... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label lawatan pelajar Thailand. Show all posts
Showing posts with label lawatan pelajar Thailand. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

LAWATAN DARI UNIVERSITI BANGKOK


Pada hari Khamis 6 April 2012, seramai 43 orang mahasiswa daripada Universiti Mahasarakham yang diketuai oleh dua orang pensyarah iaitu Prof.Dr.Chaiyot Ruangsuwan dan Dr. Hemmarat Thanapat telah datang ke SK Taman Putra Perdana untuk melihat pengurusan dan pentadbiran sekolah di Malaysia. Taklimat telah diberikan oleh Puan Siti Habsah bt Ahmad dengan bantuan Puan Kwa Jin Nee.
Menyambut kedatangan Mahasiswa Mahasarakham
Ketibaan rombongan dari Universiti Mahasarakham

Sesi taklimat mengenai pentadbiran dan pengurusan sekolah

Penterjemahan mengenai sistem pengurusan dan pentadbiran oleh Puan Kwa Jin Nee

Penyampaian sijil penghargaan daripada pihak sekolah
Lawatan ke makmal komputer
Sesi bergambar bersama warga sekolah dan mahasiswa Universiti Mahasarakham
Sesi bergambar bersama mahasiswa Mahasarakham dengan AJK sambutan
Bertukar pandangan bersama dua orang pensyarah Universiti Mahasarakham

Thursday, October 6, 2011

LAWATAN PELAJAR UNIVERSITI PHITSANULOK KE SKTPP

Pada 6 Oktober 2011 ( Khamis), Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menerima kunjungan daripada 32 pelajar Universiti Phitsanulok, Thailand. Lawatan pendidikan ini terdiri daripada guru-guru seluruh negara Thailand yang merupakan pelajar jurusan master pendidikan di universiti berkenaan. Objektif lawatan ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut sistem pendidikan dan melihat sendiri pengurusan sekolah rendah di Malaysia.

Rombongan ini tiba pada jam 11.30 pagi dan telah disambut oleh 6 orang guru sesi petang serta para pentadbir sekolah iaitu En. Rosdin Ibrahim, Pn. Habsah Ahmad dan Pn. Shyamala Selvarajah. Pada permulaan, para tetamu dihiburkan dengan persembahan murid-murid SK Taman Putra Perdana iaitu persembahan koir yang dilatih oleh Pn. Astina dan persembahan tarian endang yang dilatih oleh Pn. Rosmizawati dan Pn. Linda di dewan perdana SKTPP.

Pada jam 12.00 tengahari, semua tetamu berkumpul di bilik mesyuarat SKTPP untuk mendengar taklimat mengenai sistem pendidikan di Malaysia, kurikulum dan pengurusan sekolah yang disampaikan Pn. Shyamala Selvarajah. Sesi soal jawab juga berlangsung dengan jayanya dimana pelbagai soalan dilontarkan oleh para pelajar Universiti Phitsanulok untuk menambah pengetahuan mengenai sistem pendidikan di negara kita amnya dan SKTPP khasnya.

Diakhir sesi lawatan, para tetamu juga turut berpeluang merakam gambar kenangan di sekitar kawasan sekolah. Diharapkan lawatan ini akan memberi input yang positif kepada para pelajar Universiti Phitsanulok, Thailand dan sebagai langkah awal mewujudkan kerjasama yang lebih baik diantara dua negara dalam bidang pendidikan pada masa hadapan. Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih buat semua guru yang terlibat dalam menjayakan lawatan pendidikan ini.

Ketibaan para tetamu di SKTPP

Kata alu-aluan daripada Pn. Suhaizan Sukiman menyambut para pelawat

Persembahan koir yang mantap daripada murid-murid SKTPP

Persembahan tarian endang yang menarik perhatian pelawat

Para pelawat dibawa oleh guru ke bilik mesyuarat

Pemberian pamplet maklumat sekolah dan cenderahati kepada setiap pelawat

Taklimat sistem pendidikan disampaikan oleh Pn. Shyamala


Sesi soal jawab bersama para pelawat

Ucapan penghargaan daripada wakil pelawat


Cenderahati daripada pelajar Universiti Phitsanulok

Cenderahati daripada pihak sekolah

Bergambar kenangan

Monday, February 14, 2011

Lawatan Sambil Belajar Mahasiswa dari Universiti Thonburi, Kampus Nongkhai, Bangkok, Thailand.

Tarikh : 11 Febuari 2011
Hari : Jumaat
Masa : 10.45 pagi – 12.15 tengah hari
Jumlah : 56 orang
Pada hari Jumaat bersamaan 11 Febuari 2011 yang lalu, SKTPP telah menerima kedatangan mahasiswa-mahasiswa dari Kampus Nongkhai, Universiti Thonburi, Thailand sempena lawatan sambil belajar ke Malaysia dan Singapura bermula 10 hingga 13 Febuari 2011.
Seramai 56 orang mahasiswa yang turut serta dalam lawatan tersebut.

Guru-guru sedang menunggu ketibaan mahasiswa dari Universiti Thomburi, Thailand.

Ketibaan disambut mesra oleh GPK-GPK SKTPP.

Para mahasisiwa menerima risalah berkenaan sekolah.

Mr. Son Sak menterjemah maklumat yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis, Pn Nik Rosmaliza.

Para mahasiswa sedang mengikuti tayangan slaid.

PKP, Pn.Siti Hanim memberi penerangan dan sedikit maklumat mengenai sistem pendidikan di Malaysia.

PKP, Pn Siti Hanim menerima cenderahati daripada Mrs Panumas.

Para pelawat menerima beg cenderahati dari pihak sekolah.

Melawat sekitar sekolah.

Bergambar bersama murid-murid SKTPP.



Murid-murid mengiringi perjalanan pulang para pelawat.

Membeli sehelai t-shirt sukan sekolah sebagai kenangan.

Lambaian pulang para mahasiswa sebelum menaiki bas.

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam mejayakan program tersebut.

Wednesday, April 21, 2010

Rombongan Lawatan Dari Negara Thailand

















Pada hari ini 21 April 2010, seramai 78 orang pelawat dari negara Thailand telah datang ke sekolah. Tujuan lawatan mereka adalah untuk mengetahui serba sedikit mengenai sistem pendidikan dan pelaksanaannya di sekolah rendah.



Mereka terdiri daripada pelajar sarjana pendidikan dari Northern East (e-sarn) University, bersama pensyarah yang diketuai oleh Dr. Kasama Somsripang.





























Sesi bertukar-tukar cenderamata













Khusyuk mendengar taklimat guru besar..


Sesi bergambar bersama-sama di Dataran SKTPP