... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, March 9, 2010

PEMBERITAHUAN PERTUKARAN SETARA

Adalah dimaklumkan bahawa, Puan Jamilah binti Arifin (Penolong Kanan Petang) telah ditukarkan jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang berkuatkuasa pada 1.3.2010. Manakala tempat beliau telah diganti oleh Puan Siti Hanim binti Sungit daripada Sekolah Kebangsaan Bandar Kinrara 2.

Sekian, dimaklumkan.
Terima Kasih.

Friday, March 5, 2010

PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA) KE TAHUN SATU SESI 2011 & 2012 SECARA 'ONLINE'

UNTUK MAKLUMAN
IBU BAPA/PENJAGA

Kepada Ibu Bapa/Penjaga yang telah membuat pendafataran tahun 1 sesi 2011 dan 2012 secara manual hendaklah membuat permohonan semula secara 'online'
Borang permohonan boleh diisi melalui aplikasi dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang (web) Jabatan Pelajaran Selangor

Ibu bapa/Penjaga perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dengan membawa bersama 2 salinan cetakan borang maklumat permohonan, salinan sijil nikah dan surat beranak asal. Dokumen-dokumen lain tidak perlu disediakan kerana pihak sekolah akan menggunakan semula dokumen yang telah tuan/puan sertakan semasa permohonan manual.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

Tuesday, March 2, 2010

PERMATApintar

Objektif program ini adalah untuk mengenalpasti pelajar pintar seawal mungkin serta memastikan pelajar-pelajar pintar cerdas tidak terabai, malah diberi pendidikan bersesuaian dengan kemampuan intelek mereka dan menjadi individu yang berdaya tinggi di peringkat nasional dan global.
Program PERMATApintar akan dilaksanakan dalam beberapa peringkat dengan dimulakan mengenalpasti pelajar yang berumur 9 - 15 tahun melalui ujian saringan IQ PERMATApintar secara atas talian UKM1. Mereka yang berjaya menghabiskan ujian UKM1 akan diberikan sijil oleh UKM. UKM akan menawarkan mereka yang layak untuk menduduki ujian atas talian UKM2 di pusat-pusat khas yang akan diuruskan oleh UKM dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri. Hanya mereka yang melepasi UKM2ini akan ditawarkan untuk menyertai perkhemahan di UKM selama 3 minggu. Ujian UKM1 terbuka kepada semua mulai 1 Mac hingga 31 Mei 2010 dan boleh dibuat melalui capaian internet di sekolah, di rumah, di cybercafe atau di mana-mana sahaja dengan melayari laman web http//www.permatapintar.edu.my.

Kursus yang ditawarkan semasa perkhemahan 3 minggu:
1- Menjadi saintis/Be a scientist (9 tahun)
2- Penaakulan Mantik/Mathematical Reasoning (10 tahun)
3- Penulisan dan Imaginasi/Writing and Imagination (11 tahun)
4- Mengarang Penulisan/Crafting the essay (13 tahun)
5- Pengenalan kepada Robotik/Introduction to Robotic (12 tahun))
6- Kriptologi/Cryptology (14 tahun)
7- Bioteknologi/Biotechnology (15 tahun)
8- Biologi Pecutan/Fast-paced Biology (15 tahun)
9- Rekacipta/Invention (13-15 tahun)
10- Kristal dan Polimer/Crystal and Polymer (12-13 tahun)
11- Sains Penerbangan/Flight Sciences (12-13 tahun)
12- Kebarangkalian dan Teori Permainan/Probablity and Game Theory (14-15 tahun)



Berikut ialah petikan dari laman web PERMATApintar.
Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web http://www.permatapintar.edu.my/. Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal. Ia dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian saringan pertama PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
  1. Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun);
  2. Program PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
  3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).

Ujian PERMATApintar UKM1 dibangunkan dan dilaksanakan secara dalam talian berasaskan web agar proses pencarian pelajar pintar cerdas dapat dilakukan secara menyeluruh dalam masa yang terhad dan tidak melibatkan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan ujian bertulis. Dengan itu, ujian ini tidak dijalankan secara bertulis (kertas dan pensil). Selain itu, ujian dalam talian ini dilaksanakan untuk membudayakan ICT dalam kalangan pelajar sekolah.

Untuk tahun 2010, ujian ini boleh diambil dalam tempoh 3 bulan bermula 1 Mac 2010 dan berakhir 31 Mei 2010. Semua pelajar Malaysia berusia 7 hingga 15 tahun layak menduduki ujian ini. Pelajar tidak dikenakan bayaran untuk mengambil ujian ini. Tiada sekatan atau birokrasi untuk pelajar mengambil ujian sama ada di rumah, di sekolah atau di mana sahaja asalkan boleh mencapai laman web ini.

Ujian ini digunakan untuk mengesan pelajar pintar cerdas di Malaysia seramai yang mungkin dan meliputi seluruh negara supaya prinsip “no child is left behind” dalam pencarian ini dapat didokong dengan sempurna. Oleh sebab itu, pihak sekolah, ibu bapa dan kaum kerabat serta masyarakat Malaysia perlu menggalakkan pelajar-pelajar mengambil ujian dalam talian ini. Jika tiada kemudahan kemudahan Internet, pihak-pihak yang prihatin perlu membantu membawa pelajar ke pusat-pusat komuniti di desa yang ada kemudahan Internet atau ke kafe siber dalam daerah masing-masing. Bagi pelajar yang telah mengambil ujian ini pada tahun 2009, mereka boleh mengambil ujian ini untuk mengikuti program-program pada tahun 2010. Pelajar akan dipilih berdasarkan skor kelayakan mengikut peringkat umur dan tiada sistem kuota dari segi jantina, bangsa, daerah, negeri dan jenis sekolah digunakan dalam pemilihan pelajar.

Untuk menggunakan ujian saringan peringkat pertama ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti: menggunakan tetikus dan papan kekunci. Oleh keranan ujian ini adalah terbuka dan tanpa pengawasan, perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain atau membuat rujukan semasa mengambil ujian saringan ini. Ibu bapa atau orang dewasa yang lain perlu menanamkan nilai murni KEJUJURAN kepada pelajar-pelajar ini. Setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka secara jujur sebelum memulakan ujian saringan ini. Maklumat ini akan digunakan untuk menghubungi pelajar dan ibubapa jika sekiranya terpilih mengikuti saringan ujian UKM2 dan USIM-1 dan program-program yang ditawarkan.

Ujian saringan pertama ini sepatutnya diambil oleh pelajar tanpa persediaan dari segi latihan tentang ujian tersebut sebagaimana dengan peperiksaan di sekolah kerana pihak PERMATApintar dan PERMATA Insan ingin mengesan pelajar pintar cerdas semula jadi (nature) dan dikembangkan (nurture) bakat mereka melalui program PERMATApintar dan PERMATA Insan. Dengan itu, ibu bapa, guru dan kaum kerabat tidak perlu membantu pelajar untuk menjawab soalan dalam ujian ini semata-mata untuk terpilih dalam program-program yang disediakan. Orang dewasa yang terlalu mengharapkan pelajar-pelajar ini memasuki program dengan membantu pelajar perlu sedar bahawa pelajar akan mengalami tekanan emosi dan mental semasa mengikut program kerana tahap kemampuan mereka bukan yang sebenar tetapi dilakukan dengan bantuan orang dewasa. Dengan itu, ia bukan sahaja menyulitkan pelajar, malah pihak pengurusan dan tenaga pengajar juga turut mendapat kesusahan kerana terpaksa berhadapan dengan pelajar yang tidak berkemampuan untuk mengikuti modul-modul yang kami sediakan yang mencabar minda pelajar.



Petikan dari http://www.permatapintar.com.my/default.ukm1.aspx

Thursday, February 25, 2010

Buletin SKTPP - Bil 2 (Februari)

Berikut adalah paparan buletin untuk bulan Februari :






PELANCARAN PROGRAM KITAR SEMULA

Pada hari ini berlangsung Majlis Pelancaran Program Kitar Semula di sekolah. Pertandingan mengitar semula kotak air minuman akan di adakan di sekolah bermula 1 Mac hingga bulan Oktober 2010.

Sekolah yang mendapat kutipan kotak air minuman yang terbanyak akan mendapat hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5000.

Pertandingan antara kelas juga akan dijalankan, kelas terbanyak akan mendapat hadiah air kotak.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis pelancaran :





































Wednesday, February 24, 2010

Pertandingan Memasak (BSMM)

Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia SKTPP telah mengadakan pertandingan memasak di antara ahli-ahlinya. Mereka telah dibahagikan kepada 6 kumpulan terdiri daripada 3 kumpulan murid Tahun 5 & 3 kumpulan lagi murid Tahun 6.


Sebelum aktiviti dimulakan, semua ahli dikehendaki berkumpul di kawasan tempat letak basikal. Pertandingan memasak ini diketuai oleh Cikgu Azhar (anchorman kita).

Cikgu Azhar sedang memberi sedikit taklimat sebelum aktiviti dimulakan sambil dibantu oleh Cikgu Rusydan.


Cikgu Rusydan mengambil alih tempat Cikgu Azhar sebagai bos. Tengok gaya pun kita dah tau (gaya bos sedang cekak pinggang!).


Gelagat murid-murid sedang menghidupkan api untuk tujuan memasak sambil dibantu oleh beberapa orang guru. Kelihatan Cikgu-cikgu kita sedang bermain dengan asap (api tak nyala-nyala pun, asap je yang lebih). Dicelah-celah kesibukan aktiviti kelihatan kelibat Cikgu Pazli yang sedang bertungkus-lumus membantu murid-muridnya. Ehh?? Bukan Cikgu Pazli geng pengakap ke?? Sebut je bab makan, Cikgu Pazli sanggup beralih persatuan.... Hahahaha!!


Bab memasak, serah sahaja pada guru wanita. Lihat sahaja gelagat mereka. Ehh? Ni siapa yang masuk bertanding? Cikgu ke murid-murid? :p


Antara hasil yang agak menjadi. Agak-agak boleh makan ke ni? Garam? Gula? Cukup ke??


Cikgu-cikgu sedang membuat persiapan akhir sebelum diadili oleh pihak juri. Nampak cikgu yang lagi beria-ia daripada murid.....


Persiapan terakhir sebelum diadili. Cikgu Fakhrul pandang kamera semacam je? Mungkin sedang baca mentera agar masakan kumpulan beliau menang kot? Takat telur goreng, apalah sangat.....



Tu dia!! Antara masakan-masakan yang telah siap dimasak (makan belum tentu lagi... hahahah!).


Objektif aktiviti hari ini tercapai dimana murid-murid dapat belajar cara memasak menggunakan bahan-bahan yang selalunya dibawa sewaktu perkhemahan. Ini adalah persiapan awal kepada mereka sebelum melakukan aktiviti perkhemahan jika diadakan kelak.

Aktiviti Kokurikulum

Hari ini merupakan Minggu Unit Beruniform bagi aktiviti kokurikulum di SK Taman Putra Perdana. Semua aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya. Berikut adalah ringkasan aktiviti yang dijalankan oleh setiap unit beruniform sesi pagi.

Persatuan Pengakap
Persatuan Pengakap mengadakan aktiviti mereka di dewan terbuka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bacaan ikrar dan nyanyian lagu-lagu pengakap.




Bulan Sabit Merah Malaysia
Bulan Sabit Merah mengadakan aktiviti mereka di kawasan tempat letak basikal. Aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan memasak.



Persatuan Tunas Puteri
Tunas Puteri mengadakan aktiviti mereka di bilik tayang.




Persatuan Puteri Islam Malaysia
Persatuan Puteri Islam Malaysia mengadakan aktiviti mereka di dataran sekolah. Aktiviti yang dijalankan adalah permainan "Tuju Tin". Sebelum itu, ahli-ahli dikehendaki membalut tin mereka dengan kertas pembalut berwarna merah jambu dan kuning.


PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA) KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2011 DAN 2012 SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR SECARA 'ONLINE'

Tarikh: 1 Mac hingga 30 April 2011

Masa: Isnin hingga Jumaat
(8.00 pagi - 4.00 ptg)
Pendaftaran Sendiri
02.01.2005 - 01.01.2006 (Sesi Persekolahan Tahun 1 2012)
02.01.2006 - 01.01.2007 (Sesi Persekolahan Tahun 1 2013)



Borang permohonan boleh diisi melalui aplikasi dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang (web) Jabatan Pelajaran Selangor http://apps.moe.gov.my/esppsel/pptahun1/
Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal dan salinan seperti berikut:
1. Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat Asal
2. Bil Utiliti (Bil Letrik/Bil Air/Bil Telefon)
3. Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga
4. Sampul Surat Putih bersaiz 7x10 (118 cm x 250 cm) bersetem 60 sen
5. Sijil Nikah
6. Surat Hak Penjagaan/Perintah Mahkamah (jika berkaitan)
7. Laporan Doktor & Kad OKU (jika berkaitan)




Sekian, harap maklum.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H PERINGKAT SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa sambutan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 05 Mac 2010
Masa : 7.45pg -10.45pg (sesi pagi)
Masa : 2.10ptg - 5.00ptg (sesi petang)
Tempat : Dewan Terbuka

Aktiviti :
1. Pertandingan selawat - Tahun 1 dan 2
2. Pertandingan bercerita - Tahun 3
3. Pertandingan Tulisan Jawi Cantik - Tahun 3
4. Pertandingan melukis poster - Tahun 4 dan 5
5. Pertandingan membuat sepanduk - Tahun 6

Sesi pagi : Tahun 5 dan 6, P&P berjalan seperti biasa mulai jam 9.30pagi.
Tahun 1, P&P seperti biasa mulai jam 11.05pagi.
Sesi petang : Tahun 4, P&P seperti biasa
Tahun 3 P&P seperti biasa mulai 3.30petang
Tahun 2, P&P seperti biasa mulai jam 5.05 petang.

* Pertandingan poster dan sepanduk dijalankan lebih awal. Majlis penyampaian hadiah akan disampaikan pada hari sambutan tersebut. Harap maklum.

Monday, February 22, 2010

Penyerahan Hadiah Merentas Desa


Pada perhimpunan rasmi pagi tadi, telah berlangsungnya majlis ringkas penyampaian hadiah kepada murid-murid yang memenangi acara merentas desa.

Berikut adalah wajah-wajah riang pemenang dengan kalungan pingat kebanggaan mereka :