... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Program Kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Program Kaunseling. Show all posts

Tuesday, January 31, 2023

Program Alam Menengah Tahun 2023

Pada penghujung bulan Januari Tahun 2023, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Guru Tahun 6 telah menganjurkan satu program khas buat semua murid Tahun 6 iaitu Program Alam Menengah. Proram Alam Menengah ini telah bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana. Para peserta sangat bertuah kerana didatangi dua orang penceramah yang pakar dalam memberikan ceramah 'Alam Menengah' iaitu Puan Hasliza Hassan dan Puan Siti Juliana Mohamed. Kedua-dua orang penceramah ini merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SMK Putra Perdana. 

Maklumat berkaitan program:

Tarikh: 31 Januari 2023
Hari: Selasa
Masa : 7.45 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
Sasaran: Semua murid Tahun 6 berjumlah 309 orang

Objektif program:

1. Membolehkan murid-murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi persediaan mereka berhadapan situasi sekolah menengah.

2. Memberi motivasi dan inspirasi kepada murid-murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah menengah dan menanam usaha dari awal persekolahan bagi mencipta kejayaan dan kecemerlangan diri pada masa depan. 

Buku Program : https://anyflip.com/bdxnv/roim/

Berikut merupakan slaid dan video yang dikongsi oleh penceramah:

Slaid Taklimat Program Alam Menengahhttps://anyflip.com/bungw/alys/

Video korporat SMK Putra Perdana: https://www.youtube.com/watch?v=MhmfS5Hpgw8

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan  Program Alam Menengah Tahun 2023. Terima kasih dan syabas juga kepada semua peserta atas kerjasama dan memberi perhatian sepanjang sesi ceramah. Semoga semua peserta telah bersedia melangkah ke alam menengah dengan berbekalkan maklumat yang disampaikan oleh dua orang penceramah dalam Program Alam Menengah dan seterusnya memberi impak yang positif kepada para peserta. 

Bersama-sama ini dilampirkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung: 







Lagi laporan Program Alam Menengah dalam blog Bimbingan dan Kaunseling, sila klik di sini.
Terima kasih..

Friday, August 7, 2020

Program Ziarah Cakna (Siri 4) 2020

Program Ziarah Cakna kali ini lebih bermakna bukan sahaja diadakan pada hari Jumaat yang mulia tetapi juga merupakan kali pertama diadakan selepas PKP. Kunjungan kali ini ke rumah murid Tahun 4 di Dahlia Apartment. Semoga dengan kehadiran guru-guru & AJK PIBG keluarga ini dapat berkongsi masalah dan meringankan beban yang dihadapi mereka.

Hadir bersama :

Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)

Tn Hj Khairul Azhar bin Muhammad Suffian (YDP PIBG)

Datin Noraizah bt Dun (PK HEM)

Pn Juli bt Mahbah (GBKSM)

Pn Faridatul Akmal (Guru Kelas)

Pn Normawati bt Saad (Naib YDP PIBG)


Sekitar ziarah dilaksanakan

Menziarahi keluarga murid di Apartmen Dahlia

Puan Hjh Rohaidah mendalami emosi murid ini

Bersama adik beradik yang lain

Sedikit sumbangan kepada keluarga ini. Semoga sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban mereka

Friday, May 1, 2020

Pertandingan Kad Raya Kreatif Sekolah Rendah Daerah Sepang

Pertandingan Kad Raya Kreatif Sekolah Rendah Daerah Sepang adalah anjuran Majlis Guru Kaunseling (MGK) Daerah Sepang. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahap 1 dan Tahap 2. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 17 Mei 2020.


Wednesday, April 29, 2020

Faedah-faedah Berpuasa

Salam 6 Ramadhan..
Selamat berpuasa kepada murid -murid serta warga SKTPP yang beragama Islam.
Diam tak diam kita sudah pun masuk Ramadhan yang ke-6. Pastinya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seisi keluarga dapat bersama-sama menikmati bulan penuh keberkatan ini. Moga kita berjaya mengharungi cabaran wabak COVID-19 ini dan bangkit semula menjadi insan yang lebih baik.

Kajian mendapati amalan berpuasa pada bulan Ramadhan mempunyai kesan fisiologi dan psikologi secara tidak langsung. Kesan fisiologi ini termasuklah merendahkan paras gula dalam darah dan kolesterol. Kesan dan kelebihan dari sudut psikologi iaitu ia dapat memberi ketenangan dan kedamaian pada minda, dipercayai ia berkaitan dengan paras gula dalam darah yang semakin stabil. Samasa berpuasa kita juga digalakkan memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran. Amalan ini bukan sahaja memberi ketenangan kepada minda dan jiwa, malah dapat meningkatkan keupayaan memori.

Mari kita hayati mengenai faedah-faedah berpuasa..

#stayathome
#kitajagakita
#kitamestimenang

Monday, April 27, 2020

Panduan Urus Tekanan

Assalamualaikum dan Salam 4 Ramadhan..
Didoakan agar kita semua dalam rahmat Allah..

Dalam kehidupan hari ini, ada kalanya terdapat sesuatu perkara yang menyumbang kepada tekanan. Ini kerana corak kehidupan hari ini yang terpaksa kita hadapi pelbagai masalah seperti masalah keluarga, kewangan, bebanan tugasan dan pelbagai lagi. Sebesar manapun masalah yang datang, kita boleh hadapi dengan jayanya jika dapat diuruskan dengan tenang dan teratur.
Berikut merupakan beberapa panduan untuk mengurus tekanan:








Wednesday, April 22, 2020

Panduan Kekal Aktif dan Positif Untuk Kesejahteraan Mental

Assalamualaikum dan salam sejahtera..terutama  buat anak didik SK Taman Putra Perdana.
Semoga semuanya sihat bersama keluarga tercinta. Pastikan diri terus kekal tenang dan duduk di rumah.

Berikut merupakan panduan kekal aktif dan positif untuk kesejahteraan mental. Marilah bersama-sama kita amalkan.


Friday, April 3, 2020

Tips Mengurus Masa

Assalamualaikum murid-murid..
Semoga semua murid sentiasa disiplin mematuhi arahan kerajaan , 'Stay at home'
Murid-murid boleh cuba amalkan tips mengurus masa seperti berikut:


Saturday, January 16, 2016

Program Sinergi Ilmu 2016


Alhamdulillah..hari ini SK Taman Putra Perdana dapat merealisasikan program yang dirancang khas untuk ibu bapa Tahun 1 dan ibu bapa murid LINUS Tahun 2 dan 3. Program Sinergi Ilmu 2016 adalah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Pemulihan, Jawatankuasa LINUS, Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira & Menaakul bermula daripada Tahun 1 lagi.

Objektif Program Sinergi Ilmu

1. Memberi pendedahan cara bagaimana membantu anak-anak dengan kaedah yang betul.
2. Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira & Menaakul bermula daripada Tahun 1 lagi.
3. Memberi kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang program berlangsung:

Pendaftaran ibu bapa bermula pada pukul 8.00 pagi
Tahniah kepada para ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan suasana Program Sinergi Ilmu. Jumlah kehadiran ibu bapa adalah seramai 112 orang daripada 363 orang.

Barisan tetamu kehormat mengambil tempat di Dewan Perdana
Baccan doa oleh Ustaz Muhammad Saiffol Bin Ngabiah
Guru Besar (Pn Rohaidah Binti Mohd Ali) menyampaikan ucapan 
Ucapan perasmian oleh Tn Hj Mutalib Bin Tomran (Timbalan PPD Sepang)
Perkongsian ilmu bersama ibu bapa oleh Tn Hj Khairul Azhar Bin Muhammad Suffian (YDP PIBG)
Penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat
Taklimat khas LINUS oleh cikgu Azura Farina Binti Abdullah
Galeri bersama penceramah 'Teknik Mudah Menguasai 4M' (Pn Nazratul Ain Binti Yaacob)

B

Disediakan oleh AJK Fotografi & Posting Blog:

Pn Juli & Pn Noriza




Tuesday, March 13, 2012

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB (FASA 1) 2012

13 Mac 2012- Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru-guru tahun 6 SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan program Teknik Menjawab Soalan UPSR Fasa 1 bagi subjek Bahasa Inggeris dan Matematik. Program pada hari ini berjalan dengan lancar.


Kehadiran murid pada hari ini adalah 214/278 mewakili 77% keseluruhan kehadiran. Turut hadir dalam program ini adalah guru-guru Bahasa Inggeris dan Matematik tahap 2. Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari.

Penceramah jemputan untuk subjek Bahasa Inggeris ialah En P. Rangit Singh dari SK Puchong Indah. Beliau menjawat jawatan sebagai PK HEM di sekolah tersebut. Manakala untuk subjek Matematik pula ialah En Mohd Hafiz bin Hj. Md. Sharif dari SK Sungai Kapar Indah,Klang.

Gambar-gambar semasa program dijalankan:

SESI PENDAFTARAN BERMULA


SESI PERTAMA TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK

SESI PERTAMA TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS



SESI KEDUA TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK



MURID CUBA MENJAWAB MENGGUNAKAN TEKNIK YANG DIAJAR

SESI KEDUA TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS


Wednesday, May 11, 2011

PROGRAM KEM IBADAH DAN MOTIVASI MENUJU PUNCAK KECEMERLANGAN

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,Cheras akan menganjurkan satu program motivasi dan Kem Ibadah untuk murid-murid Tahun 5. Program ini diadakan dengan matlamat bagi memupuk kesedaran pelajar tentang pentingnya pelajaran dan sentiasa berusaha membina kecemerlangan diri dari segi sahsiah dan akademik.

Maklumat berkaitan program adalah seperti berikut :

Tarikh : 13 & 14 Mei 2011 (Jumaat dan Sabtu)
Masa : 4.00 petang(Jumaat) hingga 5.00 petang (Sabtu)
Tempat : SK Taman Putra Perdana
Sasaran : Semua murid Tahun 5 seramai 288 orang
Anjuran bersama :Unit Bimbingan & Kaunseling, Panitia Pend. Islam,
Panitia Pend. Moral dan PIBG.

Guru bertanggungjawab :Rozimah Bt. Yaakob (Motivasi)
Norlida Bt. Othman (Kem Ibadah)
Aturcara program adalah seperti dilampiran

Masa

13 Mei 2011

Jumaat

14 Mei 2011

Sabtu

4.30 pagi

Khidmat diri

Qiamullail

6.00 pagi

Solat Subuh Berjemaah

Kuliah Subuh

7.00 pagi

Senaman Pagi

7.30 pagi

Sarapan Pagi & Khidmat diri

8.30 pagi

LDK 2

Ø Ujian Personaliti

(Kenali Diri Melalui Warna)

10.30 pagi

Minum Pagi

11.00 pagi

LDK 3

Ø Pembinaan Matlamat Diri

1.00 ptg

Makan Tengah hari

Solat Zohor Berjemaah

2.00 ptg

LDK 4

Ø Kemahiran Belajar

Ø Teknik Belajar

Ø Brain Gym

4.00 ptg

Pendaftaran Peserta

Solat asar

Majlis Penutup

5.00 ptg

Taklimat Program

Ice breaking

Minum Petang & Bersurai

7.00 ptg

Makan Malam

Solat Maghrib & Isyak berjemaah

Kuliah Maghrib

Ceramah Motivasi Keibubapaan

9.45 mlm

LDK 1

Ø Logo Diri

10.45 mlm

Minum Malam

11.00 mlm

Rehat & Tidur


Wednesday, May 5, 2010

PROGRAM KEMBALI KE LANDASAN 1
















Unit HEM bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin telah selesai menjalankan aktiviti ceramah sempena Program Kembali Ke Landasan 1
Seramai 30 orang murid telah terpilih untuk menyertai program ini.

Tajuk : Jejak Kecemerlangan

Objektif : Setelah murid menjalani aktiviti ini,pelajar akan:

1. Mengetahui kepentingan untuk mereka hadir ke sekolah
2. Mengetahui tujuan mereka hadir ke sekolah ialah untuk:
a. Mendapat sijil akademik yang secemerlang mungkin
b. Mendapat sijil kokurikulum semaksimum mungkin
(10% penglibatan kokurikulum diambil kira untuk kemasukan ke SBP dan universiti)
c. Belajar mematuhi peraturan/disiplin yang ditetapkan
d. Membina sahsiah diri
3. Berusaha ke arah memenuhi perkara 2
4. Sedar kesan sekiranya gagal memenuhi perkara 2

Tarikh : 5hb Mei 2010 (Rabu)

Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi

Penceramah : En Sharizal b Ahmad (Kaunselor SMK Batu 14, Puchong)



Thursday, January 28, 2010

PROGRAM KEPIMPINAN KETUA DAN PENOLONG

MAKLUMAN KEPADA PENJAGA.

Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana akan mengadakan Program Kepimpinan Ketua dan Penolong Kelas.

Tarikh :10 Februari 2010 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : SK Taman Putra Perdana
Guru bertanggungjawab : Pn Juli bt. Mahbah (Pagi)
Pn Norhafiza bt. Ismail (Petang)

*Pihak sekolah akan mengedarkan surat "Mohon Kebenaran Menyertai Program" kepada penjaga yang anaknya terlibat.
*Sila kembalikan keratan dari surat tersebut kepada Unit Bimbingan & Kaunseling sebelum atau selewat-lewatnya pada 29/1/2010 (Jumaat).

Sekian, terima kasih.