... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, September 2, 2010

CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2010

Dimaklumkan bahawa semua murid akan bercuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri pada tarikh-tarikh di bawah:-

13.9.2010 (Isnin), 14.9.2010 (Selasa) dan 15.9.2010 (Rabu)

Pada 16.9.2010 (Khamis) adalah cuti umum sempena Hari Malaysia. Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah semula seperti biasa pada 17.9.2010 (Jumaat).

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

MAKLUMAN REHAT MURID SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR

Peperiksaan UPSR akan dijalankan pada 21.9.2010 (Selasa) hingga 23.9.2010 (Khamis). Sehubungan itu, semua murid Tahun 1 hingga 5 dan Pend. Khas akan direhatkan bagi melancarkan perjalanan peperiksaan tersebut.

* Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa pada 24.9.2010 (Jumaat)

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

RALAT: MAKLUMAN PKSR 2 - TERKINI

Kepada,

Semua Guru SKTPP.

MAKLUMAN PKSR 2 – 2010

TARIKH

PERKARA

18 – 23 Sept 2010

Menulis markah PKSR 2 dalam Rekod Profil murid oleh guru kelas. (digalakkan mengisi lebih awal daripada tarikh yang tertera sekiranya markah telah lengkap dan muktamad)

24 Sept 2010

Penghantaran Rekod Profil murid oleh guru kelas kepada pentadbir untuk ditandatangani

29 Sept 2010

Penyerahan buku Rekod Profil murid oleh guru kelas kepada murid-murid untuk ditandatangani oleh ibu bapa.

30 Sept dan 1 Okt 2010

Mendapatkan kembali Rekod Profil murid

*Sehubungan itu, SLIP PKSR 2 untuk murid-murid tidak perlu dicetak.

Sekian, harap maklum.

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2010 (Sesi Pagi)


(SESI PAGI)
PADA : 1 SEPTEMBER 2010 BERSAMAAN DENGAN 22 RAMADHAN 1431H
JAM : 8.00 PAGI HINGGA 10.30 PAGI
Seramai 200 orang murid yang telah terlibat di dalam tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan bermula daripada 1 Ramadhan sehingga 15 Ramadhan 1431H dan seramai 22 orang telah terpilih untuk diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran untuk majlis khatam. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Encik Sukimin Bin Juki.
Murid yang terlibat dalam majlis khatam adalah:
1. Dzul Qarnain B. Zulkifli
2. Mohamad Amirul Hafiz B. Abdul Jalil
3. Hasbullah Bin Azali
4. Mohamad Amirul Bin Muliady
5. Mohamad Faizal B. Anuar
6. Mohamad Fahmizan
7. Mohamad Afiq
8. Mohamad Nazrin
9. Mohamad Syahrul

10. Mohamad Hafeez

11. Shahril Helmi

12 .Aina Balqis Bt. Adzhar

13. Atiqa Nabilah Bt. Khamis

14. Nur Madihah

15. Wan Nur Humairah
16. Nik Nur Afiqah Bt. Nek Mustafa
17. Nur Iffah Bt Shariff
18. Nurul Iffa
19. Nur Aina
20. Anis Syazwani
21. Aqilah
22. Maisyafirah


Bacaan Ayat-ayat suci al-Quran oleh peserta khatam dari murid lelaki
Bacaan Ayat-ayat suci al-Quran oleh peserta khatam dari murid perempuan
Penyampaian sumbangan untuk peserta tadarus Al-Quran




Peserta khatam
Persembahan Nasyid dari murid tahun 6
Peserta Khatam Al-Quran bersama Guru Besar dan Ustaz Mahadir


Ucapan dari Tuan Guru Besar







Wednesday, September 1, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN (SESI PETANG) MINGGU KE 32

Hari: Isnin
Tarikh: 30 Ogos 2010
Mula perhimpunan: 5.15-5.50 petang
Guru bertugas:
1. En. Mohd Azzrul Afzan b. Maarof
2. Pn. Norazila bt Ngah
3. Pn. Salmi bt Amir
4. Pn. Norinna bt Mohamed
5. Pn. Aznita bt Ahmad
6. Cik Siti Ayuni bt Hj Mat
Kehadiran Guru: 53/56
Laporan/Ulasan:
1. Upacara menaikkan bendera bagi Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nama murid:
- Amirah Wardah (4 Windows)
- Atiqah Annur (4 Windows)
- Ainnul Hayyat (4 Unix)
- Nurfarah (4 Palm)
- Aisyah Sabrina (4 Palm)
- Farah Najihah (4 Linux)
2. Bacaan Doa oleh: Mohd Afham Shahir b. Shahril (4 Linux)
3. Ikrar Rukun Negara: Pn. Norazila bt Ngah
4. Ikrar Murid : Muhamad Zulhilmi b. Zainol (4 Unix)
5. Ucapan Guru bertugas: Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
6. Perkataan 'LAWAD' hari ini:
-Bahasa Malaysia: Inovasi – sesuatu yang baru diperkenalkan
-Bahasa Inggeris: Branch - dahan
-Bahasa Arab: Halawiyatul idiyati – kuih raya
7. Laporan Guru Bertugas minggu lepas: En. Mohd Kamarul b. Abdul Rahman
- murid-murid kurang menghormati guru.
8. Pengumuman-pengumuman : Pn. Norinna – Pemberitahuan Kupon Karnival Keluarga SKTPP.
- Pembelian kupon melalui guru kelas.
- Kupon akan diedarkan kepada murid pada 7 Oktober 2010.
- Pembeli kupon terbanyak akan mendapat hadiah (Pembelian kupon terbanyak dikira sehingga 7  Oktober 2010).
- Pembelian kupon selepas 7 Oktober 2010 sehingga hari perlaksanaannya iaitu pada 9 Oktober 2010 tidak dikira sebagai pembelian terbanyak.
9. Aktiviti dibawah kurikulum/HEM/ Koakademik.Kokurikulum sekiranya ada: Tiada
10. Ucapan Guru Besar (En.Sukimin b. Juki):
- Mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghadiri perhimpunan.
- Menceritakan tentang sejarah kemerdekaan (bermula daripada kedatangan Parameswara membuka Melaka sehingga terbentuk Negara Malaysia.
-Mengingatkan murid-murid agar bersatu padu mempertahankan Negara kita dengan meningkatkan ilmu pengetahuan.
-Mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke 53.

Monday, August 30, 2010

AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum
Dimaklumkan aktiviti kokurikulum pada minggu ini Rabu 1.9.2010 berjalan seperti biasa bagi menggantikan 11.8.2010. Ini disebabkan kokurikulum minggu tersebut ditangguhkan sempena awal Ramadhan. Aktiviti minggu ini ialah Kelab dan Permainan.

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE-32 (PAGI)

1. Laporan guru bertugas minggu lepas – Pn. Ainul Balkhish bt Mohd Aris
a) Teguran tentang sikap murid turun lambat semasa perhimpunan.
b) Teguran murid murid melakukan aktiviti menangkap berudu pada waktu rehat oleh murid-murid tahun satu.
g) Anugerah keceriaan kelas:-
1. 1 Myvy
2. 5 Lily
3. 6 Aurum
2. Ucapan guru bertugas minggu ini. – Pn. Azizah bt Ab Hamid
a) Makluman kepada murid-murid hari rabu akan diadakan majlis Khatam Al-Quran.
b) Nama murid-murid yang terlibat untuk menerima cenderahati dan sumbangan untuk anak yatim akan ditampal di dewan terbuka.
c) Perhatian murid tahun 6 Argentum, Ferum, Aurum dan Nikel, diwajibkan menghadirkan diri klinik sains pada hari Rabu, 1 September 2010. Bertempat di Pusat Sumber SKTPP, jam 8-10pg.
d) Bagi murid tahun 6 dari kelas lain yang tidak dapat hadir pada 14 dan 21 ogos yang lalu, diminta turut sama menyertai klinik sains fasa ke-3 ini.
3. LAWAD
BM - Inovasi – sesuatu yang baru diperkenalkan.
BI - branch - dahan
BA - - kuih raya
Pemenang Lawad
a. Sanjay - 5 Alamanda
b. Akid Rashid – 6 Kuprum
c. Aina ilyani – 1 wira

4. Ucapan GB
a. Sikap hormat-menghormati kepada ibu bapa, guru, sekolah dan lagu serta ikrar sekolah.
b. Sejarah kemerdekaan negara bermula dengan peristiwa Parameswara membuka Melaka.
c. Berdasarkan sejarah penjajahan negara, murid-murid dituntut bersyukur atas keharmonian dan kemakmuran negara kita.
d. Bersatu padu akan menjadikan kita maju ke hadapan.
e. Guru Besar mengucapkan :
• Selamat Hari Kemerdekaan
• Selamat Hari Raya
• Selamat menempuh peperiksaan UPSR untuk murid-murid tahun 6

UJIBAKAT PROGRAM PERMATA SENI TARI

Jemputan untuk menyertai ujibakat murid sekolah rendah bagi Program Permata Seni Tari di bawah naungan Permata Negara.

Sesi ujibakat akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 3 & 4 September 2010 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 10 pagi - 4 ptg
Tempat : Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara,
Tingkat 22, Bangunan MAS,
Jalan Sultan Ismail, 51200 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus di talian 03-20523618/3619/3620/3603/3703/3739 atau 3745

Tuesday, August 24, 2010

PERMOHONAN KE ASRAMA PENUH 2011.

Pelajar-pelajar Tahun 6 dipelawa untuk memasuki sekolah berasrama penuh (SBP). Permohonan akan dibuka dari 1hb. September, 2010 hingga 15hb. Oktober, 2010.

Syarat-syarat permohonan:
1. Murid warganegara Malaysia sahaja.
2. Ibubapa juga warganegara.
3. Dari Sekolah kebangsaan sahaja.
4. Memperolehi 5A dalam UPSR.
5. Lulus pemeriksaan kesihatan.
6. Bersetuju menerima sekolah SBP yang ditawarkan dan aliran yang ditetapkan.
7. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan SBP.

Permohonan boleh dibuat secara on-line dengan melayari laman http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/2010/

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN (SESI PETANG) MINGGU KE 31

Hari: Isnin
Tarikh: 23 Ogos 2010
Mula perhimpunan: 5.00-5.40 petang
Guru bertugas:
1. Pn. Shurhama
2. Pn. Arjunawati
3. Pn. Suraini
4. Pn. Siti Aisyah
5. Pn. Siti Maziah
6. En. Kamarul
Kehadiran Guru: 52/56
Laporan/Ulasan/Pengumuman Kebersihan Kelas:
1. Upacara menaikkan bendera bagi Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nama murid:
-Ilham Fahim Zulhazmi (4 Windows)
- Aqief Daniel Azizi (4 Windows)
- Muhammad Naim (4 Windows)
2. Bacaan Doa oleh: Muhamad Zulhilmi (4 Windows)
3. Ikrar Rukun Negara dan Murid.
4. Penyampaian sijil kebersihan:-
4.1 Tahun 2: Jelutong
4.2 Tahun 3: Tiung
4.3 Tahun 4: Linux
5. Ucapan Guru bertugas: Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
6. Perkataan 'LAWAD' hari ini:
6.1 Bahasa Malaysia: Gembleng
6.2 Bahasa Inggeris: Surgeon
6.3 Bahasa Arab: Ribatul unuq
7. Laporan Guru Bertugas minggu lepas: En Aspal Mohamed
- Murid diingatkan supaya tidak berlari sewaktu rehat atau waktu pertukaran guru untuk mengelakkan daripada terjatuh.
- Penggunaan surau sangat menggalakkan tetapi hasil pemantauan didapati telekung tidak dilipat selepas digunakan.
8. Pengumuman-pengumuman : Tiada
9. Aktiviti dibawah kurikulum/HEM/ Koakademik.Kokurikulum sekiranya ada: Tiada
10. Ucapan Guru Penolong Kanan Petang (Pn. Siti Hanim Bt. Sungit):
- Murid mesti menggunakan pas keluar semasa keluar dari kelas.
- Murid yang lewat pada hari Selasa dan Rabu akan diambil nama.