... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Minda Sihat. Show all posts
Showing posts with label Minda Sihat. Show all posts

Monday, June 1, 2026

Program Minda Sihat 2026 : Intervensi Umum Saringan Minda Sihat

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Intervensi Umum Minda Sihat berdasarkan dapatan Saringan Minda Sihat 1 yang telah dijalankan kepada murid. Saringan ini bertujuan mengenal pasti tahap kesejahteraan emosi, pemikiran dan tingkah laku murid agar bantuan serta sokongan yang bersesuaian dapat diberikan.

Intervensi umum dilaksanakan sebagai langkah awal untuk meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental, pengurusan emosi yang positif, kemahiran daya tindak (coping skills) serta pembentukan minda yang lebih sihat dan sejahtera. Melalui aktiviti yang dijalankan, murid didedahkan kepada teknik mengurus tekanan, membina keyakinan diri, mengamalkan pemikiran positif dan mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

Tujuan utama intervensi ini adalah untuk:

1.Meningkatkan tahap kesejahteraan mental dan emosi murid.

2.Membantu murid mengenal pasti serta mengurus emosi dengan lebih berkesan.

3.Mengukuhkan daya tahan diri dalam menghadapi cabaran harian.

4.Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, positif dan menyokong kesejahteraan murid.

5.Menyediakan sokongan awal kepada murid sebelum tindakan susulan yang lebih khusus dilaksanakan jika diperlukan.

Berikut gambar-gambar sepanjang tempoh intervensi dijalankan:


















Diharapkan intervensi yang dijalankan dapat membantu melahirkan murid yang lebih sejahtera, berdaya tahan dan mampu mengurus kehidupan harian dengan lebih positif selaras dengan aspirasi melahirkan generasi yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kesejahteraan diri.

Friday, March 20, 2026

PROGRAM MINDA SIHAT 2026 : Aktiviti Pembugaran Emosi Murid SKTPP

Dalam dunia serba pantas dan penuh cabaran ini, kesihatan mental semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Tekanan daripada pelajaran, kerjaya, hubungan sosial dan perubahan gaya hidup boleh memberi kesan besar terhadap kesejahteraan emosi seseorang. 

Oleh itu, pembugaran minda sihat menjadi satu keperluan penting bagi memastikan individu mampu mengurus stres, berfikir secara positif dan menjalani kehidupan yang lebih seimbang. Dalam membantu murid-murid SKTPP, Unit Bimbingan & Kaunseling mengambil inisiatif dalam proses mensejahterakan emosi murid dengan menjalankan modul dalam bidang Psikososial & Kesejahteraan Mental Murid (PKM). 


                                                                TEKNIK RELAKSASI