... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Perhimpunan Mingguan. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan Mingguan. Show all posts

Monday, August 11, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-30 (Sesi Pagi)

Tarikh    : 11 Ogos 2014
Masa     : 7.30 - 8.30 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan

      Guru Bertugas :
1. En Mahadir b. Midun
2. Pn Nor-Azura bt. Mustafa
3. Pn Roseniza bt. Setapa
4. Pn Noor Azila bt Ngah
5. Pn Nurliza bt Ab Rahman
6. Pn. Rosmaria bt Idris
7. Pn Ainul Balkhis bt Mohd Aris
8. En. Zurilazman b. Abdullah

Laporan, ulasan, nyanyian, bacaan doa dan ikrar :
a) Nyanyian dipimpin oleh Puan Astina binti Mad Nor.
b) Bacaan doa diketuai oleh Muhammad Shahrizal bin Rahmat (6 Seraya)
c) Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya : Pn Nurliza bt Ab Rahman
d) Ikrar Murid : Aniq Iqbal Bin Zulkarnain (6 Seraya)

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn Safinatunnajah :
      i.  Teguran kepada murid-murid mengenai keselamatan di tangga. Murid-murid  dinasihatkan supaya jangan bermain di tangga untuk elakkan daripada berlaku kecederaan.
     ii.   Murid-murid dinasihatkan agar tidak meludah di tangga dan murid-murid  juga diminta menjaga kebersihan kawasan sekolah.
   
Ucapan guru bertugas oleh Pn Nurliza bt Ab Rahman :
Tema : Semangat Patriotisme
            - Semangat patriotisme perlu dipupuk dalam generasi kini.
            - Murid-murid perlu berdiri tegak ketika nyanyian lagu Negaraku.
            - Semangat patriotisme juga boleh ditonjolkan dengan mengibar bendera Jalur Gemilang pada 
              bulan kemerdekaan.

Perkataan LAWAD :

i.                     Bahasa Melayu – Darjat
ii.                   Bahasa Inggeris – Dance
iii.                  Bahasa Arab – Yaminun

Ucapan daripada wakil pentadbir Pn Azizah bt Mokhlas.
           i.  Makluman  tentang Karnival DARIH yang akan diadakan pada 16 Ogos 2014. Pelbagai aktiviti
               disediakan pada hari tersebut. Murid-murid boleh hadir bersama-sama keluarga.
          ii.  Makluman tentang PKSR 2 akan bermula pada 19 hingga 20 Ogos 2014.

     Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan.
i.           Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Tuan Hj Ahmad Fuadi b. Sarham.

Sambutan Hari Lahir Murid-Murid - bulan Julai  (Program Guru Penyayang)
                   i.   Program Guru Penyayang pada hari ini meraikan sambutan Hari Lahir murid yang lahir pada
                        bulan Julai.

Puan Nurliza, pengerusi Majlis Perhimpunan Mingguan.

Barisan guru bertugas.
Laporan guru bertugas minggu lepas, Puan Safinatunnajah.
Ucapan perasmian Bulan Kemerdekaan oleh Tuan Hj Ahmad Fuadi b. Sarham
Perasmian Bulan Kemerdekaan. Tuan Haji Ahmad Fuadi membebaskan burung merpati sebagai simbolik kebebasan.

Sambutan Hari Lahir murid-murid yang lahir pada bulan Julai.





 



Monday, October 22, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 39 (SESI PAGI)

Hari:        ISNIN
Tarikh:    22 Oktober 2012
Masa:      7.30 - 8.25 Pagi

GURU BERTUGAS: 

  1. En Zaidi Mahmat (K)
  2. Pn Astina Mahad
  3. Pn Siti Rabiah
  4. En Mahathir Midun
  5. Pn Azwani Md Noordin
  6. Pn Rosmawati Desa
  7. Pn Nurliza Ab Rahman
  8. Cik Noor Azlinda Kasmin


LAPORAN

1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan doa ole adik Kamal Aizam (6 Xenix)
  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh En. Mahathir bin Midun
  • Ikrar murid oleh adik Atikah An-Nur (6 Xenix)

2. Laporan/ Ulasan guru bertugas minggu lepas ( Pn. Nurshakila bt Rusly)

  • Beliau mengingatkan murid-murid supaya tidak merayau-rayau sewaktu rehat. Waktu rehat diperuntukan untuk murid bersarapan.
  • Murid-murid perlu memastikan keadaan bilik darjah mereka sentiasa bersih walaupun sewaktu minggu peperiksaan. Murid yang bertugas perlu membersihkan kelas seperti biasa. Kelas yang bersih dapat membuatkan murid menjawab peperiksaan dengan tenang.

3. Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas


  • PPKI
  1. Semangat
  2. Tabah


  • Tahun 4


  1. Seraya
  2. Jati
  3. Resak
  • Tahun 5
  1. Merbuk
  2. Merpati
  3. Belatuk
  • Tahun 6
  1. Xenix
  2. Windows
  3. Palm
4. Ucapan guru bertugas minggu ini ( En. Mahathir bin Midun)
  • Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.
  • Tema minggu ini :  Kesopanan dan Kesusilaan
  • Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
                         
5. Perkataan LAWAD
  • BM : Dermaga  = Tembok Batu
  • BI   : Youth          = Remaja
  • BA : مبراة =  Pengasah pensel

6. Minggu Usahawan Tahun 6

  • Pn. Maimunah mengucapkan tahniah kepada murid-murid tahun 6 yang berusaha dalam menjayakan Minggu Usahawan iaitu pada 10 -12 Oktober 2012.
  • Minggu Usahawan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dunia perniagaan serta mengaplikasikan pembelajaran yang telah dipelajari di dalam kelas
  • Tahniah kepada kelas-kelas yang telah mendapat keuntungan tertinggi. Berikut adalah senarai kelas mengikut keuntungan yang tertinggi.
  1. 6 Xenix 
  2. 6 Windows
  3. 6 Solaris
  4. 6 Novell
  5. 6 Midori
  6. 6 Unix
  7. 6 Symbian
  8. 6 Palm
  9. 6 Linux
7. Ucapan Hari Inovasi dan Kerjaya - Pn. Mazaini
  • Hari Inovasi bertujuan mencungkil daya kreativiti murid dan guru dalam mencipta sesuatu yang berinovasi. 
  • Murid boleh melawat ruang pameran bermula pada pukul 9.00 pagi.
8. Ucapan Guru Besar ( En Sukimin b Juki)
  • Murid diingatkan supaya jadikan angan-angan itu sebagai cabaran supaya tercapai. Janganlah jadikan angan-angan hanya sebagai angan-angan Mat Jenin. Setiap angan atau impian itu kalau diusahakan pasti akan berjaya. 
  • Idea-idea yang kreatif dan inovatif dapat mencipta sesuatu yang luar biasa. 
  • Guru dan murid terpilih akan membuat Pameran di KL Convention Centre sempena National Innovation Conference and Exhibition (NICE) pada 5-7 November 2012.
  • Murid-murid boleh mengetahui cabang kerjaya melalui pameran yang disediakan. Oleh itu murid perlu mengambil maklumat sebanyak mungkin untuk memilih kerjaya yang menjadi pilihan. 
  • Guru Besar merasmikan Hari Inovasi dan Kerjaya 2012.
Perhimpunan ditamatkan pada jam 8.25 pagi


Monday, July 12, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 25

Tarikh : 12 Julai 2010

Masa : 7.45 - 8.15 pagi

Guru Bertugas : Puan Zaleha (K)

: Puan Zainur Jimah

: Puan Nur Syukri Hidayati

: Puan Ezza

: Puan Mazzaini

: Encik Mohd Rusydan

Laporan perhimpunan:

1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.

2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian dikendalikan oleh Puan Zaleha. Acara menaikkan bendera dilakukan oleh badan beruniform Pandu Puteri Tunas.

3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Puan Zainur Jimah dan Ikrar Murid oleh pengawas sekolah.

4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :

4.1 En. Shahrizal melaporkan 2 perkara:

- Adab dan disiplin murid sepanjang membeli makanan di kantin: Murid diberi amaran supaya jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa membeli makanan di kantin.

- Adab dan tatacara apabila balik sekolah: Murid diingatkan supaya tidak bertolak-tolak, berlari-lari dan berlumba-lumba ketika menuruni tangga.

5. LAWAD

Puan Zainur membacakan perkataan LAWAD pada hari ini.

BM – TERUJA bermaksud timbul minat atau keinginan kuat terhadap sesuatu.

BI – CARRY bermaksud membawa.

ARAB – QALAMUN bermaksud pen.

6. Ucapan Puan Zainur Jimah

6.1 Memberi pesanan kepada tahun 5 dan tahun 6 supaya tidak membuat bising dan jangan berlari-lari semasa loceng rehat tamat sebaliknya murid dingatkan supaya terus beratur di dewan untuk masuk ke kelas masing-masing. Gelagat murid-murid yang membuat bising telah mengganggu murid tahap 1 yang sedang belajar. Murid perempuan dilarang berkumpul di bilik persalinan semasa loceng habis rehat dibunyikan sebaliknya harus bergegas beratur di dewan.

6.2 Puan Zainur juga mengumumkan aktiviti kokurikulum pada minggu ini ialah Unit Beruniform.

6.3 Mengumumkan keputusan keceriaan kelas:

Tahun 1 –Alza
Tahun 5 –Lily
Tahun 6 – Argentum

7. Ucapan Puan Jamilah Ariffin

7.1 Murid dinasihati agar memakai terompah supaya tandas tidak kotor. Murid juga dinasihati supaya murid menghormati makcik yang menjaga tandas. Puan Jamilah juga memberi amaran bahawa alat pembersihan dalam tandas tidak boleh diusik oleh murid.

7.2 Mengingatkan kembali murid tahun 5 dan tahun 6 supaya tidak melengahkan masa untuk beratur di dewan semasa loceng habis rehat dibunyikan.

7.3 Mengumumkan bahawa sekolah akan menjalankan ‘Kempen Zero Sampah’. Murid membawa plastik ke sekolah, murid akan membuang sampah dalam plastik dan bawa pulang ke rumah.

7.4 Memberi pesanan kepada murid bahawa sekiranya murid demam lebih daripada 3 hari hendaklah mengajak ibu atau bapa ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut. Murid yang mengalami demam juga diingatkan supaya jangan datang ke sekolah.

7.5 Memberi amaran bahawa murid perlu membuang sisa makanan ke dalam tong sampah dan tidak dibenarkan meninggalkan sisa makanan tersebut begitu sahaja diatas meja kantin. Pinggan dan gelas juga hendaklah diletakkan ke dalam besen yang telah disediakan oleh pihak pengurusan kantin kerana dikhuatiri kekotoran meja kantin akan mengakibatkan gangguan burung gagak.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.

Monday, April 26, 2010

Laporan Perhimpunan Minggu Ke - 16 2010

Hari : ISNIN
Tarikh : 26 APRIL 2010
Masa : 7.45 – 8.15 pagi
Guru Bertugas :
1. En Shahrizal
2. En Kamarulzaman
3. Pn Azizah
4. Pn Parimala
5. Pn Wan Rosmawati
6. Pn Norasmawati
7. En Zainuddin
Laporan/Ulasan/Pengumuman Kebersihan Kelas
1. Bacaan Doa : Pengawas Sekolah
2. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
3. Ikrar Rukun Negara dan Murid
4. Penyampaian sijil kebersihan :
4.1Tahun 1 : ALZA
4.2 Tahun 5 : ALAMANDA
4.3 Tahun 6 : AURUM
5. Ucapan Guru Bertugas : ( En Zainudin)
1. Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
6. Laporan Guru Bertugas minggu lepas : ( En Pazli)
  • Meminta murid-murid makan dan minum di kantin waktu rehat.
  • Menjaga kebersihan kelas
7. Pengumuman-pengumuman :( Pn Shyamala Selvarajah PK Ko-Kurikulum)
7.1 Penyampaian hadiah peserta - peserta yang mewakili sekolah dalam Pertandingan Olahraga , Pertandingan Boling Tenpin , Pertandingan Catur dan Pertandingan Taekwando perinkat MSSS dan MSSD yang memenagi tempat ketiga, tempat kedua dan tempat pertama.
7.2 Penyampaian hadiah Pertandingan Pendidikan Seni yang diadakan pada 5 hingga 9 April kepada murid-murid yang memenagi hadiah saguhati, tempat ketiga, tempat kedua dan tempat pertama.
7.3 Ucapan Guru Disiplin ( Pn Norlela)
  • Kekemasan diri - memastikan rambut disikat dengan kemas dan dipotong ( murid lelaki)serta berpakaian seragam sekolah yang lengkap
  • Kehadiran ke sekolah tepat pada waktunya dan ketidakhadiran ke sekolah mesti disertakan surat cuti sakit atau surat dari ibu bapa
  • Melarang murid- murid membawa barang yang berharga ke sekolah
  • Menyimpan duit dengan selamat sewaktu meninggalkan kelas untuk PJK atau bilik -bilik khas dan di bilik persalinan
  • Vandalisme - merosakkan harta benda sekolah ,
  • Di larang menceroboh bilik-bilik khas dan mencuri barang dari bilik tersebut
  • Makan di kantin - di larang membawa air dan makan berbungkus melepasi kawasan kantin
  • Kes Buli - meminta duit dengan murid lain dengan rela atau tidak rela , jika ada aduan akan diambil tindakan tegas.
  • Bersama-sama menjaga kebun yang dibuat oleh murid-murid Pendidikan Khas , jika diceroboh akan diambil tindakan.
7.4 Pengumuman Minggu Bahasa Melayu oleh Pn. Mazzaini
  • Murid tahun 1 akan diberikan lembaran kerja manakala murid tahun 5 & 6 menghasilkan Pantun bertema Budi Bahasa dan Nilai - nilai murni.
  • Kelas tambahan tahun 6 pada minggu ini dibatalkan untuk memberi peluang kepada murid membuat ulangkaji bagi menghadapi Ujian Percubaan UPSR Peringkat Sekolah

Wednesday, April 14, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI
Hari : ISNIN
Tarikh : 12 APRIL 2010
Masa : 6.00 – 6.30 petang
Guru Bertugas :
  1. En Aspal
  2. Pn Roseniza
  3. Pn Rosmaria
  4. Pn Nurhayu
  5. Pn Nurul Ain
  6. Pn Nik Rosmaliza
  7. Pn Umi Nadzrah

Laporan/Ulasan/Pengumuman Kebersihan Kelas

1. Bacaan Doa : Pengawas Sekolah

2. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

3. Ikrar Rukun Negara dan Murid

4. Penyampaian sijil kebersihan :
4.1 Tahun 2 : JELUTONG
4.2 Tahun 3 : KELICAP
4.3 Tahun 4 : LINUX

5. Ucapan Guru Bertugas : ( Pn Rosmaria )
  1. Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
  2. Murid-murid diingatkan tentang disiplin supaya beratur dalam barisan dan senyap ketika bergerak ke bilik-bilik khas.

6. Perkataan LAWAD hari ini :
  1. Bahasa Malaysia : DEDIKASI
  2. Bahasa Inggeris : DEDICATION
  3. Bahasa Arab : MUJTAHIDUN

7. Laporan Guru Bertugas minggu lepas :
( Pn Nor-Azura )
  1. Murid-murid perlu lebih berhati-hati tentang keselamatan diri ketika menuruni tangga
  2. Murid-murid dinasihatkan agar sekiranya tandas rosak, guna sahaja terus tandas yang elok
  3. Bagi murid-murid Muslim diingatkan supaya melipat semula sejadah setelah digunakan di dalam surau

8. Pengumuman-pengumuman :
( Pn Salwana )
8.1 Program Kitar Semula – Penyampaian hadiah bagi kutipan tertinggi
Pertama : 4 Midori
Kedua : 4 Linux
Ketiga : 3 Nuri

9. Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan :
( Pn Siti Hanim – PK Petang )
  • Tatacara makan di kantin sewaktu rehat :
  1. mesti beratur apabila membeli makanan
  2. duduk dan makan hanya di kantin
  3. letak pinggan mangkuk yang telah digunakan ke dalam besen yang telah disediakan
  • Murid keluar dari kelas mesti dengan PAS KEBENARAN daripada guru
  • Sewaktu perhimpunan atau pun di dalam kelas murid-murid tidak perlu menjerit untuk mengucapkan salam ataupun menyanyi
  • Penggunaan perkataan ’faham’ bagi murid-murid perlu diikuti dengan tindakan dan bukan sekadar ’faham’ hanya di mulut sahaja.

Monday, April 5, 2010

PERHIMPUNAN MINGGUAN (Minggu ke-13)

Perhimpunan hari ini dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor & lagu SKTPP.

Guru bertugas minggu ini:-
  1. Cikgu Hafiz
  2. Cikgu Astina
  3. Cikgu Jumilah
  4. Cikgu Linda
  5. Cikgu Norliza
  6. Cikgu Noriza
  7. Cikgu Zulastri
Ucapan guru bertugas minggu lepas (Cikgu Julaili)
  1. Murid-murid tidak makan & minum dikantin sewaktu rehat.
  2. Kebersihan kelas pula ada sedikit peningkatan terutamanya kelas Tahun 1. Murid harus bekerjasama dalam menjaga kebersihan kelas.
  3. Anugerah Kebersihan:-
  • Tahun 1 - 1 Myvi
  • Tahun 5 - 5 Lotus
  • Tahun 6 - 6 Kuprum
Pemenang 3 kali berturut-turut:-
  • Tahun 5 Lotus
  • Tahun 6 Argentum
Ucapan guru bertugas minggu ini:-
  1. Jika murid-murid berasa kurang sihat, sila beritahu ibu bapa dan berehat dirumah.
  2. Jangan berlari-lari dikawasan sekolah terutamanya murid Tahun 1.
  3. Jangan cari masalah & bergaduh.
  4. Jangan bising sewaktu pertukaran waktu, rehat dan waktu balik.
Pengumuman
  1. Kepada ahli Tunas Puteri, sila hantar borang ke Bagan lalang dan borang keahlian kepada Cikgu Ainul.
  2. Guru kelas yang belum mengambil buku Keselamatan Jalan Raya, sila ambil di bilik BOSS.
  3. Kegiatan Kokurikulum hari Rabu ini - Latihan rumah sukan.
Cikgu Julaili
  1. Kempen Galakan Membaca telah mula dijalankan.
  2. Murid-murid digalakkan membaca sekurang-kurangnya 1 buah buku (perlu dicatat dalam buku NILAM).
  3. Sila catat tarikh dan judul dalam borang peraduan (borang boleh didapati di pusat sumber sekolah).
  4. Jika murid membaca lebih daripada 20 buah buku dalam tempoh tertentu, hadiah akan diberikan.
  5. Mulai hari ini, murid Tahun 5 & 6 dibenarkan meminjam buku di perpustakaan.
Pn. Jamilah (PK HEM)
  1. Wabak H1N1 gelombang ke-2 sedang melanda. Murid-murid diminta menjaga kesihatan mereka.
  2. Wabak Denggi juga sedang melanda. Murid-murid perlu berhati-hati. Jika demam yang berpanjangan, sila dapatkan rawatan di hospital secepat yang mungkin.
  3. Tandas lelaki yang baru dibaiki telah pun rosak semula. Murid-murid dinasihatkan supaya menggunakannya dengan baik dan cermat. Kemudahan yang diberikan perlu dijaga dengan baik.
Pn. Siti Habsah (PK 1)
  1. Program Galakan Membaca telah dilancarkan. Ada 3 peringkat semuanya. Setiap peringkat ada 3 orang pemenang.
  2. Kepada murid-murid, sila tulis tarikh, tajuk & maklumat tentang buku didalam borang yang disediakan (ada diperpustakaan).
  3. Borang itu kemudiannya hendaklah dimasukkan kedalam kotak yang disediakan.
  4. AJK akan memilih pemenangnya berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
  5. Hadiah utama akan diberikan pada akhir tahun (hadiah akan dipamerkan di pusat sumber sekolah).
  6. Tempoh program adalah sehingga bulan Oktober 2010.

Lain-lain
2 orang guru dari SKTPP akan mula berpindah hari ini.
  1. Wan Ahmad Rithaudin - berpindah ke SK Puchong Perdana.
  2. Wan Nawawi - berpindah ke SK Taman Medan.
  3. Pn Ummi Maslinda akan ambil-alih semua jadual Wan Nawawi bermula 5/4/2010.