... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Sambutan Hari Lahir. Show all posts
Showing posts with label Sambutan Hari Lahir. Show all posts

Thursday, July 27, 2017

Program Guru Penyayang. Sambutan Hari Lahir Murid Jun dan Julai 2017

  Pada 27hb Julai 2017, AJK guru penyayang mengadakan sambutan majlis sambutan hari lahir untuk murid yang lahir pada bulan Jun dan Julai 2017.

  Majlis disempurnakan oleh Guru Besar, Puan Rohaidah Bt Mohd Ali pada sesi pagi dan sesi petang telah disempurnakan oleh PK Petang, Puan Jumilah Bt Ahmad.Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan murid-murid yang lahir pada bulan tersebut.  Semoga melalui program ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar dan guru.





Puan Rohaidah Bt Mohd Ali  ( Guru Besar ) menyampaikan hadiah hari lahir kepada murid.









Pn, Jumilah Bt Ahmad  ( PK Petang ) menyampaikan hadiah kepada murid sesi petang.





Disediakan oleh,

Rusmami Bin Rusli

Friday, October 23, 2015

Sambutan Hari Lahir untuk bulan Oktober

Pada hari Jumaat, 23hb Oktober 2015, telah diadakan Sambutan Hari Lahir untuk meraikan murid-murid yang dilahirkan dalam Oktober. Majlis ini diadakan untuk murid-murid sesi pagi dan sesi petang.

Untuk majlis pada bulan ini, pihak AJK Guru Penyayang telah menerima 4 biji kek untuk sesi pagi hasil sumbangan daripada pihak PIBG SKTPP, En. Srimahathevan (Guru PPKI), Puan Juli binti Mahbah (Guru Bimbingan dan Kaunseling) dan Puan Maimunah binti Yob (Guru Tahun 6 merangkap S/U Peperiksaan).

Manakala untuk sesi petang pula 2 biji kek telah disumbangkan oleh pihak PIBG SKTPP dn sebiji kek lagi sumbangan daripada Puan Maimunah binti Yob.

Antara memori yang sempat dirakamkan dalam dua majlis tersebut:-

Sambutan Hari Lahir untuk sesi petang
Murid-murid menikmati kek hari lahir
Puan Azizah menyampaikan hadiah hari lahir untuk sesi pagi

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang kek. Semoga usaha murni mereka ini akan diberkati. Sekiranya tuan/puan ingin menyambung usaha murni mereka, maka tuan/puan bolehlah menyumbang kek untuk majlis Sambutan Hari Lahir bagi bulan November dan Disember yang akan dijalankan serentak pada 2 November 2015 (untuk sesi pagi) dan 5 November 2015 (untuk sesi petang). Tuan/puan bolehlah menghubungi Puan Juli di talian 016 2969848 sekiranya berminat untuk menyumbang kek.

Monday, May 19, 2014

Sambutan Hari Lahir Murid yang lahir pada bulan Mei

Salah satu daripada program Guru Penyayang ialah "Sambutan Hari Lahir". Hari ini pihak sekolah mengadakan Sambutan Hari Lahir buat murid-murid prasekolah, Tahun 4, 5 dan 6 (sesi pagi) yang lahir pada bulan Mei...

Barisan pentadbir dan guru semasa perhimpunan
Murid-murid yang lahir pada bulan Mei tampil ke hadapan
Memotong kek bersama GB sambil menyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi"
Sedikit hadiah untuk birthday girls and boys
Jamah kek seorang sedikit
Happy Birthday to You!