Lantai luar surau dicat hijau oleh cleaner sekolah. Semoga dapat membangkitkan seri dan kecintaan warga sekolah untuk solat. Tiang parkir di sebelah surau turut berubah wajah. Iman itu indah...
Saturday, October 31, 2020
Sunday, September 13, 2020
Aircond Surau Telah Dipasang
Alhamdulillah aircond surau telah dipasang.. Semoga dilimpahkan pahala yang mengalir hingga ke syurga buat para penyumbang dan pewakaf.. aameeen..
Insyaa Allah kemudahan ini sangat bermanfaat & berguna buat murid-murid, guru-guru serta warga sekolah. Terima kasih banyak semua...
Friday, September 11, 2020
Door Closer Surau Dipasang
Hari ini door closer atau penutup pintu surau dipasang oleh pihak kontraktor. Alat ini dipasang pada pintu untuk membantu mendorong pintu yang terbuka agar dapat tertutup secara automatis. Semoga dapat menjamin hayat pintu dan memberikan suasana lebih selesa kepada jemaah surau..
Saturday, August 29, 2020
Stiker Surau
Berikut gambar stiker-stiker pintu dan tingkap surau pada siang hari. Di ruang Muslimat, tak nampak luar dan dalam. Di ruang Muslimin, lutsinar - boleh nampak luar. Paling istimewa : 3 design pada tingkap sebelah mihrab. Alhamdulillah...
Thursday, August 27, 2020
Monday, May 4, 2020
Wednesday, March 11, 2020
Perkembangan Kerja-Kerja Naiktaraf Surau SKTPP (11.3.2020)
~ Mesyuarat Khas Surau diadakan pagi ini. Ahli mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja fizikal telah 90% siap. Tinggal kemasan lantai dan peralatan seperti lampu, kipas, aircond dll.
Pihak sekolah dan PIBG amat memerlukan sumbangan tuan / puan bagi menampung kos pembinaan fizikal & pembelian peralatan / kemasan tersebut. Sumbangan boleh disalurkan kepada :
PIBG SK TAMAN PUTRA PERDANA
No. akaun Bank Kerjasama Rakyat Malaysia :
111381003122
Sumbangan yang diberi didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga segala usaha murni kita mendapat redha Allah swt. Aamiin...

























































