... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Selamat Hari Guru. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Guru. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013: 1Aspirasi, 1Agenda

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.



GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA




1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.


1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Wednesday, June 2, 2010

Cabutan Bertuah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah(sesi petang):Episod 2

Acara cabutan bertuah yang ditangguhkan pada sambutan hari guru yang lalu, telah diadakan semula pada 2 Jun 2010 ( Rabu ) di bawah kelolaan Badan Kelab Guru dan Kakitangan SKTPP. Acara ini telah dijalankan sebaik sahaja tamat aktiviti kokurikulum.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Puan Penolong Kanan Petang, Puan Siti Hanim.

Walaupun majlis berlangsung dalam keadaan yang ringkas namun tetap meriah. Terima kasih atas kerjasama semua guru.

Berikut ialah foto-foto sekitar majlis tersebut.









Sunday, May 16, 2010

‧∴°*╮*SELAMAT HARI GURU*╭*°∴‧

Apakah cita-cita anda sebelum menjadi guru? Mejistret? Lawyer? Engineer? Anda menyesal menjadi GURU? Cuba lihat ada tak Lawyer yang sanggup pakai topi Arkitek? Ada tak Mejistret yang berani sarung kot Doktor? Tapi GURU adalah SEMUA itu. Kitalah Doktor bila budak sakit, Lawyer bila ibubapa soal, Mejistret bila budak bergaduh. Hatta Security Guard dan AHLI NUJUM pun kita! Hari ini pula jadi Tukang Kebun pula, Gotong Royong Perdana... Oleh itu, berbanggalah menjadi GURU....

Dulu, murid hormat dan takut GURU, kini... GURU takut murid.
Dulu, GURU chalk and talk, kini... GURU kena slow talk.
Dulu, GURU boleh claim, kini... tak boleh komplen.
Dulu, Hari Guru dapat wang saku, kini... Hari Guru dapat penyapu... kena gotong royong...

Guru bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU.
Guru juga kadang kala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU.
Yang pasti, Guru juga bagaikan TV9 kerana DEKAT DIHATI.
Dan yang paling penting, GURU juga bagaikan ASTRO kerana MACAM-MACAM ADA!

Mak cakap CIKGU tu macam MAGGIE, makanan rutin time susah.
Ayah cakap CIKGU tu macam The SEEKERS, menakutkan.
Atuk cakap CIKGU tu macam ASTRO, macam-macam ada...
Tapi bagi saya CIKGU tu macam L'OREAL, Kerana Dirimu Begitu Berharga!

Guru dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra, dalam diamnya ada bijaksana, dalam tangannya, insan terbina.....

Be a CANDLE, Be a LIGHT, Be a TWINKLE, in the dark.
Be a HOPE, Be an INSPIRATION and make a different in other's heart!

A Teacher takes a hand... opens a mind... and touches a heart.
Teachers that love to teach... create kids that love to learn...

GURU... bukan 1 tapi beribu, bukan sementara tapi selamanya, bukan dimusuhi tapi disayangi, bukan dilupai tapi diingati, bukan hanya disini tapi dimana-mana, bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa.....

Jadilah GURU yang hadirnya diTUNGGU, hilangnya diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, tingkahlakunya diTIRU dan KEHILANGANNYA diiringi doa restu...

Buat rakan guru, semoga kita semua ikhlas dalam memberikan ilmu, bukan ganjaran dunia yang diharapkan. Semoga ganjaran diakhirat untuk kehidupan yang abadi.
‧∴°*╮*SELAMAT HARI GURU*╭*°∴‧