... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, January 22, 2012

Program Penutur Jati: Bengkel Pembinaan Bahan Bantu Mengajar

Secara pengenalan, Program Penutur Jati Bahasa Inggeris adalah merupakan salah satu program di bawah Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia dilaksanakan untuk Tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati.

Program ini telah membantu kami, guru Bahasa Inggeris Tahap 1 pada tahun lepas dan aktiviti-aktiviti dibawahnya telah berjalan dengan jayanya.

Pada tahun ini, pelbagai program telah dirancang oleh mentor kami, Ms. Hannah Casey. Setiap aktiviti yang dijalankan akan melibatkan semua guru Bahasa Inggeris Tahap 1 seramai 9 orang dari sekolah ini. Bengkel pertama iaitu Bengkel Pembinaan Bahan Bantu Mengajar telah dijalankan pada Khamis, 19 Januari 2012 pada pukul 9.00-11.00 pagi dan Jumaat, 20 Januari 2012, pada pukul 1.00-2.00 petang.

Aktiviti kami dalam bengkel ini adalah menghasilkan 'Phonics Fans' (kipas fonik) yang boleh digunakan oleh murid Tahun 1 dan Tahun 2 di bawah KSSR. Kami berjaya menyiapkan 11 set dan akan cuba menyiapkan kesemuanya pada bengkel yang sama akan datang.


Mentor Penutur Jati, Ms. Hannah Casey


Pn. Arnny & Pn. Grace



Pn. Yani


'Phonics Fan'


'Phonics Fans' yang dah siap





Friday, January 20, 2012

KELAS BIMBINGAN TASMEK TAHUN 2012

Dimaklumkan bahawa, kelas bimbingan tasmek akan bermula pada 31 Januari 2012 hari Selasa. Berikut adalah jadual pelaksanaan bagi tahun 2012:

TAHUN

HARI

MASA

1

SELASA

12.50 tgh – 1.20 ptg

2

SELASA

12.50 tgh – 1.20 ptg

3

KHAMIS

6.10 ptg – 6.40 ptg


Catatan: Kelas Tasmek bagi tahun 4, 5 dan 6 akan dimaklumkan kemudian.

Tasmek ditangguhkan pada minggu peperiksaan dan bulan Ramadhan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Mesyuarat AJK PIBG Kali 1/2012




Mesyuarat AJK PIBG telah berlangsung di bilik mesyuarat sekolah pada 19 Januari 2012 jam 8.30 malam.  Selain daripada membincangkan mengikut agenda biasa, mesyuarat kali ini juga  berfokus kepada persediaan untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan.  Berikut ialah antara keputusan yang dibuat dalam mesyuarat tersebut:

  1. Tarikh mesyuarat agung: 26 Februari 2012 (Ahad)
  2. Perasmi (tentatif): YB Dato' Sri Ir Mohamed Zin
  3. Borang usul perlu diedarkan selewat-lewatnya 20 Januari 2012 dan perlu dikembalikan pada atau sebelum 10 Februari 2012 melalui gru kelas anak masing-masing.  Usul yang dikemukakan hendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah. Hanya usul yang memenuhi kriteria yang akan dipertimbangkan untuk sama ada diterima atau dibahaskan.  Pastikan usul yang diajukan adalah berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab PIBG.
  4. Surat panggilan akan diedarkan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat agung.
 

Wednesday, January 18, 2012

Pengurusan Tertinggi Pendidikan

Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN
Menteri Pelajaran Malaysia
(Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran),


Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.




Y.B. DATUK IR. DR. WEE KA SIONG
Timbalan Menteri Pelajaran I

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.


Y.B. DR. HAJI MOHD. PUAD ZARKASHI
Timbalan Menteri Pelajaran II

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.




Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli b. Mohamed
Ketua Setiausaha KPM
(mulai 29 Oktober 2010)





Y.Bhg. Dato' Sri Abdul Ghafar b. Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(mulai 8 November 2010)

pengarah 
En. Abdullah bin Mad Yunus
Pengarah Pelajaran Selangor

matjah 
Hj. Mat Jah bin Roslan
Pegawai Pelajaran Daerah Sepang

Tuesday, January 17, 2012

CUTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Sempena Tahun Baru Cina, sekolah akan bercuti pada 21.1.2012 (Sabtu) hingga 29.1.2012 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 30.1.2012 (Isnin). Semua murid dikehendaki hadir menggantikan cuti tersebut seperti jadual di bawah:-

TARIKH CUTI

JENIS CUTI

HARI GANTI

25.1.2012 (Rabu)

Cuti Peristiwa

Tidak perlu ganti

26.1.2012 (Khamis)

Cuti Ganti

11.2.2012 (Sabtu)

27.1.2012 (Jumaat)

Cuti Ganti

3.3.2012 (Sabtu)

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

* Memo pemberitahuan cuti akan diedarkan pada murid melalui buku komunikasi sebelum Jumaat.

Poskod Kawasan di Puchong

Petikan dari web http://wapedia.mobi/ms/Puchong?t=9.#10.
10. Pembahagian kawasan poskod baru
Puchong adalah kawasan yang paling pesat membangun di Selangor dan berikutan dengan itu, pertambahan penduduk telah menyebabkan kawasan ini terpaksa dibahagikan kepada 10 zon poskod baru. Ini bagi memudahkan kawasan-kawasan ini dikenali melalui poskod baru.



Kawasan yang menggunakan poskod 47100
Bandar Puteri
Taman Industri Pusat Bandar Puchong
Puchong Batu 12 sehingga Batu 14
Taman PKNS
Taman Puchong Hartamas
Taman Puchong Impian
Bandar Puchong Utama
Kampung Pasir Baru
Kampung Bunga Melur
Kampung Pasir Cina
Kampung Baru Puchong
Koi Tropika


Kawasan yang menggunakan poskod 47110
Taman Saujana Puchong
Taman Lestari Puchong
Pusat Bandar Puchong Gateway
Taman Mutiara Indah
Bandar Alpania
Kampung Baru Orang Asli Batu 14
Heron Residency
Laman Grandview


Kawasan yang menggunakan poskod 47120
Bandar Bukit Puchong
Taman Desa Air Hitam
Taman Perindustrian Meranti Jaya
Taman Meranti Jaya
Taman Putra Impiana
Taman Tasik Puchong
Pulau Meranti
Taman Meranti Indah
Taman Perindustrian Tasik Perdana
Duta Perdana
Taman Meranti Permai
Taman KiPark Puchong
Desaria Apartment
Taman Abadi Tien Nien


Kawasan yang menggunakan poskod 47130
Taman Putra Perdana
Taman Aman Putra
Bandar Nusaputra
Taman Putra Prima
Taman Mas Sepang
Taman Pinggiran Cyber


Kawasan yang menggunakan poskod 47140
Taman Puchong Utama
Taman Perindustrian Puchong Utama
Taman Perindustrian Maju Jaya


Kawasan yang menggunakan poskod 47150
Taman Puchong Utama-Jalan Mawar and Jalan Utama sahaja
Taman Puchong Perdana
Taman Desa Millenium
Taman Puchong Prima
Taman Tasik Prima
Taman Puchong Permai
Taman Puchong Permata
Taman Puchong Indah
Taman Puchong Intan
Puchong Batu 12 3/4
Kampung Tengah
Kampung Kenangan
Kampung Kuala Sungai Baru
Kampung Sri Aman
Kampung Sri Puchong
Kampung Bersatu
Kampung Sri Andalas
Kampung Sri Langkas
Taman Puchong Tekali


Kawasan yang menggunakan poskod 47160
Taman Perindustrian Puchong
Pusat Bandar Puchong
Taman Sri Puchong
Setia Walk
Taman Lake Edge
Taman Lake Residency
Taman Mutiara Puchong
Taman Wawasan-Jalan Wawasan 1 sehingga 5
Austral Yarra Link


Kawasan yang menggunakan poskod 47170
Bandar Puchong Jaya
IOI Mall
Taman Tenaga
Taman Aman Sari


Kawasan yang menggunakan poskod 47180
Bandar Kinrara BK 1 Sehingga 6
Taman Kinrara TK 1 Sehingga 2
Taman Perindustrian Kinrara
Taman Puncak Kinrara
Taman Bukit Kinrara
Taman Paik Siong
Taman Damai Utama


Kawasan yang menggunakan poskod 47190
Taman Kinrara TK 3 Sehingga 4
Taman Mawar
Taman Kandan Baru
Taman Kandan Lama
Taman Bukit Kuchai
Taman Sunway Kinrara


Kawasan yang menggunakan poskod 43300
Alam Sanctuary
Taman Prima Tropika
Lestari Permai
Suria Tropika
Taman Puncak Jalil

Laporan Perhimpunan Minggu Ke 3


Hari : Isnin
Tarikh : 16 Januari 2012
Masa : 5.40 - 6.40 Petang

Guru Bertugas :
1. En. Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
2. Pn. Azizah Bt. Ab. Hamid
3. Pn. Nor Arzah Bt. Husin
4. Pn. My Sarah Bt. Hamzah
5. Pn. Rashidah Bt. Mahmad
6. Pn. Ainil Balkhish Bt. Mohd Aris
7. Pn. Arjunawati Bt. Ahmad Nuze

Laporan :

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

2. Bacaan doa diketuai oleh adik Fathul Akhbar Bin Abu Bakar. (3 Waja)

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara diketuai oleh En. Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin.

4. Bacaan Ikrar Sekolah diketuai oleh adik Husna Aqilah Bt. Mohd Afzanizan. (3 Waja)

5. Ucapan guru bertugas minggu lepas: (Pn. Salina Bt Mohd Tasu)

5.1. Disiplin : -
- Murid tolak menolak ketika menaiki dan turun tangga.
- Bising semasa perhimpunan.
- mengusik kawan.

6. Ucapan guru bertugas minggu ini: (Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin)

6.1. Memperkenalkan guru bertugas minggu ini.
6.2. Tema minggu ini ialah Peraturan Sekolah 2:
- Rambut : Lelaki hendaklah pendek dan kemas.
Perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat kemas.
- Kuku : Hendaklah pendek dan dibersihkan.
- Stokin : berwarna putih
- Kasut : Hendaklah di kapur.
- Beli makan hendaklah beratur dan tidak berebut-rebut.
- Makan hendaklah di kantin.
- Pinggan dan cawan yang digunakan di letakkan ke dalam besen yang disediakan.

7. Perkataan Lawad:

7.1. Cam : Ingat.
7.2. Nap : Lelap sebentar.
7.3. بنت : Anak perempuan.

8. Majlis pelantikan pengawas sekolah 2012: (En. Hafiz Bin Md. Noor)











Monday, January 16, 2012

Laporan Perhimpunan MInggu Ke -3

Hari : Isnin
Tarikh : 16 Januari 2012
Masa : 7.30 – 8.00 pagi

Guru bertugas :-
1. En. Zainudin
2. Pn. Noriza
3. Pn. Azlina
4 Pn. Roslina
5. Pn. Norinna
6. Cik Norliza
7. Pn. Norli
8. Pn. Aisyah
Laporan / Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2. Bacaan doa diketuai oleh adik Mohamad Naim
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Zainudin
4. Bacaan ikrar murid oleh adik Atiqah An Nur

2. Ucapan guru bertugas minggu lepas: ( Pn. Umi Nadzrah )
5.1 Murid dinasihatkan membuang sampah ke dalam tong sampah yang di sediakan. Murid dikehendaki memastikan bilik darjah mereka berada dalam keadaan bersih.
3.. 3. .Ucapan guru bertugas : (En. Zainudin )
memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.
6.2 Tema pada minggu ini : Peraturan Sekolah
6.3 Tingkah laku jenayah yang dilarang :
- berjudi
- mencuri
- memeras ugut
- membuli
- menganggotai/ menubuhkan kongsi gelap
- memiliki/ menyalahguna/ mengedar dadah
- memiliki senjata merbahaya
- menceroboh bilik-bilik khas

4. Perkataan LAWAD pada minggu ini
a) Bahasa Malaysia : cam
b) Bahasa Inggeris : refrigerator
c) Bahasa Arab : jamadilakhir


5.Ucapan Guru Besar : GB mengingatkan murid-murid yg telah dilantik sebagai pengawas akan tanggungjawabyang perlu dipikul. Beliau seterusnya menyeru supaya murid-murid dan semua warga sekolah untuk menyuburkan sifat saling hormat menghormati.

Peristiwa: Telah dilangsungkan majlis perlantikan pengawas bagi tahun2012.
m


Saturday, January 14, 2012

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa bekalan susu di bawah PS1M oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibekalkan ke sekolah-sekolah mulai April 2011. Bagi sekolah ini setiap murid akan mendapat bekalan susu Dutch Lady 200ml sebanyak 2 kotak seminggu sepanjang sesi persekolahan tahun ini. Bekalan susu akan diedarkan pada setiap hari Selasa dan Khamis. Susu ini perlu diminum oleh murid dalam sesi perhimpunan sebelum memulakan kelas pada hari tersebut. Susu ini tidak dibenarkan sama sekali disimpan atau dibawa pulang.

Sehubungan itu, tuan/puan diminta mengisi semula borang bagi sesi tahun 2012 yang telah diserahkan melalui anak tuan/puan pada 13.1.2012 (Jumaat) dan mengembalikannya kepada guru kelas anak masing-masing selewat-lewatnya pada 16.1.2012 (Isnin).

Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan dalam hal ini diucapkan terima kasih.

Sekian.

BUKU KOMUNIKASI MURID

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan menggunakan BUKU KOMUNIKASI MURID untuk berhubung dan berkomunikasi dengan ibu bapa/penjaga. Selain itu, ia juga untuk memaklumkan pemberitahuan mengenai pelbagai perkara dan aktiviti yang akan dijalankan di sekolah. Buku ini boleh didapati di kedai buku sekolah.

Sehubungan itu, ibu bapa/penjaga dikehendaki menyemak, membaca dan menandatangani maklumat yang terkandung dalam setiap lembaran atau surat yang telah ditampal di dalam buku komunikasi ini. Semoga dengan adanya penggunaan BUKU KOMUNIKASI MURID ini akan melancarkan lagi perhubungan antara ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

* Surat pemakluman akan diedarkan kepada murid pada 16.1.2012 (Isnin)