... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, April 8, 2010

Buletin SKTPP - Bil 3 (Mac)

Ini adalah lampiran Buletin SKTPP untuk bulan Mac.






Ujian Permata Pintar

Makluman kepada semua ibu bapa dan murid :

Ujian ini boleh dibuat di laman web www.permatapintar.edu.my bermula dari 24 Mac - 31 Mei 2010. Pada ruangan Kod Sekolah taipkan BBA9224.

Ujian ini boleh dibuat di rumah (atau mana-mana tempat yang ada rangkaian internet) dan terbuka kepada semua murid Tahun 1 - Tahun 6 yang berminat.

Catatan :
Kepada ibu bapa yang tidak mempunyai internet di rumah, Ujian ini boleh dibuat di Makmal Komputer sekolah seawal 7.15 - 7.40 pagi dan 1.10 - 2.00 petang.

Wednesday, April 7, 2010

Sukan Tahunan 2010

Sukacita dimaklumkan Sukan Tahunan 2010 SKTPP akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 April 2010

Hari : Sabtu

Tempat : Padang SK Taman Putra Perdana

Masa : 7.30 pagi hingga 2 petang

Kejohanan Memanah MSS Selangor 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa MSSD Sepang akan mengadakan pemilihan peserta untuk Kejohanan Memanah MSS Selangor 2010 mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 20 April 2010
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang SM Teknik Sepang

Sehubungan dengan itu, jika ada murid yang berminat dan berpotensi diminta menghubungi pihak sekolah. Tarikh tutup : 16 April 2010.

The 2nd Young Malaysian Outstanding Achievement Award 2010

Untuk makluman, salah seorang murid SKTPP, Sanjay a/l Devadass dari 5 Alamanda telah memenangi The 2nd Young Malaysian Outstanding Achievement Award 2010 -Smart Kids untuk kategori Humanitarian Award.

Tahniah diucapkan.

Monday, April 5, 2010

PERHIMPUNAN MINGGUAN (Minggu ke-13)

Perhimpunan hari ini dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor & lagu SKTPP.

Guru bertugas minggu ini:-
  1. Cikgu Hafiz
  2. Cikgu Astina
  3. Cikgu Jumilah
  4. Cikgu Linda
  5. Cikgu Norliza
  6. Cikgu Noriza
  7. Cikgu Zulastri
Ucapan guru bertugas minggu lepas (Cikgu Julaili)
  1. Murid-murid tidak makan & minum dikantin sewaktu rehat.
  2. Kebersihan kelas pula ada sedikit peningkatan terutamanya kelas Tahun 1. Murid harus bekerjasama dalam menjaga kebersihan kelas.
  3. Anugerah Kebersihan:-
  • Tahun 1 - 1 Myvi
  • Tahun 5 - 5 Lotus
  • Tahun 6 - 6 Kuprum
Pemenang 3 kali berturut-turut:-
  • Tahun 5 Lotus
  • Tahun 6 Argentum
Ucapan guru bertugas minggu ini:-
  1. Jika murid-murid berasa kurang sihat, sila beritahu ibu bapa dan berehat dirumah.
  2. Jangan berlari-lari dikawasan sekolah terutamanya murid Tahun 1.
  3. Jangan cari masalah & bergaduh.
  4. Jangan bising sewaktu pertukaran waktu, rehat dan waktu balik.
Pengumuman
  1. Kepada ahli Tunas Puteri, sila hantar borang ke Bagan lalang dan borang keahlian kepada Cikgu Ainul.
  2. Guru kelas yang belum mengambil buku Keselamatan Jalan Raya, sila ambil di bilik BOSS.
  3. Kegiatan Kokurikulum hari Rabu ini - Latihan rumah sukan.
Cikgu Julaili
  1. Kempen Galakan Membaca telah mula dijalankan.
  2. Murid-murid digalakkan membaca sekurang-kurangnya 1 buah buku (perlu dicatat dalam buku NILAM).
  3. Sila catat tarikh dan judul dalam borang peraduan (borang boleh didapati di pusat sumber sekolah).
  4. Jika murid membaca lebih daripada 20 buah buku dalam tempoh tertentu, hadiah akan diberikan.
  5. Mulai hari ini, murid Tahun 5 & 6 dibenarkan meminjam buku di perpustakaan.
Pn. Jamilah (PK HEM)
  1. Wabak H1N1 gelombang ke-2 sedang melanda. Murid-murid diminta menjaga kesihatan mereka.
  2. Wabak Denggi juga sedang melanda. Murid-murid perlu berhati-hati. Jika demam yang berpanjangan, sila dapatkan rawatan di hospital secepat yang mungkin.
  3. Tandas lelaki yang baru dibaiki telah pun rosak semula. Murid-murid dinasihatkan supaya menggunakannya dengan baik dan cermat. Kemudahan yang diberikan perlu dijaga dengan baik.
Pn. Siti Habsah (PK 1)
  1. Program Galakan Membaca telah dilancarkan. Ada 3 peringkat semuanya. Setiap peringkat ada 3 orang pemenang.
  2. Kepada murid-murid, sila tulis tarikh, tajuk & maklumat tentang buku didalam borang yang disediakan (ada diperpustakaan).
  3. Borang itu kemudiannya hendaklah dimasukkan kedalam kotak yang disediakan.
  4. AJK akan memilih pemenangnya berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
  5. Hadiah utama akan diberikan pada akhir tahun (hadiah akan dipamerkan di pusat sumber sekolah).
  6. Tempoh program adalah sehingga bulan Oktober 2010.

Lain-lain
2 orang guru dari SKTPP akan mula berpindah hari ini.
  1. Wan Ahmad Rithaudin - berpindah ke SK Puchong Perdana.
  2. Wan Nawawi - berpindah ke SK Taman Medan.
  3. Pn Ummi Maslinda akan ambil-alih semua jadual Wan Nawawi bermula 5/4/2010.

Keputusan Rasmi Acara Kejohanan Olahraga MSSS 2010



Tarikh : 31 Mac - 1 April 2010

Masa : 8.30 pg - 6.30 ptg

Tempat : Stadium Bandar Baru Salak Tinggi

1. Vireshwar a/l Suraindiran - lompat jauh - pingat emas
200 meter - pingat emas

2. Mohd Daniel Hogan b. Daud Hogan - 80m berhalangan - pingat emas

3. Muhammad Azhar b. Apandi ( Olahragawan Harapan ) -
Lompat tinggi - pingat emas -
80 m berhalangan - pingat emas

4. Nur Najwa bt Ishak - 200 meter - pingat perak

5. Mohd Faiz Izwan b. Hasbullah - 100 meter - pingat perak

6. Nur Erna Natasya bt Mohd Jamil - 80 m berhalangan - pingat perak

7. Ravenia Suresh a/p Suresh - lompat tinggi - pingat perak

8. Siti Norfarhana Elysha bt Rosdi - lompat tinggi - pingat gangsa

9. Mohd hafiz Ikmal b. Muhammad Helmi - 100 meter - pingat gangsa

10. Muhammad Jazman b. Abd Rahman - lontar peluru - pingat gangsa

Program Galakan Membaca



Pelaksanaan

Setiap bahan yang dibaca hendaklah dicatat sinopsis atau ringkasan cerita dalam buku NILAM. 3 orang pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah buku yang paling banyak dibaca mengikut tahun.

Sesi 1: 1 April - 31 Mei 2010

Sesi 2 : 1 Jun - 31 Julai 2010

Sesi 3 : ! Ogos - 15 Oktober 2010

Pelancaran

Tarikh : 5 April 2010

Hari : Isnin

Masa : Perhimpunan


Hadiah Utama

Sebuah basikal (Disampaikan pada Hari Anugerah Cemerlang 2010)

PERTANDINGAN MENGGAMBAR PERINGKAT SEKOLAH RENDAH SEMPENA KARNIVAL SENI

Pertandingan Menggambar ini akan diadakan pada 26 April 2010.

Murid yang terlibat hendaklah mendapat surat kebenaran daripada ibubapa/penjaga.

Pihak Jabatan/Pejabat Pelajaran Daerah/sekolah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan perbelanjaan berkaitan program.

Untuk pendaftaran, borang penyertaan boleh didapati melalui lampiran atau blog Jabatan Pendidikan Seni Visual http://jabseniipgik.blog.com/ dan diserahkan kepada urusetia pertandingan pada hari pertandingan selewat-lewatnya setengah jam sebelum acara bermula.(9.30 pagi)

UJI BAKAT 1MALAYSIAN YOUTH ORCHESTRA (1MYO)

Tarikh : 17 dan 18 April 2010
Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : ASWARA
464, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur

1. Murid -murid yang berminat dan berbakat memainkan mana-mana alat muzik dipelawa untuk menyertai uji bakat tersebut.
2. Murid yang terlibat hendaklah mendapat surat kebenaran daripada ibubapa/penjaga.
3 Pihak jabatan/ Pejabat Daerah Daerah/sekolah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan perbelanjaan berkaitan program
4. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai meja di PPD Sepang Encik Shaiful Bahri bin Ghazali di talian 0176900157