... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label PPDa. Show all posts
Showing posts with label PPDa. Show all posts

Friday, February 17, 2023

Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PPDa Tertutup Tahun 2023

Berkampung selama 3 hari di padang dan Dataran SKTPP sedikit pun tidak membuat murid-murid patah semangat dalam mengungguli pertandingan sebagai juara. Tahun ini, ada kelainan kerana menggabungkan 2 aktiviti permainan yang besar iaitu bola sepak & bola jaring. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini.

Seperti yang kita sedia maklum, kehidupan yang sihat amatlah penting dalam kehidupan seharian. Seakan-akan telah menjadi rutin setiap tahun Unit PPDa SKTPP mengadakan kejohanan seperti ini.  Program yang berasaskan sukan ini dikenali sebagai 'Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PPDa" telah mensasarkan murid Tahun 4, 5 & 6 sebagai peserta.

Objektif program kejohanan ini dan diharapkan ianya tercapai demi kecemerlangan murid SKTPP adalah seperti berikut;

👏Mengeratkan perpaduan dan hubungan antara murid

👏Melahirkan murid yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan bola sepak dan bola jaring

👏Memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri

👏Mencungkil bakat-bakat baru murid dan sebagai persediaan menyediakan pasukan sekolah yang cemerlang

👏Menjauhi gejala Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan & HIV/AIDS (DARVIH)

Lagi maklumat lanjut berkaitan aktiviti kejohanan di dalam Buku Program Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PPDa 2023.

Laporan bergambar sepanjang perlawanan dijalankan dirakam bagi mencipta kenangan buat pemain dan sekolah. Terima kasih juru lensa kamera yang begitu giat aktif mencari angle yang menarik untuk tatapan semua. 

Perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring antara kelas bermula dari 14 - 16 Februari 2023 (Selasa - Khamis). Penyelaras bersama-sama jawatankuasa kejohanan telah bertungkus-lumus dalam memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar.  

   👏Sebahagian gambar dan video sepanjang perlawanan Bola Sepak & Bola Jaring👏










       

Majlis Perasmian Penutupan & Penyampaian Hadiah telah dijalankan pada 17 Februari 2023 (Jumaat) hari terakhir sekolah dan telah dirasmikan oleh Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar SKTPP). Terima kasih kepada Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG), Pn Normawati bt Saad (NYDP PIBG) dan En Mohd Zamri bin Hassan (Pengerusi Soccer Star) kerana sudi hadir bersama-sama dalam majlis pada hari ini.

          👏Gambar sepanjang majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah👏











Tanpa kerjasama yang padu tidak mungkin kejohanan seperti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua JK yang telah bertungkus-lumus memastikan kejohanan ini dapat dijalankan seperti yang dirancang. 


"Thumbs Down" tidak pernah dilupakan. Semoga murid-murid SKTPP kekal dengan benteng Benci Dadah yang telah ditanam dalam minda bermula 2014 lagi.
👎👎👎

Thursday, February 18, 2021

Ceramah Kesedaran Bahaya Dadah Peringkat Negeri Selangor 2021


Bermula pukul 8.15 malam, murid-murid telah menunggu di hadapan skrin komputer/laptop/telefon bimbit masing-masing. Tahun ini aktiviti PPDa dibugarkan kembali demi menjaga benteng kemenjadian murid-murid SKTPP.

Program yang berlangsung secara live ini melibatkan lebih 300 buah sekolah seluruh negara. Terima kasih kepada tuan penceramah iaitu En Noorhisham bin Hamzah yang berusaha menjadikan program ini program kolabrasi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Walaupun dalam PKP, namun murid sentiasa bersemangat dalam menimba ilmu pengetahuan. Cikgu sungguh teruja dengan sokongan yang diberikan.

Semoga pembugaran kembali info-info berkaitan PPDa dapat membantu warga SKTPP dalam menjana murid-murid yang berkualiti dari segi sahsiah dan rohani.

Poster Ceramah Kesedaran Bahaya Dadah

Ucap tama oleh Tuan Hj Izmi bin Hj Ismail (Pengarah JPNs)

Penceramah yang hebat, En Noorhisham bin Hamzah

Mendapat lebih 79k views pada malam ini

Berikut perkongsian slide sepanjang ceramah beliau












Antara gambar guru-guru dan murid-murid menonton live di rumah masing-masing yang sempat dikongsikan.
Simbol 👎👎👎👎👎👎👎👎👎SKTPP Benci Dadah 
tidak pernah lupa oleh warga SKTPP.

















Selamat Hari Antidadah Kebangsaan 2021

"Lebih Baik Cegah"




































Wednesday, February 17, 2021

Jangan Lupa Temujanji Kita!!

Ceramah kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah;

Tarikh : 18 Februari 2021 (Khamis)

Masa : 8.30 - 9.30 malam

medium : www.youtube.com/shamtvmedia

Murid-murid jangan lupa ya😍😍😍😍dengar dan faham apa yang disampaikan oleh tuan penceramah dan sebagai aktiviti tambahan sila buat peta minda atau infografik berkaitan dengan maklumat yang disampaikan. 

Sebarang persoalan boleh hubungi Cikgu Arzah di talian 0187694951. Ada hadiah🎁 menarik menanti kamu!!

Thursday, January 31, 2019

Lawatan Penanda Arasan PPDa Sekolah Kebangsaan Subang

Pada 31 Januari 2019 bersamaan hari Khamis, SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan penanda arasan PPDa buat kali kedua tahun 2019. Lawatan kali ini ialah dari Sekolah Kebangsaan Subang yang terdiri daripada 30 orang guru termasuk Guru Besar SK Subang; En. Fadzli b. Kamarudin. Para pelawat sampai pada pukul 10.00 pagi. Mereka dibawa ke bilik mesyuarat Terminal Muafakat  dan dijamu sedikit makanan yang telah disediakan.

Selesai makan, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Hj Muhammad Taib. Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Rohaidah binti Mohd Ali berkaitan dengan latar belakang Bilik Sumber PPDa SK Taman Putra Perdana. Seterusnya, ucapan daripada Yang Dipertua PIBG; Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian berkaitan dengan peranan PIBG sekolah serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah; terutamanya bagi aktiviti sekolah yang terlibat dengan pertandingan peringkat yang lebih tinggi. Pihak PIBG banyak membantu dari segi kewangan dan sumbangan barang-barang yang diperlukan oleh pihak sekolah. Kerjasama pihak sekolah dengan PIBG serta komuniti setempat amat penting bagi menjayakan sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Guru Besar SK Subang; En. Fadzli bin Kamarudin. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru kerana sudi menerima lawatan dari SK Subang untuk melihat  Bilik Sumber PPDa SKTPP. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat dan berkongsi ilmu untuk menjayakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). 

Selepas itu, tayangan multimedia berkaitan dengan proses dan pelaksanaan bilik sumber dan aktiviti PPDa SKTPP dipersembahkan. Selesai tayangan multimedia, guru besar SKTPP dan SK Subang saling menandatangani sijil jaringan lawatan penanda arasan PPDa serta bertukar sijil dan cenderahati dari sekolah masing-masing.

Agenda yang seterusnya ialah melawat ke Ujana Ilmu SKTPP bertujuan untuk berkongsi idea dan maklumat berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Selepas lawatan ke Ujana Ilmu SKTPP, sesi bergambar di Dermaga Minda bersama-sama guru-guru SK Subang dijalankan sebagai tanda kenang-kenangan. Selesai sesi bergambar beralih pula kepada agenda utama iaitu melawat Bilik Sumber PPDa SKTPP. Terakhir sekali, guru dari SK Subang dibawa ke bilik Kaunseling untuk melihat fail-fail berkaitan dengan bilik sumber PPDa SKTPP.  

Diharapkan semoga lawatan ini dapat memberi maklumat dan idea-idea baru kepada guru SK Subang untuk menyediakan Bilik Sumber PPDa yang menarik dan lebih cemerlang di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru-guru SK Subang dengan guru-guru SKTPP.

Gambar-gambar sekitar lawatan dijalankan:







































Disediakan oleh : Mawaddah binti Kamarulzaman