Alhamdulillah, pada hari ini Program Mentor Mentee dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program Mentor Mentee merupakan aktiviti rasmi sekolah di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Kerjasama yang sangat baik oleh pentadbir, semua mentor dan mentee dalam Program Mentor Mentee ini menambahkan lagi kelancaran dan keberkesanan program. Semoga semua mentee dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil bimbingan dan sentuhan daripada mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.
Showing posts with label Program Mentor mentee. Show all posts
Showing posts with label Program Mentor mentee. Show all posts
Tuesday, June 27, 2023
Program Mentor Mentee Siri 3/2023
Maklumat berkaitan Program Mentor Mentee Siri 3/2023:
Tarikh: 27.6.2023
Hari: Selasa
Masa: 7.30 pagi - 8.00 pagi / 1.30 petang - 2.00 petang
Sasaran: Semua murid
Tempat: Kelas murid masing-masing atau kawasan yang sesuai
Sesi Pagi:
Prasekolah:
Tajuk : Keluargaku Sayang
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1) Memupuk dan mengamalkan sikap cintakan sekolah
2) Menanam sikap sukakan kebersihan
Tahun 4 :
Tajuk : Sekolahku
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1) Memupuk dan mengamalkan sikap cintakan sekolah
2) Menanam sikap sukakan kebersihan
Tahun 5 :
Tajuk : Keluargaku Sayang
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1) Meningkatkan rasa hormat kepada semua ahli keluarga
2) Meningkatkan hubungan mesra dengan ahli keluarga
3) Melakonkan peranan setiap individu dalam institusi kekeluargaan
Tahun 6:
Tajuk: Masih Ada Yang Sayang
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1) Menyedari kepentingan kehadiran ahli keluarga dalam kehidupan mereka
2) Memupuk rasa kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga
Sesi Petang:
Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Prasekolah:
Tajuk : Aku Cantik & Kemas
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1)Menyedari tanggungjawab mengurus diri
2) Mengurus diri tanpa bantuan orang lain
3) Mengenalpasati kemahiran asas penjagaan diri
Berikut merupakan video dan gambar-gambar aktiviti Program Mentor Mentee yang sempat dirakamkan:
*Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang turut membantu kolajkan gambar-gambar aktiviti Mentor Mentee
Gambar & Video Aktiviti Mentor Mentee Sesi Pagi:
Gambar Aktiviti Mentor Mentee Sesi petang:
Friday, May 12, 2023
Program Mentor Mentee Siri 2/2023
Bertemu kembali Program Mentor Mentee Siri 2 pada tahun ini. Kali ini aktiviti Mentor Mentee sangat meriah kerana digabungkan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfiti. Semua mentor dan mentee cantik bergaya memakai busana hari raya masing-masing. Pastinya semua mentee tidak sabar hendak sampai ke sekolah kerana ingin meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan secara tidak langsung aktiviti Mentor Mentee dilaksanakan.
Maklumat Program Mentor Mentee Siri 2/2023:
Tarikh: 12 Mei 2023
Hari: Jumaat
Sasaran: Semua murid termasuk murid Prasekolah dan PPKI
Tempat: Kelas murid masing-masing
Tajuk: Adab Makan
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1) Mengetahui adab makan dengan betul
2) Memahami kepentingan adab makan
Pautan Buku Program, sila klik link berikut:
Lensa kamera sepanjang aktiviti:
Gambar Aktiviti Sesi Pagi:
Gambar Aktiviti Sesi Petang:
Subscribe to:
Posts (Atom)
































































