... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, May 19, 2010

Sambutan Hari Guru 2010 (Sesi Pagi)

Pada 18 Mei 2010, telah diadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Acara ini dianjurkan oleh Kelab Guru SKTPP di bawah penyelarasan Puan Suhaizan binti Sukiman. Antara acara-acara yang dijalankan adalah :

- Persembahan nyanyian oleh guru lelaki
- Persembahan tarian oleh guru perempuan
- Acara sukaneka
- Baling belon air
- Naik basikal
- Tiup tepung
- Cucuk benang dalam jarum
- makan tembikai

Keseluruhan acara berlangsung dengan meriah dan mendapat kerjasama padu daripada semua guru.

Berikut beberapa gambar yang sempat dirakam sepanjang acara berlangsung :

1. Acara sukaneka Terompah Gergasi :



2. Acara menunggang basikal paling perlahan :



3. Acara baling belon berisi air :



5. Keadaan Puan Shymala selepas acara cari gula-gula dalam tepung :


6. Puan Rosmizawati sedang makan buah tembikai dengan hebatnya :


Adengan makan-makan aiskrim semasa murid rehat :


Majlis penyampaian pertukaran hadiah antara guru oleh Encik Sukimin Juki :


Acara persembahan nyanyian lagu 'Biarku Menjadi Lilin' oleh guru-guru lelaki :



Dua juruacara yang mengendalikan acara sambutan, iaitu Puan Suhaizan dan Puan Linda :



Sebilangan besar guru SKTPP yang ada :













Tuesday, May 18, 2010

Bingkisan Hati daripada Ibu kepada Guru-guru SKTPP

Ini adalah sepucuk surat yang dibingkiskan oleh ibu kepada murid SKTPP sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini :

(klik pada gambar untuk lebih jelas)

Selamat Hari Guru kepada semua guru..........

Monday, May 17, 2010

Gotong-royong SKTPP


Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 8.00 - 1.00 petang
Turut hadir 40 orang ibu bapa

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa aktiviti gotong royong yang diadakan :











Buku Nota Sains - Murid Tahun 4, 5 & 6


Berikutan adanya permintaan dari pihak ibu bapa, supaya pihak sekolah mencadangkan buku-buku yang sesuai digunakan untuk membantu anak-anak memahami istilah-istilah Sains pada masa kini.
Oleh itu pihak sekolah telah bersepakat memilih buku Xpress Pro Science Bilingual (Dwibahasa) untuk kegunaan di atas.

Buku ini boleh digunakan sebagai bahan rujukan ibu bapa, malah menjadi nota padat yang amat sesuai untuk anak-anak (boleh digunakan dari tahun 4 - tahun 5)

Pada ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan buku nota Xpress Sains ini, boleh membuat tempahan daripada pihak sekolah (berjumpa Puan Habsah/Puan Rubiaton) dengan harga RM10.00 senaskah. Tuan/puan juga boleh mendapatkan buku-buku ini di mana-mana kedai buku.

Ini adalah cover buku yang dimaksudkan :



Ini adalah contoh mukasurat dalam buku tersebut....(klik pada gambar untuk melihat lebih jelas)

Kedua-dua muka surat sama topik/isinya, tetapi dialih ke bahasa Melayu agar murid/ibu bapa senang memahami istilah-istilah yang digunakan dalam bahasa Inggeris.




Laporan Perhimpunan Mingguan

Tarikh : 17 Mei 2010
Masa : 7.45 - 8.20 pagi
Guru Bertugas : Puan Norlida (K)

: Puan Rubiaton

: Puan Jamilah

: Puan Hastipa

: Puan Maimunah

: Encik Norizmi

Laporan perhimpunan:

1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.

2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian dikendalikan oleh Puan Astina.

3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Puan Maimunah dan Ikrar Murid oleh Penolong ketua pengawas.

4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :

4.1 Puan Norli melaporkan mengenai masalah murid tahun 1 yang berkeliaran di kawasan dataran perhimpunan semasa rehat. Ada murid yang bermain di kawasan bahaya seperti longkang yang berada di kawasan kabin.

4.2 Kebersihan sekolah pada minggu lepas tidak memuaskan.

4.3 Beliau juga membuat pengumuman kelas terbersih untuk minggu lepas :

Tahun 1 - Kelas 1 Putra

Tahun 5 - Kelas 5 Alamanda

Tahun 6 – Kelas 6 Aurum

5. LAWAD

Puan Rubiaton membacakan perkataan LAWAD pada hari ini.

BM – MENGELAT

BI – TEACHER

ARAB – KHOMSATUN (5)

6. Ucapan Puan Shymala

Puan Shymala mengumumkan ada aktiviti kokurikulum pada minggu ini, iaitu aktiviti Unit Beruniform.

Beliau juga meminta semua murid memakai pakaian Unit Beruniform masing-masing. Murid yang belum membeli, diminta membelinya.

7. Ucapan Puan Norlela

7.1 Beliau menegur murid-murid yang memakai pakaian sukan selain dari baju sukan sekolah semasa aktiviti Pendidikan jasmani. Ada juga murid lelaki yang memakai seluar pendek. Perkara ini adalah menyalahi peraturan sekolah.

7. 2 Puan Norlela juga mengumumkan nama-nama tangga mengikut nama institusi pengajian tinggi yang terdapat di negara kita.

UTM – Tangga di depan bilik Kaunseling

UPM – Tangga ke pejabat sekolah

USM – Tangga untuk murid Tahun 6

UKM – Tangga untuk murid Tahun 5

UUM – Tangga untuk murid Tahun 1

7.3 Puan Norlela juga mengumumkan mengenai sambutan Hari guru yang akan dijalankan esok 18 Mei 2010. P&P tidak akan dijalankan dan murid tidak perlu membawa buku ke sekolah. Surat edaran telah pun diberikan pada hari Jumaat lepas.

8. Pengumuman guru-guru lain.

8.1 Puan Norhafiza mengumumkan mengenai hari terakhir pembayaran untuk menyertai Program Motivasi menuju puncak kecemerlangan bagi tahun 5, iaitu pada 19 Mei 2010. Bayaran boleh diberikan kepada beliau di bilik kaunseling.

8.2 Puan Rubiaton

8.2.1 mengumumkan mengenai kelas tambahan malam untuk murid tahun 6 pada minggu ini dibatalkan. Mulai 25 Mei, kelas ini akan dijalankan pada hari Selasa dan Rabu pukul 1.30 – 3.30 petang, mengikut kelas-kelas khas yang telah ditetapkan. Surat edaran telah diberikan pada hari Jumaat lepas. Kepada yang belum dapat, sila berjumpa dengan beliau di Bilik Komputer 1.

8.2.2 Peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun 6 hanya untuk mata pelajaran elektif (bukan subjek UPSR) sahaja. Tetapi Ujian Percubaan UPSR kali ke-2 akan dijalankan pada 1 – 3 Jun 2010.


Perhimpunan tamat pada pukul 8.20 pagi.

Sunday, May 16, 2010

‧∴°*╮*SELAMAT HARI GURU*╭*°∴‧

Apakah cita-cita anda sebelum menjadi guru? Mejistret? Lawyer? Engineer? Anda menyesal menjadi GURU? Cuba lihat ada tak Lawyer yang sanggup pakai topi Arkitek? Ada tak Mejistret yang berani sarung kot Doktor? Tapi GURU adalah SEMUA itu. Kitalah Doktor bila budak sakit, Lawyer bila ibubapa soal, Mejistret bila budak bergaduh. Hatta Security Guard dan AHLI NUJUM pun kita! Hari ini pula jadi Tukang Kebun pula, Gotong Royong Perdana... Oleh itu, berbanggalah menjadi GURU....

Dulu, murid hormat dan takut GURU, kini... GURU takut murid.
Dulu, GURU chalk and talk, kini... GURU kena slow talk.
Dulu, GURU boleh claim, kini... tak boleh komplen.
Dulu, Hari Guru dapat wang saku, kini... Hari Guru dapat penyapu... kena gotong royong...

Guru bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU.
Guru juga kadang kala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU.
Yang pasti, Guru juga bagaikan TV9 kerana DEKAT DIHATI.
Dan yang paling penting, GURU juga bagaikan ASTRO kerana MACAM-MACAM ADA!

Mak cakap CIKGU tu macam MAGGIE, makanan rutin time susah.
Ayah cakap CIKGU tu macam The SEEKERS, menakutkan.
Atuk cakap CIKGU tu macam ASTRO, macam-macam ada...
Tapi bagi saya CIKGU tu macam L'OREAL, Kerana Dirimu Begitu Berharga!

Guru dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra, dalam diamnya ada bijaksana, dalam tangannya, insan terbina.....

Be a CANDLE, Be a LIGHT, Be a TWINKLE, in the dark.
Be a HOPE, Be an INSPIRATION and make a different in other's heart!

A Teacher takes a hand... opens a mind... and touches a heart.
Teachers that love to teach... create kids that love to learn...

GURU... bukan 1 tapi beribu, bukan sementara tapi selamanya, bukan dimusuhi tapi disayangi, bukan dilupai tapi diingati, bukan hanya disini tapi dimana-mana, bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa.....

Jadilah GURU yang hadirnya diTUNGGU, hilangnya diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, tingkahlakunya diTIRU dan KEHILANGANNYA diiringi doa restu...

Buat rakan guru, semoga kita semua ikhlas dalam memberikan ilmu, bukan ganjaran dunia yang diharapkan. Semoga ganjaran diakhirat untuk kehidupan yang abadi.
‧∴°*╮*SELAMAT HARI GURU*╭*°∴‧

Friday, May 14, 2010

PERUBAHAN WAKTU KELAS TAMBAHAN TAHUN 6


Berikutan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, kelas tambahan yang dijalankan pada waktu malam akan dijalankan pada waktu siang mulai hari Selasa, 25 Mei 2010.

Hari Selasa dan Rabu pukul 1.30 – 3.30 petang
(murid tahun 6 akan dikecualikan daripada aktiviti kokurikulum)

JADUAL KELAS TAMBAHAN (MULAI 25 MEI 2010)



JADUAL 1 ( MINGGU KE-2 & MINGGU KE-4 SETIAP BULAN)


MASA/KELAS

SELASA

RABU

BILIK

1.30 - 2.30

2.30 – 3.30

1.30 - 2.30

2.30 – 3.30

6 TITANIUM

PUAN MAZZAINI (BM)

PN ASMAWATI (SN)

PUAN NORHANA (BI)

ENCIK AZHAR (MT)

KABIN 1

6 STANUM

PUAN NORLI (BM)

PUAN ZURAINI (SN)

ENCIK AZHAR (MT)

PUAN NORIZA (BI)

KABIN 2

6 PLUMBUM

PUAN ZURAINI (SN)

PUAN NORLI (BM)

PUAN NORIZA (BI)

ENCIK HAMIDI (MT)

MAKMAL KOMPUTER 3

6 PLATINUM

PUAN RUBY (BM)

PUAN JULAILI (SN)

ENCIK SHAHRIZAL (MT)

PUAN NORHANA (BI)

MAKMAL KOMPUTER 1

6 NIKEL

PUAN JULAILI (SN)

PUAN RUBY (BM)

CIK NORLIZA (BI)

ENCIK HAFIZ (MT)

MAKMAL KOMPUTER 2

6 KUPRUM

PN ASMAWATI (SN)

PUAN MAZZAINI (BM)

PUAN NURSYUKRI (MT)

CIK NORLIZA (BI)

BILIK PSS

6 KADMIUM

ENCIK TARMIJI (BM)

ENCIK PAZLI (SN)

ENCIK HAMIDI (MT)

PN ROSMIZAWATI (BI)

MAKMAL SAINS 1

6 FERUM

ENCIK PAZLI (SN)

ENCIK TARMIJI (BM)

PUAN NORLELA (BI)

ENCIK SHAHRIZAL (MT)

BILIK TAYANG

6 AURUM

PN MAIMUNAH (BM)

PUAN ZAILEZAH (SN)

ENCIK HAFIZ (MT)

PUAN NORLELA (BI)

BILIK KH

6 ARGENTUM

PUAN ZAILEZAH (SN)

PN MAIMUNAH (BM)

PN ROSMIZAWATI (BI)

PUAN NURSYUKRI (MT)

KELAS ARGENTUM


JADUAL 2 ( MINGGU PERTAMA & MINGGU KE-3 SETIAP BULAN)

MASA/KELAS

SELASA

RABU

BILIK

1.30 - 2.30

2.30 – 3.30

1.30 - 2.30

2.30 – 3.30

6 TITANIUM

PUAN NORHANA (BI)

ENCIK AZHAR (MT)

PUAN MAZZAINI (BM)

PN ASMAWATI (SN)

KABIN 1

6 STANUM

ENCIK AZHAR (MT)

PUAN NORIZA (BI)

PUAN NORLI (BM)

PUAN ZURAINI (SN)

KABIN 2

6 PLUMBUM

PUAN NORIZA (BI)

ENCIK HAMIDI (MT)

PUAN ZURAINI (SN)

PUAN NORLI (BM)

MAKMAL KOMPUTER 3

6 PLATINUM

ENCIK SHAHRIZAL (MT)

PUAN NORHANA (BI)

PUAN RUBY (BM)

PUAN JULAILI (SN)

MAKMAL KOMPUTER 1

6 NIKEL

CIK NORLIZA (BI)

ENCIK HAFIZ (MT)

PUAN JULAILI (SN)

PUAN RUBY (BM)

MAKMAL KOMPUTER 2

6 KUPRUM

PUAN NURSYUKRI (MT)

CIK NORLIZA (BI)

PN ASMAWATI (SN)

PUAN MAZZAINI (BM)

BILIK PSS

6 KADMIUM

ENCIK HAMIDI (MT)

PN ROSMIZAWATI (BI)

ENCIK TARMIJI (BM)

ENCIK PAZLI (SN)

MAKMAL SAINS 1

6 FERUM

PUAN NORLELA (BI)

ENCIK SHAHRIZAL (MT)

ENCIK PAZLI (SN)

ENCIK TARMIJI (BM)

BILIK TAYANG

6 AURUM

ENCIK HAFIZ (MT)

PUAN NORLELA (BI)

PN MAIMUNAH (BM)

PUAN ZAILEZAH (SN)

BILIK KH

6 ARGENTUM

PN ROSMIZAWATI (BI)

PUAN NURSYUKRI (MT)

PUAN ZAILEZAH (SN)

PN MAIMUNAH (BM)

KELAS ARGENTUM