di Kilang Batik Noor Alfa






Lawatan ke Muzium Negeri Terengganu



Makan-makan sambil melihat latihan kapal layar di Dataran Syahbandar






Gambar-gambar lawatan ke Taman Tamadun Islam




Lawatan ke Masjid Kristal


bergambar di dataran Syahbandar sambil menonton Monsun Cup



Singgah sebentar di Pantai Batu Buruk, hujan lebat menyebabkan aktiviti di tepi pantai tidak dapat dijalankan.



Kami menetap di Mak Teh Homestay




Dalam perjalanan pulang, kumpulan kami singgah di Taman Tema Gambang untuk mandi manda.

Sesungguhnya pengalaman 4 hari bersama-sama guru dan rakan-rakan tahun 6 banyak meninggalkan kenangan manis buat setiap ahli dalam rombongan lawatan ini.  Semoga pengalaman yang sedikit ini akan menjadi ingatan berpanjangan dalam diri semua peserta lawatan.

Monday, August 30, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE-32 (PAGI)

1. Laporan guru bertugas minggu lepas – Pn. Ainul Balkhish bt Mohd Aris
a) Teguran tentang sikap murid turun lambat semasa perhimpunan.
b) Teguran murid murid melakukan aktiviti menangkap berudu pada waktu rehat oleh murid-murid tahun satu.
g) Anugerah keceriaan kelas:-
1. 1 Myvy
2. 5 Lily
3. 6 Aurum
2. Ucapan guru bertugas minggu ini. – Pn. Azizah bt Ab Hamid
a) Makluman kepada murid-murid hari rabu akan diadakan majlis Khatam Al-Quran.
b) Nama murid-murid yang terlibat untuk menerima cenderahati dan sumbangan untuk anak yatim akan ditampal di dewan terbuka.
c) Perhatian murid tahun 6 Argentum, Ferum, Aurum dan Nikel, diwajibkan menghadirkan diri klinik sains pada hari Rabu, 1 September 2010. Bertempat di Pusat Sumber SKTPP, jam 8-10pg.
d) Bagi murid tahun 6 dari kelas lain yang tidak dapat hadir pada 14 dan 21 ogos yang lalu, diminta turut sama menyertai klinik sains fasa ke-3 ini.
3. LAWAD
BM - Inovasi – sesuatu yang baru diperkenalkan.
BI - branch - dahan
BA - - kuih raya
Pemenang Lawad
a. Sanjay - 5 Alamanda
b. Akid Rashid – 6 Kuprum
c. Aina ilyani – 1 wira

4. Ucapan GB
a. Sikap hormat-menghormati kepada ibu bapa, guru, sekolah dan lagu serta ikrar sekolah.
b. Sejarah kemerdekaan negara bermula dengan peristiwa Parameswara membuka Melaka.
c. Berdasarkan sejarah penjajahan negara, murid-murid dituntut bersyukur atas keharmonian dan kemakmuran negara kita.
d. Bersatu padu akan menjadikan kita maju ke hadapan.
e. Guru Besar mengucapkan :
• Selamat Hari Kemerdekaan
• Selamat Hari Raya
• Selamat menempuh peperiksaan UPSR untuk murid-murid tahun 6

Wednesday, July 7, 2010

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM SESI PAGI – 7 Julai 2010

Tarikh : 7 Julai 2010
Hari : Rabu
Jenis aktiviti : Kelab dan Persatuan / Permainan
Masa : 2pm - 4pm
Kehadiran murid : Murid Tahun 5 sahaja yang terlibat
Murid Tahun 6 terlibat dengan kelas tambahan
Catatan:
1. Aktiviti Kelab dan Persatuan / Permainan berjalan lancar, semua guru yang datang memberikan komitmen dan kerjasama.
2. Walaupun hujan turun, aktiviti Permainan berjaya dijalankan di Dewan Terbuka dan tempat letak basikal.
3. Murid terlibat dengan aktif.
4. Aktiviti yang dirancang oleh guru mencapai objektif.

Berikut adalah gambar antara aktiviti yang telah dijalankan:


Aktiviti Kelab dan Persatuan




Aktiviti Permainan


Friday, February 5, 2010

LAPORAN Perhimpunan MINGGUAN (Minggu KE-5)

HARI: Isnin
TARIKH: 1 Februari 2010
GURU BERTUGAS:
  1. En. Hafiz
  2. Pn. Jumilah
  3. Pn. Zulastri
  4. Pn. Linda
  5. Pn. Astina
  6. Pn. Noriza

PERHIMPUNAN:

  1. Bacaan doa
  2. Nyanyian - lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu Sekolah
  3. Ikrar - Rukun Negara, Ikrar Murid
  4. Laporan guru bertugas minggu ke-4
    1) Murid Tahun 1 kurangkan bermain semasa rehat untuk kurangkan kecederaan.
    2)Murid yang menunggang basikal di minta menuntun basikal semasa berada di dalam kawasan sekolah.
  5. Pn. Mazzaini mengulas tentang Kamus Bergerak
  6. Pn. Juli membuat pengumuman tentang perjumpaan Ketua dan penolong kelas.
  7. Pn.Shyarmala memberi sedikit penerangan tentang latihan merentas desa.
  8. Pn.Norlela (Guru Disiplin)
    Teguran tentang kedatangan murid ke sekolah lewat.
    Jangan masuk kelas semasa waktu rehat
    Semua murid makan di kantin sahaja.
    Buku kawalan kelas perlu di tandatangani guru matapelajaran yang masuk mengikut waktu mengajar atau guru ganti.