- Semua murid-murid SKTPP diminta untuk membuat pemeriksaan terhadap basikal bagi memastikan kelengkapan basikal telah disediakan. Antaranya ialah memasang brek tayar depan dan belakang, kunci, kaki penongkat basikal, lampu dan loceng. Ibu bapa diminta memberikan kerjasama menyediakan kelengkapan tersebut serta lebih kerap membuat pemeriksaan terhadap basikal anak masing-masing.
- Murid-murid dibenarkan menunggang basikal di dalam kawasan sekolah semasa datang dan balik dari sekolah.
- Murid-murid dikehendaki sentiasa berhati-hati dan berwaspada semasa menunggang basikal di dalam kawasan sekolah serta sentiasa mengutamakan keselamatan diri.
- Murid-murid tidak dibenarkan untuk menyalahgunakan kebenaran menunggang basikal ini dengan cara berlumba di antara satu sama lain atau menunggang basikal dengan laju di dalam kawasan sekolah.
Showing posts with label Unit Disiplin. Show all posts
Showing posts with label Unit Disiplin. Show all posts
Monday, February 2, 2015
Tatacara Murid Berbasikal ke Sekolah
Monday, December 15, 2014
Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah dan Tanda Nama Murid
Sukacita dimaklumkan, mulai sesi persekolahan Tahun 2015, tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama murid untuk murid-murid SKTPP telah ditetapkan seperti contoh berikut :
Tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama ini adalah sama kedudukannya pada :
Contoh:
Tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama ini adalah sama kedudukannya pada :
- Bahagian kiri tudung
- Bahagian kiri baju kurung
- Bahagian kiri baju pinafore
Saturday, January 25, 2014
PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS 2014
SABTU, 25 JANUARI 2014: Program Kepimpinan Pengawas telah berjaya dijalankan pada hari ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Ia adalah anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin, SKTPP.
Program ini bertujuan membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas Tahun 2 hingga 6 supaya mempunyai jati diri yang tinggi dalam menjalankan tugas dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab. Jumlah pengawas yang hadir pada hari ini adalah seramai 101 orang daripada 119 orang.
Program ini dimulakan dengan ceramah yang bertajuk "Bidang Tugas dan Tanggungjawab Seorang Pengawas" oleh Puan Zaleha binti Ramdan Mohamed. Seterusnya peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Fasilitator-fasilitator LDK menerangkan tugas-tugas pengawas di stesen-stesen yang telah ditetapkan. Mereka adalah:
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar Sufian. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK Pelaksana yang begitu komited menjalankan tugas. Syabas diucapkan kepada semua pengawas sekolah 2014 yang telah menghadiri program pada hari ini.
Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program ini dijalankan:
Program ini bertujuan membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas Tahun 2 hingga 6 supaya mempunyai jati diri yang tinggi dalam menjalankan tugas dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab. Jumlah pengawas yang hadir pada hari ini adalah seramai 101 orang daripada 119 orang.
Program ini dimulakan dengan ceramah yang bertajuk "Bidang Tugas dan Tanggungjawab Seorang Pengawas" oleh Puan Zaleha binti Ramdan Mohamed. Seterusnya peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Fasilitator-fasilitator LDK menerangkan tugas-tugas pengawas di stesen-stesen yang telah ditetapkan. Mereka adalah:
- Puan Azwani binti Noordin @ Mohd Noordin - tempat letak basikal
- Puan Yani binti Mohammad Sharif - tangga sekolah (UKM, USM, UUM, UPM)
- Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji - kantin sekolah
- Encik Shahrizal bin Ya'am - pagar sekolah.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar Sufian. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK Pelaksana yang begitu komited menjalankan tugas. Syabas diucapkan kepada semua pengawas sekolah 2014 yang telah menghadiri program pada hari ini.
Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program ini dijalankan:
| Program Kepimpinan Pengawas 2014 |
| Murid membuat pendaftaran dengan Pn. Rozimah bt. Yaakub yang dibantu oleh 3 orang ahli PRS |
| Pengacara majlis, Pn. Nor Arzah bt. Hussin |
| Pn. Zaleha menyampaikan ceramah |
| Pn. Azwani menerangkan tugas pengawas di tempat letak basikal |
| En. Shahrizal menerangkan tugas pengawas di pintu pagar |
| Pn. Yani menerangkan tugas pengawas di tangga sekolah |
| Pn. Arnny Yusnita menerangkan tugas pengawas di kantin sekolah |
| Pengawas menikmati sarapan yang disediakan |
| Pengawas menikmati sarapan yang disediakan |
| Pn. Norazian menyampaikan ceramah |
| Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar Sufian. |
| Penyampaian sijil penyertaan oleh Pn. Jamilah bt. Arifin, PK HEM kepada Ketua Pengawas sesi pagi, adik Aniq Iqbal |
| Penyampaian sijil penyertaan oleh Pn. Jamilah bt. Arifin, PK HEM kepada Ketua Pengawas sesi petang, adik Hurin Batrisyia Amani |
| Barisan pengawas sesi pagi yang hadir |
| Barisan pengawas sesi pagi dan petang yang hadir |
Friday, February 1, 2013
PANDUAN JENIS-JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN
*Rujuk Buku Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia, Hal Ehwal
Murid 1969-2007 ms.334
Kesalahan ringan: Diberi amaran dan sesi kaunseling
- Menyimpan
misai, janggut atau jambang.
- Berambut
panjang atau meyerupai kumpulan tertentu.
- Bermain
dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
- Menggunakan
dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa
kebenaran.
- Keluar
dari bilik darjah tanpa kebenaran.
- Berada
di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
- Menyimpan
atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
- Menggunakan
alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
- Memasuki
atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas.
- Memakai
barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
- Memasuki
bilik khas tanpa kebenaran.
- Makan
dan minum di dalam bilik darjah.
- Melakukan
pembaziran elektrik.
- Tidak
memakai pakaian sekolah yang lengkap.
- Semua
kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat
kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
Kesalahan sederhana: Rotan di tapak tangan (maksimum 2
kali sebatan)
- Melakukan
mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
- Menyalahgunakan/menggunakan
peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
- Keluar
dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
- Tidak
amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.
- Ponteng
sebarang acara rasmi sekolah.
- Tidak
menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
- Fesyen
rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna.
- Menconteng
pada harta benda sekolah.
- Memakai
barang kemas keterlaluan seperti menindik telinga dan memakai subang
berlebihan pada satu cuping telinga.
- Kesalahan
lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
Kesalahan berat: Rotan di punggung (maksimum 3 kali sebatan)
- Melakukan
mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
- Menyimpan,
membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
- Membawa,
menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
- Membawa,
meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yg
memabukkan/mengkhayalkan.
- Menyebabkan/melakukan
pergaduhan atau kekerasan.
- Melawan,
mengancam, memukul, mengugut, atau mencederakan guru/pengawas/murid.
- Biadap
terhadap guru/pengawas/murid.
- Memeras
ugut guru/pengawas/murid.
- Membawa/menggunakan
senjata atau alat berbahaya.
- Melakukan
buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
- Mencuri,
merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
- Melakukan
perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
- Mencetak,
menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman
dan multimedia terlarang.
- Membabitkan
diri dalam kumpulan haram.
- Mencabul
kehormatan guru/murid.
- Melakukan
zina, liwat, hubungan luar tabii.
- Melacur/menjadi
bohsia/bohjan/pondan.
- Berkesedudukan
atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
- Mengintai
murid lelaki/perempuan.
- Menulis
atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
- Merosakkan
harta benda sekolah/guru.
- Membawa
atau menggunakan bahan letupan.
- Menulis/melukis
perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
- Membabitkan
diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
- Menyalahgunakan
alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
- Membawa
atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu
pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian.
- Menganjur
atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan
masyarakat Malaysia.
- Menganjurkan
atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak
sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Melakukan
ponteng sekolah secara berterusan (berturut-turut) selama 60 hari selama
satu tahun sesi persekolahan.
- Mengganggu/menjejaskan
kuasa guru besar atau guru yang menjalankan tugas.
- Membawa
masuk tetamu dari luar kawasan sekolah tanpa kebenaran.
- Mengedar,
memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
- Mengeluarkan
kata-kata lucah yang kesat.
- Melakukan
hubungan yang dicurigai.
- Kesalahan-kesalahan
lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
Monday, August 16, 2010
TEMPAT LETAK BASIKAL MURID (BARU)
Murid mula menyusun basikal di tempat baru
Mulai hari ini, 16 Ogos 2010 (Isnin), murid-murid SKTPP yang berbasikal dikehendaki meletakkan basikal di tempat baru yang telah disediakan. Tempat basikal baru ialah di tepi pagar berhampiran Pintu Pagar C. Murid-murid yang terlibat telah diajar cara-cara untuk meletak basikal dengan betul.Tuan Guru Besar, Encik Sukimin telah memberi taklimat tentang ciri-ciri keselamatan basikal. Di antara perkara yang disampaikan ialah :
- Basikal mesti berkunci.
- Setiap basikal mesti mempunyai tongkat dan brek.
- Basikal mesti disusun dengan elok mengikut turutan
- Pastikan jarak antara basikal berdekatan agar tidak membazir ruang
Pengawal keselamatan akan memeriksa basikal setiap pagi dan petang. Basiakl yang tidak berkunci dan tidak mematuhi ciri keselamatan basikal akan diambil dan dikunci di dataran perhimpunan. Untuk mendapatkan semula basikal tersebut, pelajar dikenakan denda. Bentuk dendaan telah ditetapkan oleh pelajar sendiri iaitu dikenakan bayaran RM1.00. Denda yang dikenakan adalah bertujuan untuk memastikan murid-murid sentiasa menjaga keselamatan basikal masing-masing.
Friday, July 16, 2010
Perjumpaan kepada murid-murid yang menaiki basikal ke sekolah (Sesi Petang)
Pada 13/07/2010 (Selasa) yang lalu, Pn. Yani (Guru Disiplin) dan Pn. Siti Hanim (PK Petang) telah membuat perjumpaan dengan beberapa orang murid yang menaiki basikal ke sekolah. Ia bertujuan:-
1. agar murid-murid dapat menyusun basikal masing-masing dengan teratur dan kemas mengikut garisan kuning yang telah disediakan.
2. mengunci basikal dengan baik dan betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)


