... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Sambutan Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Sambutan Hari Raya. Show all posts

Friday, July 14, 2017

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2017 (Sesi Petang)

Pada hari ini, tanggal 14 Julai 2017 (Jumaat) bersamaan 20 Syawal 1438H telah berlangsungnya satu majlis yang merupakan acara tahunan sekolah iaitu Sambutan ri Raya Aidilfitri. Aktiviti ini secara tidak langsung telah menjalinkan ikatan silaturahim sesama warga SK Taman Putra Perdana. Murid-murid khususnya amat gembira dapat berhari raya bersama rakan-rakan dan guru-guru. 

Jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sama-sama menyediakan juadah yang istimewa untuk anak-anak di SKTPP. Terima kasih juga kepada semua guru dan warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan hari raya ini.

Berikut warna-warni aidilfitri sepanjang majlis berlangsung :

Pn Arnny Yusnita sebagai pengacara sepanjang majlis berlangsung

Memohon keberkatan majlis, Ustaz Mohd Saiffol mengetuai bacaan doa

Tidak lengkap majlis jika tiada ucapan oleh Pn Hjh Rohaidah (Guru Besar)

Simbolik majlis dimeriahkan lagi dengan acara pemotongan kek oleh Guru Besar

Murid berkumpul sebelum jamuan bermula

Murid-murid dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan




Salam Aidilfitri daripada guru-guru sesi petang
......Maaf Zahir Batin......

Disediakan oleh,
Pn Nor Arzah bt Hussin & Pn Nazahiyah bt Abd Rahman
(AJK Fotografi & Posting Blog)

Thursday, August 7, 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri (Sesi Pagi)

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.  Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKTPP yang telah membuat persediaan awal untuk mengadakan majlis ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah bekerjasama menyediakan juadah pada hari tersebut. Alhamdulillah..semua murid dan warga SKTPP amat seronok dengan majlis sambutan yang diadakan ini.

Atur Cara Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri:
9.30 pagi - Susun atur meja, kerusi dan juadah
9.50 pagi - Bacaan doa
10.00 pagi - Ucapan Guru Besar
10.10 pagi - Jamuan
10.40 pagi - mengemas dan membersihkan meja dan tempat yang digunakan
11.00 pagi - PdP seperti biasa


 Guru membantu menyusun atur juadah yang dibawa oleh murid



 Murid duduk dalam barisan kelas masing-masing semasa sesi ucapan perasmian Guru Besar



 Pengacara majlis memerihkan suasana Sambutan Hari Raya

 Ustaz Mahadir membacakan doa bagi memberkati majlis

 Murid-murid seronok sepanjang sambutan hari raya dijalankan

 Guru Besar SKTPP, Puan Rohaidah memberikan ucapan alu-aluan

 Guru Besar memotong kek sebagai simbolik perasmian Sambutan Hari Raya bersama guru-guru Penolong Kanan



Antara juadah yang dibawa oleg guru-guru dan murid-murid

Wednesday, August 6, 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri (Sesi Petang)

Sambutan Hari Raya Aidifitri telah diadakan di SKTPP untuk sesi petang bermula pada pukul 3:20 petang hingga 4:50 petang. Majlis ini diadakan di Dewan Perdana untuk murid Tahun 2, Dewan Perdana murid Tahun 3 dan di kantin untuk murid tahun 1. Murid-murid yang hadir ke sekolah dengan memakai baju raya yang penuh warna warni.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Zunaidi. dan ucapan perasmian oleh PK petang  Pn Rosmah Jamat. Semoga majlis seperti ini dapat memupuk mengeratkan kasih sayang antara guru-guru dan murid-murid.

Persediaan sebelum sambutan oleh guru-guru

Murid-murid berkumpul dahulu

Ceria




Salah seorang juruacara

Guru Besar bersama pegawai PPD dan AJK PIBG


Murid-murid menikmati juadah


Selamat Hari Raya

Add caption