... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, September 30, 2013

Cyclothon: Jom Berbasikal! - Peraduan Basikal Cantik

Sebaik mendaftar di kaunter pendafaran di , pengunjung akan diberikan satu kertas aturcara yang juga tercetak satu nombor unik padanya.  Ceraikan nombor ini dan masukkan ke dalam peti undi basikal cantik pilihan anda di Dewan Taman.  Sementara itu, simpan kertas aturcara tersebut untuk dijadikan eviden sewaktu menuntut hadiah Cabutan Bertuah jika nombor anda terpilih.

Sekadar hiasan
Sekadar hiasan
Undian anda pada peti undi basikal cantik pilihan anda akan membantu dalam menentukan pemenang peraduan Basikal Cantik. Setelah semua undian dikira, nombor anda ini akan disatukan dalam peti cabutan bertuah.

Peraduan Basikal Cantik ini terbuka kepada 10 penyertaan sahaja.  Semua hiasan hendaklah disiapkan sebelum dibawa ke tempat pertandingan.  Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pn. Norsiah Mohd. Nor.

Cyclothon: Jom Berbasikal!



Jangan lupa bahawa acara Cyclothon: Jom Berbasikal! anjuran  Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana akan diadakan pada hari Ahad ini, 5 Oktober 2013.  Pelbagai aktiviti dan acara menarik disediakan pada hari tersebut.

Selain daripada merasmikan majlis ini, Yang Berhormat ADUN Dengkil Tuan Shahrum Hj. Mohd. Sharif juga akan turut serta berbasikal.

Hadiah Utama acara Cabutan Bertuah sebuah basikal Fixie (berwarna biru)

Hadiah tempat pertama sebuah basikal lumba (berwarna merah)

Penyumbang hadiah tempat pertama


Acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik juga akan diadakan.  Hadiah tempat pertama ialah sebuah basikal lumba sementara hadiah utamanya ialah basikal Fixie.  Anda hanya perlu datang dan mendaftar diri di kaunter pendaftaran dan patuhi beberapa ketetapan lain untuk melayakkan menyertai acara Cabutan Bertuah ini.

Friday, September 20, 2013

Perancangan Aktiviti Selepas UPSR tahun 2013

Makluman kepada murid-murid &ibu bapa/penjaga murid Tahun 6

Jadual Aktiviti adalah seperti berikut:


Bil
Tarikh
Aktiviti
Tindakan
1.
16 Sept
17 Sept
18 -20 Sept


·         Cuti Sempena Hari Malaysia.
·         Program Melangkah Ke Alam Remaja
·         Perbincangan aktiviti Persembahan Hari Graduasi dan latihan persembahan.

-Unit B&K
- Guru Kelas & Guru Muzik kelas berkenaan.
2.
23 – 27 Sept
·         Latihan Persembahan Sempena Hari Graduasi
( Masa Pelajaran Elektif PDP seperti biasa)

-Pn Zaleha & Pn Roseniza
Guru Kelas & Guru Muzik kelas berkenaan.

3.
30 September
1 Oktober

2 -4 Oktober
·         Cuti Peristiwa Sempena Hari Sukan
·         Sambutan Hari Kanak-Kanak  (Peringkat Sekolah)

Masa: 7.30-10.30 (Sebelum Rehat)
·         Latihan Bola Sepak & Bola Jaring }
·         Latihan Bola Sepak & Bola Jaring }
·         Latihan Bola Sepak & Bola Jaring }

Masa: 10.50-12.50/1.20  (Selepas Rehat)
·         Latihan Persembahan Hari Graduasi
( Di Jalankan di Dewan Perdana )





-Pn Zailezah ,  Pn Azwani
  Pn Mazzaini, Pn Norliza



Guru Kelas  dan guru subjek pada masa tersebut.
4.
7 Oktober


8 Oktober

9 Oktober
10 Oktober
11 Oktober
·         Aktiviti Kerohanian
-       Nasyid
-       Azan
·         Pertandingan Bercerita Kisah rasul

·         Ujian Bertulis (Jawi)  - 8.30 hingga 10.30
·         Ujian Bertulis (B.Arab) – 8.30 hingga 9.30
·         Treasure Hunt



-Pn Nahdatul,C.Syuhada,
 Pn fairuzah, Pn Azura



-Guru JQaf & PI

- Pn Norsiah, Pn Aishah,
  Pn Rosmiza, Pn Norhana.
5.
14 - Oktober
15-17 Oktober


18 Oktober
·         Latihan Bola Jaring dan Bola Sepak
·         Perlawanan (Akhir)Bola Sepak dan Bola Jaring antara Kelas (Tahun 6)

·         Program Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah.

- Pn Zailezah ,  Pn Azwani
  Pn Mazzaini, Pn Norliza
( Hadiah disediakan: (PIHAK CUA)
Unit B&K
6.
21 Oktober
22 & 23 Oktober
24 Oktober

25 Oktober
·         Jualan Hari  Keusahawanan
·         Peperiksaan PAT ( Mpelajaran elektif)
·         Jualan Hari Keusahawanan.

·         Sains & Teknologi ( Rocket On Air)

Pn Maimunah, PnRosmawati 
 Pn Musaliha, Pn Siti Rabiah
Pn Visva, Pn Azila, Pn Norazura(M)
7.
28-30 Oktober
31 Oktober
1 November
·         Raptai Hari Graduasi
·         Hari Graduasi Tahun 6 (Peringkat Sekolah)
·         Cuti Peristiwa Sempena  Hari Deepavali.


*Guru kelas mengedarkan fail peribadi murid &checklist dan t/tangan murid.

* Pn Zaleha & Pn Roseniza
8.
4 November
5 November
6 November
7 November
8 November
·         Cuti sempena Hari Deepavali
·         Cuti Sempena Awal Muharram
·         Raptai Dinner (Perpisahan ) Tahun 6
·         Dinner Tahun 6 “Tema: Arabian Night”
·         Hari Jalinan Mesra ( Murid Tahun 4&5)
         


-Pn Asmawati, Pn Noriza,
 Pn Zainur Jimah, Pn Norly
9.
11-15 November
RAPTAI HARI ANUGERAH CEMERLANG…SKTPP



-Semua guru yang terlibat.

Friday, August 16, 2013

Floria Putrajaya 2013: SK Taman Putra Perdana



Bertemakan bunga anggerik, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana menyertai pesta ini buat kali kedua.

Tuesday, July 2, 2013

Latihan Sukaneka PPKI

Pada 18 Jun 2013 (Selasa), murid-murid PPKI SKTPP telah menjalani satu sesi latihan sukaneka bersama-sama guru-guru PPKI. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bermain dengan gelung rotan, pundi kacang dan juga terompah gergasi. Semua murid dikehendaki melakukan kesemua aktiviti  bagi melatih mereka supaya lebih bersedia dan berupaya melakukannya. Seterusnya, tapisan penyertaan murid-murid PPKI juga turut dilakukan. Ini bertujuan untuk memastikan murid tersebut boleh atau berupaya untuk melakukan aktiviti sukaneka tersebut. Berikut adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung:

Murid-murid PPKI melakukan aktiviti pemanasan badan dahulu sebelum memulakan latihan.

Guru menunjukkan cara bermain dengan gelung rotan

Permainan dimulakan. 
Setelah menjalani sesi latihan sukaneka, murid-murid PPKI pula dilatih untuk perbarisan hari sukan. Murid-murid dibawa ke padang sekolah dan berarak mengelilingi padang sekolah di bawah pengawasan guru. Antara gambar yang telah dirakamkan adalah seperti berikut:

Murid-murid PPKI diletakkan dalam satu baris untuk memudahkan guru menyusun atur  kedudukan murid dalam perbarisan

Kedudukan murid-murid PPKI yang telah disusun mengikut ketinggian mereka. 

Angkat!Jatuh!Angkat, luruskan barisan.
Disediakan oleh,
Rozaitul Ikhma Ab Razak

Friday, May 3, 2013

PPKI: Bengkel Kemahiran Hidup


Khamis, 2 Mei 2013 – Seramai 21 orang murid-murid PPKI telah menjalani aktiviti bengkel kemahiran Hidup (Elektrik & Elektronik) bermula jam 11.50 pagi hingga 12.50 tengah hari. Aktiviti ini turut dibantu oleh semua guru PPKI dan 4 orang Pembantu Pengurus Murid (PPM).

Antara agenda yang telah dijalankan:

      ·         Murid-murid diterangkan tentang asas ilmu pendawaian elektrik.
      ·         Murid-murid diingatkan tentang langkah-langkah keselamatan sewaktu berada di dalam bengkel.
      ·         Guru membimbing murid untuk cara-cara mengendalikan alatan pendawaian elektrik (pemutar skru  
            dan penjalur wayar).


Gambar sepanjang aktiviti.




Thursday, May 2, 2013

PPKI: Aktiviti Latihan Badminton


Khamis, 2 Mei 2013 – Aktiviti latihan badminton untuk murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah dijalankan di tapak perhimpunan SKTPP bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Latihan ini disertai seramai 23 orang murid dan dijalankan dalam 4 kumpulan murid yang berasingan.

Antara matlamat untuk menjalankan aktiviti ini adalah:

      ·         Memberi peluang kepada murid-murid PPKI mengenal asas dan teknik permainan.
      ·         Memberi peluang untuk meyerlahkan bakat dan potensi murid keperluan khas.
      ·         Sebagai aktiviti terapi untuk menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus.


Gambar sekitar aktiviti dijalankan.






Sunday, September 30, 2012

PROGRAM EKSPRESI DIRI

TARIKH: 29 September 2012
MASA: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
TEMPAT: SK Taman Putra Perdana  

LATAR BELAKANG:
Kecemerlangan akademik dan kestabilan emosi adalah elemen-elemen yang boleh digerakkan melalui motivasi. Justeru itu, atas dasar kepercayaan bahawa kecemerlangan akademik lahir dari kesedaran dan kegigihan menuntut ilmu maka program motivasi digarap dengan pelbagai aktiviti agar para pelajar mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan bersedia mencipta kecemerlangan diri dari segi sahsiah dan akademik.

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Mengenal pasti sesuatu yang memberi inspirasi kepada diri supaya berusaha.
2. Menganalisis setiap tingkah laku yang membawa implikasi sama ada positif ataupun negatif.
3. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan. 

RINGKASAN PROGRAM:

Program ini bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi. Seramai 158 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4 SKTPP bersama 20 orang fasilitator dari Universiti Sunway dan Puan Yazilmiwati binti Yaacob, Pengerusi Mujahadah Agro Camp yang hadir untuk menjayakan program ini.

Program ini dilaksanakan dengan tujuan persediaan fizikal, mental dan emosi kepada murid-murid Tahun 4 supaya sentiasa bersedia dalam pelajaran di Tahap dua disamping dapat membantu memotivasikan diri agar lebih fokus untuk mencipta kecemerlangan diri terutama dalam membina target dalam setiap peperiksaan.

Program berakhir pada jam 6.00 petang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, fasilitator dan guru-guru yang hadir. Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Haji Shaharuddin bin Ajam, YDP PIBG SKTPP yang merasmikan majlis penutup. Semoga usaha ini memberi manfaat yang besar terhadap semua murid dan seterusnya lebih fokus untuk mencipta kecemerlangan diri khususnya dan sekolah amnya.

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM:




Slot berkenalan dengan fasilitator



Slot LDK 1



Slot ceramah motivasi yang disampaikan oleh Puan Yazilmiwati binti Yaacob


Slot LDK 2


Slot LDK 3

Penyampaian cenderamata kepada Puan Yazilmiwati binti Yaacob

Penyampaian sijil dan cenderamata kepada Encik Ashraf Azman, wakil fasilitator 

Penyampaian sijil kepada adik Aniq Iqbal, wakil peserta kursus