... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Program Guru Penyayang. Show all posts
Showing posts with label Program Guru Penyayang. Show all posts

Thursday, April 20, 2023

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid bagi Bulan Mac & April 2023

 Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid bagi sesi persekolahan Tahun 2023/2024 diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini. Aktiviti ini bermula dari hari pertama persekolahan di buka iaitu pada 20 Mac 2023. Aktiviti ini diteruskan bagi menjiwai amalan penyayang dan membudayakan sikap kasih sayang antara guru dan murid-murid. 

Guru-guru bertugas akan bertugas mengikut giliran bagi menyambut kehadiran murid-murid di pagar A dan pagar B sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Penampilan guru yang kemas dan ceria serta bersikap mesra ketika menyambut kehadiran murid diharap mampu menyediakan emosi positif buat murid-murid sebelum sesi pembelajaran bermula.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan bagi aktiviti menyambut kehadiran murid pada bulan Mac dan April.

Pentadbir dan guru bertugas menyambut kahadiran murid dihari pertama persekolahan

Menyambut kehadiran murid sesi pagi di Pagar B

Kehadiran murid sesi petang pada minggu pertama persekolahan di pagar A sekolah 

Suasana kehadiran murid di awal pagi persekolahan minggu kedua 


Suasana kehadiran murid sesi petang pada minggu ketiga persekolahan di pagar B

Kehadiran murid sesi petang di pagar A sekolah 

Kegembiraan murid-murid jelas terpancar bila disapa oleh guru-guru 

Kahadiran murid sesi pagi di minggu ke 5 persekolahan

Friday, February 28, 2020

Program Guru Penyayang - Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari 2020


Alhamdulillah... Majlis Sambutan Hari Lahir Murid masih diteruskan pada tahun ini yang sememangnya telah menjadi amalan warga guru SK Taman Putra Perdana sebagai Amalan Guru Penyayang. Majlis Sambutan Hari Lahir Murid bulan Januari dan Februari telah dilaksanakan bermula 25 Februari 2020.  Majlis ini diraikan mengikut murid masing-masing yang dikelolakan oleh guru kelas. Bagi meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari, guru kelas memotong kek bersama murid-murid ini sebagai simbolik sambutan hari lahir mereka. Murid-murid ini juga telah diberi hadiah hari lahir oleh pihak sekolah. Hadiah ini telah diuruskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru-guru yang telah memberi sumbangan kek serta pelbagai juadah untuk Majlis Sambutan Hari Lahir Murid. Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama murid, ibu bapa dan guru.

Lagi laporan berkaitan Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari 2020 dalam blog Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.

Berikut meupakan momen yang sempat dirakamkan semasa berlangsungnya majlis meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari:

Sesi pagi:








Sesi petang:












Thursday, January 9, 2020

Pelancaran Program Guru Penyayang 2020


Hari ini telah berlangsung Pelancaran Program Guru Penyayang yang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Pelaksanaan program ini berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia  Bil.4/2012 dengan memberi penegasan mengenai konsep guru penyayang dan meningkatkan kepedulian guru terhadap murid pada setiap masa. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi. Menerusi tradisi kecemerlangan, mendidik dengan penuh kasih sayang...

Yang muda dikasihi,
Yang dewasa disayangi;
Budaya penyayang amalan kami,
Lahirnya insan sahsiah terpuji.

Guru mengajar sepenuh hati,
Demi kerana murid tersayang;
Apa diajar harap lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.

Sekitar Pelancaran Program Guru Penyayang Sesi Pagi:

Buku Program 'Pelancaran Program Guru Penyayang 2020'
Suasana semasa majlia Pelancaran Program Guru Penyayang

Majlis dirasmikan oleh Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP
Pengacara majlis oleh Pn Arnny Yusnita binti MdEnarji
Bacaan doa di bawah pimpinan ustaz Ahmad Zubair bin Haji MuhammadTaib
Murid dikasihi, guru disayangi
Jawatankuasa Unit Guru Penyayang 2020
Sekitar Pelancaran Program Guru Penyayang Sesi Petang:

Ucapan Perasmian oleh Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali;
Pengacara majlis oleh Pn Nor Arzh binti Hussin;
Bacaan doa di bawah pimpinan Ustaz Abdul Aziz bin Abdul Halil

Gimik pelancaran Program Guru Penyayang

Bergambar kenangan bersama murid dan barisan jawatankuasa Unit Guru Panyayang 
Lagi laporan Pelancaran Program Guru Penyayang 2020 di blog Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.

Disediakan oleh:
Pn Siti Rabiaah binti Mohamed
Pn Noor Hayati binti Yusof
Pn Juli binti Mahbah

Thursday, June 27, 2019

Program Mentor Mentee Bulan Jun 2019

Program Mentor Mentee telah berjaya dilaksanakan pada hari ini (27.6.2019 bersamaan 23 Syawal 1440H). Program ini dijalankan selama 30 minit iaitu pada pukul 12.20 hingga 12.50 tengah hari. Tahniah diucapkan kepada pentadbir, semua mentor dan mentee kerana menjayakan Program Mentor Mentee pada kali ini. In Shaa Allah.. berjumpa lagi pada bulan hadapan.

Tahun 4
Bidang: Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Tajuk: Asas Komunikasi
Falsafah: Hormatilah orang di sekeliling anda.
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat;

  • Berkomunikasi dengan yakin dan berkesan
  • Menggunakan laras bahasa yang betul
  • Melatih diri untuk bersopan-santun dalam pertuturan

Tahun 5
Bidang: Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid (PKMM)
Tajuk: Perkembangan Keremajaan
Falsafah: Manusia hendaklah bersyukur atas anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan terhadap dirinya.
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat;

  • Mengenali dan menerima diri seadanya
  • Menerima hakikat perubahan diri

Tahun 6
Bidang: Pendidikan Kerjaya
Tajuk: Kerjaya
Falsafah: Anggaplah kebolehan sebagai batu loncatan mencapai kejayaan dan kelemahan sebagai peluang untuk membaiki diri
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat;

  • Menyatakan kepentingan pekerjaan ibu bapa atau perniagaan
  • Menyatakan kepentingan kerjaya kepada manusia

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Program Mentor Mentee dijalankan:





Friday, May 17, 2019

Program Mentor Mentee Bulan Mei 2019

Program Mentor Mentee telah berjaya dilaksanakan pada hari ini (17.5.2019 bersamaan 12 Ramadhan 1440H). Program ini dijalankan selama 30 minit iaitu pada pukul 11.20 pagi hingga 11.50 pagi. Tahniah diucapkan kepada pentadbir, semua mentor dan mentee kerana menjayakan Program Mentor Mentee pada kali ini. In Shaa Allah..berjumpa lagi pada bulan hadapan.

Tahun 4
Bidang: Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PSDM)
Tajuk: Pengurusan Diri
Falsafah: Hormatilah orang di sekeliling anda.
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat;

  • Menguruskan diri dengan baik
  • Menjaga kebersihan diri
  • Menyayangi diri sendiri

Tahun 5
Bidang: Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid (PKMM)
Tajuk: Perkembangan Diri
Falsafah: Manusia hendaklah bersyukur atas anugerah yang dikurniakan oleh tuhan terhadap dirinya.
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat;

  • Mengenali dan menerima diri seadanya
  • Menerima hakikat perubahan diri

Tahun 6
Bidang: Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Tajuk: Aku Boleh
Falsafah: Anggaplah kebolehan sebagai batu loncatan mencapai kejayaan dan kelemahan sebagai peluang untuk membaiki diri
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat;

  • Menyenaraikan kebolehan dan kelemahan diri
  • Mengetahui cara-cara untuk meningkatkan kebolehan diri serta memperbaiki kelemahan diri

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Program Mentor Mentee dijalankan:

Bersama mentor En Zurilazman dan Pn Musaliha

Bersama mentor Pn Nurliza dan Pn Norliza

Bersama mentor En Hafiz dan Pn Nor-Azura

Bersama mentor Pn Asma dan Pn Roseniza

Bersama mentor Pn Zailezah, Pn Astina dan Pn Azwani

Bersama mentor Pn Norbaizura, En Ahmad Zunaidi dan En Musrizuan

Bersama mentor Pn Siti Aisah dan Pn Juli

Wednesday, March 20, 2019

Program Mentor Mentee Kali Pertama 2019

Program Mentor Mentee adalah aktiviti Amalan Guru Penyayang yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua sekolah. Alhamdulillah, SK Taman Putra Perdana sentiasa bertanggunjawab melaksanakan amanah tersebut sejak tahun 2012 sehingga kini. Terima kasih diucapkan kepada pentadbir atas sokongan terhadap Program Mentor Mentee.  Terima kasih juga diucapkan kepada para mentor dan mentee atas kerjasama melaksanakan program ini.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Program Mentor Mentee dijalankan:


Suasana program mentor mentee yang dilaksanakan di dalam kelas

Aktiviti mentor mentee berjalan dengan lancar

Semua mentee berwajah ceria pada hari pertama perjumpaan bersama mentor

Mentee bersungguh-sungguh mendengar kata-kata mentor

Suasana program mentor mentee dilaksanakan di luar kelas

Semua mentee bersama mentor masing-masing

Mentor membuat rumusan secara keseluruhan