... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 27, 2015

Sesi Penggambaran Prasekolah

Pra Cemerlang

Pra Gemilang

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-24 (Sesi Petang)

Guru-guru bertugas:
  1. Puan Nikrosmaliza bt Nik Hussin
  2. Puan Nurazlin bt Mat Nor
  3. Puan Siti Maziah bt Mohd Tajuddin
  4. Puan Grace a/p Danaraj
  5. Puan Nur Malisha bt Omar
  6. En Zainuddin bin Kalam
  7. Puan Nor Suriati (Cuti Bersalin - diganti oleh En Fakhri)
Laporan / Ulasan:

Nyanyian (Dipimpin oleh Pn Salmi Amir)
  • Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah
Bacaan Doa
  • Arif Arfan bin Abd Razak (3 Surgeri)
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya
  • Pn Grace 
Bacaan Ikrar Murid
  • Ketua pengawas sesi petang, Nuraneesa bt Mohd Abdul Aziz (3 Radiologi)
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Pn Arnny Yusnita bt Md Enarji
  1. Beliau telah dapat mengumpul 1 plastik besar batang aiskrim sepanjang bertugas. Selepas ini, murid tidak dibenarkan lagi membawa batang aiskrim ke sekolah.
  2. Beliau mengingatkan murid supaya tidak makan dan minum di khalayak ramai. Murid hanya dibenarkan makan dan minum di kantin sahaja.
  3. Murid-murid dilarang kekawasan taman di perkarangan sekolah untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. 
Peringatan daripada Puan Arnny

LAWAD 

BA - fauzan bermaksud berjaya
BM - terbentang bermaksud terhampar
BI - farm bermaksud ladang

Guru - guru yang bertugas pada minggu ini.


Barisan guru yang bertugas pada minggu ini. 

5 Minit Bersama DARIH
oleh Nurul Hanis Firzanah bt Mohd Yusof (3 Pediatrik)
Tajuk: Rokok Elektrik

Penerangan daripada Adik Nurul tentang Rokok Elektrik.

Ucapan Guru Bertugas minggu ini (Puan Grace)
  • Beliau memberi pesanan supaya murid segera beratur di dewan apabila loceng berbunyi (waktu pertama dan waktu rehat)
  • Beliau berkongsi maklumat bertajuk Kepentingan Air Kepada Badan. Air sangat penting kepadan badan manusia. Murid dinasihatkan supaya meminum air yang secukupnya terutama pada musim panas sekarang. Ini akan mengelakkan badan kita daripada terhidrasi dan lemah akibat kekurangan air.
Keceriaan Kelas
Tahun 1
  1. Vanadium
  2. Magnesium
  3. Uranium
1 Vanadium

Tahun 2
  1. Angklung
  2. Tabla
  3. Gambus
2 Angklung

Tahun 3
  1. Surgeri
  2. Respiratori
  3. Obstetrik
3 Surgeri

Ucapan Akhir oleh PK Petang - Puan Rosmah bt Jamat
  1. Setiap kelas perlu beratur dari dewan ke kelas berdua-dua mengikut urutan kelas terutama masa pertama dan selepas waktu rehat.
  2. Beliau juga memohon jasa baik guru matapelajaran selepas rehat mengawal disiplin murid di dewan.
  3. Beliau juga melarang murid berlari turun ke padang sekolah semasa waktu Pendidikan Jasmani.
Peringatan yang sangat berguna oleh Puan Rosmah.

Majlis berakhir pada jam 2.00 petang.

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-24 (Sesi Pagi)

Guru-guru bertugas :

  1. Pn. Musaliha binti Mustafa
  2. Pn. Visva Vilasini Goppal@Koppal
  3. Pn. Azwani binti Mohamed Nordin
  4. Pn. Noriza binti Md Nor
  5. Pn. Wan Rosmawati
  6. Pn. Umi Nadzrah
  7. Pn. Rafidah
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
  • Bacaan doa.
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya oleh Pn. Azwani.
  • Bacaan ikrar murid oleh Ketua Murid.
  • Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Ustaz Mahadir :
    • Beliau menegur sikap murid yang tidak mengendahkan tentang kebersihan.  Beliau menasihatkan agar murid tidak membuang sampah di merata-rata terutama sekali semasa berada di dewan atau di kantin.
    • Beliau berharap murid-murid akan sentiasa menjadi insan yang terbaik.
  • Keputusan Keceriaan Kelas Minggu ke-23:
    • PPKI
      1. Dell
      2. Compaq
      3. Lenovo
    • Tahun 4
      1. Zuhrah
      2. Pluto
      3. Marikh
    • Tahun 5
      1. Omega
      2. Zeta
      3. Theta
    • Tahun 6
      1. Wira
      2. Waja
      3. Alza




  • Ucapan guru bertugas minggu ini - Pn. Azwani :
    • Beliau memberitahu bahawa murid akan menduduki peperiksaan PKSR 2 pada minggu ini.  Oleh itu, kegiatan kokurikulum minggu ini ditangguhkan.
    • Namun demikian, kelas tambahan bagi murid Tahun 6 akan berjalan seperti biasa  bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.
    • Beliau turut memberitahu bahawa Majlis Sambutan Hari Raya akan dijalankan semasa Program Mentor-Mantee yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat nanti.
  • Ucapan Guru Besar - Pn. Hjh Rohaidah Mohd Ali :
    • Guru Besar berharap agar murid sudah membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi peperiksaan PKSR 2 yang akan bermula pada hari Selasa.
    • Beliau turut memberitahu bahawa sekolah akan menyertai pertandingan Kompang Selawat Peringkat Negeri, Dikir Arab dan Kalam Jamaie dalam Pertandingan Mahrajan pada Rabu minggu akan datang.
    • Untuk itu, beliau berharap guru dan murid yang terlibat dapat berlatih dengan sebaik-baiknya dan akan membuat yang terbaik.
    • Akhir sekali beliau mengingatkan agar setiap kelas sudah mempunyai ruangan Sudut PPDa masing-masing.
  • Sambutan Harijadi 
    • Murid-murid yang menyambut hari ulang tahun sepanjang bulan Julai diraikan.
    • Majlis dikendalikan oleh Pn. Nurliza Abdul Rahman.
Perhimpunan berakhir pada 8.15 pagi.


Disediakan oleh :
Pn. Musaliha Mustafa



Program Motivasi Tahun 6 (Fasa 2)

Tarikh   :  27 Julai 2015 (Jumaat)

Masa     :  10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP


Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran dari pelbagai sudut. Program ini juga bagi membuka minda dan membina kesedaran murid tentang pentingnya mempunyai sikap bertanggungjawab dan sayang kepada ibu bapa, sekolah, masyarakat dan negara untuk mencapai kecemerlangan bersama. 

Objektif Program :

1. Memberi motivasi kepada semua murid Tahun 6 dalam meningkatkan prestasi akademik.
2. Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR
3. Sentiasa berfikiran positif dalam apa jua situasi terutamanya dalam menghadapi peperiksaan.
4. Dapat merancang masa depan dengan baik supaya tidak terperangkap dengan  fenomena belajar pada saat-saat akhir.

Program ini merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Peningkatan Tahun 6. Ahli jawatankuasa pelaksana adalah terdiri daripada guru-guru bimbingan kaunseling dan guru-guru Tahun 6. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Encik Abdul Hamid Bin Mohd. Tamezer dengan baik dan penuh bersemangat sekali. Diharap dengan adanya program sebegini murid-murid dapat meningkatkan prestasi dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2015.

Berikut paparan sepanjang program berlangsung :









 Disediakan oleh :
Pn. Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin

Wednesday, July 15, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H

Seluruh warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ibu bapa dan murid SKTPP serta umat Islam walau di mana jua anda berada.
   Kami menyusun sepuluh jari mohon maaf zahir dan batin atas segala salah silap selama ini. Semoga dengan kehadiran lebaran yang mulia ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita semua....



Monday, July 13, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-24 (Sesi Pagi)

Guru-guru bertugas:

  1. Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
  2. Puan Zailezah bt Sardi
  3. Puan Nik Kamisah bt Mohd Azin
  4. Puan Norasmawati bt Omar
  5. Puan Jamilah bt Mohd Yusuf
  6. Puan Mazzaini bt Muda
  7. Puan Zuraini bt Ismail
Laporan / Ulasan:

Nyanyian (Dipimpin oleh Pn Astina)
  • Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah

Bacaan Doa
  • Fathul Akbar bin Abu Bakar(6 Wira)

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya
  • Puan Nik Kamisah bt Mohd Aziz



Bacaan Ikrar Murid
  • Penolong Ketua pengawas sesi petang, Fathul Akhbar bin Abu Bakar(6 Wira)

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Cik Nor Shuhada binti Mohd Nor

  1. Beliau mendapati ada beberapa orang murid yang bermain-main di dalam surau. Beliau menasihati murid-murid supaya tidak mengulangi lagi perlakuan demikian kerana surau merupakan tempat solah. Ada guru dan murid yang sedang bersolah sunat Duha.
  2. Beliau mengingatkan murid bukan Islam supaya makan di kantin seperti peraturan.
  3. Beliau juga mengingatkan murid-murid agar padamkan sius lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas.

Ucapan Guru Bertugas minggu ini
- Puan Nik Kamisah bt Mohd Aziz
  1. Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini
  2. Tema Minggu ini: Bantu Membantu
    • Murid diingatkan supaya mengamalkan amalan bantu membantu dalam kehidupan seharian sama ada di rumah(bantu ibu bapa, adik beradik), di sekolah(bantu guru dan rakan sebaya), dan di tempat awam(bantu oang tua dan lain-lain)
  3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas
    • PPKI                Johan : Lenovo
    •                 Naib Johan : Apple
    •                         Ketiga : Dell  
  

    • Tahun 4             Johan: 4 Zuhrah
    •                  Naib Johan : 4 Neptun
    •                          Ketiga  : 4 Pluto

    • Tahun 5             Johan : 5 Theta
    •                   Naib Johan : 5 Zeta
    •                           Ketiga : 5 Omega

    • Tahun 6             Johan  : 6 Waja
      •                   Naib Johan  : 6 Myvi   
      •                           Ketiga : 6 Iswara

    Pengumuman:LawatanPersatuan  BSMM ke FRIM pada 15 Ogos 2015.
    - terbuka kepada murid-murid tahap 2
    - aktiviti di sana adalah merentasi halangan atas titi gantung, jungle trekking, melawat ikan arowana terbesar di Asia, melawat muzium hutan, mencari harta karun.
    - bayaran RM50.00 dikenakan, sila dapatkan borang daripada Puan Azlina bt Md Isa.

    Perutusan Menteri Kesihatan Sempena Minggu Sihat Doktor Muda 2015 (Puan Norhamizah bt Hamzah, Penolong Kanan PPKI)

    Antara nasihat Menteri Kesihatan Malaysia ialah:
    1. Gosok gigi 2 kali sehari
    2. Mandi dengan sabun dan air bersih
    3. Gunakan tuala untuk mengeringkan badan dan tuala hendaklah dijemur       selepas digunakan
    4. Bersarapan pagi sebelum ke sekolah
    5. Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan minum air manis dan berkarbonat
    6. Kuku sentiasa bersih dan pendek
    7. Beli makanan yang elok, amalkan lihat, hidu dan rasa
    8. Lihat tarikh luput sekiranya makanan berbungkus
    9. Luangkan 10 minit dalam seminggu untuk mencari dan memusnahkan kawasan jejentik di kawasan sekolah dan rumah.

    Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

    Perhimpunan tamat pada pukul 8:10 pagi.

    Wednesday, July 8, 2015

    Program Jejak Kecemerlangan Fasa 1 (2015)

    Hari ini telah berlangsung Program Jejak Kecemerlangan Fasa 1 bagi tahun 2015. Program ini merupakan program khas Unit Bimbingan & Kaunseling bersama Unit Disiplin untuk murid-murid yang terpilih dari Tahun satu hingga enam. Seramai 15 orang murid berjaya mengikuti aktiviti dan ceramah yang telah disampaikan oleh Tn. Haji Mohd. Haswandi bin Ahmad sehingga tamat. Program ini telah diadakan selama 2 jam,  bermula pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.

    Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyedarkan murid-murid akan tujuan utama mereka hadir ke sekolah iaitu membina sahsiah diri, mendapat sijil akademik dan kokurikulum secemerlang mungkin dan belajar mematuhi peraturan / disiplin sekolah yang telah ditetapkan. Semoga program yang singkat ini mampu menjadi pemangkin dan seterusnya memupuk semangat murid-murid yang terpilih ini untuk lebih cemerlang dari segi sahsiah dan akademik .

    Berikut adalah gambar-bambar yang sempat dirakamkan semasa program dijalankan.

     Pn. Arnny Yusnita memperkenalkan Tn. Haji Mohd Haswandi selaku penceramah 
    kepada peserta program

     Sesi memperkenalkan diri

    Aktiviti membuat kapal kertas. Siapa paling pantas mendapat hadiah duit raya dari penceramah

     Gelagat peserta semasa sesi ceramah

     Antara akujanji peserta sebelum program tamat

    Ucapan terima kasih Puan Rohaidah kepada penceramah semasa majlis penutup program

    Monday, July 6, 2015

    Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-23 (Sesi Petang)

    Guru-guru bertugas:
    1. Pn. Salmi bt Amir
    2. Pn. Suhaizan bt Sukiman
    3. Pn. Hastipa @ Zaiton bt Mat Daud
    4. Cik Zalina bt Ismail
    5. En. Saifullah bin Mat Saufi
    6. Cik Noor Azlinda bt Kasmin
    Laporan / Ulasan

    Nyanyian (Dipimpin oleh Pn Salmi bt Amir)
    • Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah
    Pn. Salmi  memimpin nyanyian
    Nyanyian murid-murid
    Bacaan Doa
    • Arif Arfan b Abd Razak (3 Surgeri)
    Bacaan Doa
    Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya
    • En. Saifullah 
    Bacaan Ikrar
    Bacaan Ikrar Murid
    • Ketua pengawas sesi petang, Nuraneesa bt Mohd Abdul Aziz (3 Radiologi)
    Ikrar murid
    Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
    • Pn Azura Farina bt Abdullah
    1. Beliau mendapati ada sebilangan murid yang tidak mengikut serta aktivti sepanjang bulan Ramadan yang telah dianjurkan oleh Panitia Agama Islam.
    2. Beliau mengingatkan murid supaya tidak makan dan minum di khalayak ramai. Murid hanya dibenarkan makan dan minum di kantin sahaja.
    3. Beliau turut menekankan bahawa murid-murid tidak dibenarkan sama sekali membawa gadget sepeti telefon pintar dan tablet ke sekolah. Jika murid-murid membawanya ke sekolah, peranti tersebut akan dirampas.
    4. Murid-murid dilarang bermain di padang dan kawasan belakang sekolah sewaktu rehat kerana dikhuatiri berlaku sesuatu yang tidak diingini.
    Pn Azura Farina
    Ucapan Guru Bertugas minggu ini
    - En. Saifullah bin Mat Saupi
    1. Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini
    2. Tema Minggu ini: Menghormati hak orang lain
      • Murid diingatkan supaya menghormati hak orang lain. Tidak boleh mengambil barang orang lain tanpa kebenaran. Jika kita ingin meminjam sesuatu daripada kawan-kawan pastikan kita memnta kebenaran dahulu. Jangan sesekali mengambil barang atau hak orang lain tanpa izin.
    3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas
            • Tahun 1           Johan : 1 Titanium
            •                 Naib Johan : 1 Platinium
            •                        Ketiga : 1 Elektrum  
    Kelas Terbersih Tahun 1
            • Tahun 2             Johan : 2 Angklung
            •                  Naib Johan : 2 Tabla
            •                          Ketiga : 2 Gambus
    Tahun 2  Angklung
            • Tahun 3          Johan: 3 Surgeri
            •               Naib Johan : 3 Obstetrik
            •                       Ketiga  : 3 Pediatrik
    Tahun 3 Surgeri
    En Saifullah, Pengacara Majlis
    5 Minit Tanpa D.A.R.I.H (Nuraneesa bt Mohd Abdul Aziz)


    Lima minit tanpa DARIH
    1. Kesan ubat-ubatan seperti Inhalan akan ada kesan jika tidak digunakan secara betul
    2. Daun Ketum digunakan dalam perubatan tradisional, tetapi jika tidak digunakan dengan cara yang betul akan mengakibatkan ketagihan dan memabukkan. 
    3. oleh itu semua ubat-ubatan perlulah digunakan mengikut aturan yang betul dan dalam pengawasan doktor supaya tidak memberikan kesan yang tidak baik kepada pengguna.
    Ucapan PK Petang (Pn Rosmah bt Jamat)


    Ucapan PK Petang
    1. PK Petang menasihati murid supaya terus hadir ke sekolah memandangkan kehadiran murid pada bulan Ramadan sedikit menurun.
    2. Murid perlu meningkatkan disiplin diri terutama ketika beratur di Dewan Perdana. Murid perlu bergerak mengikut barisan yang teratur dan tidak berebut-rebut yang akan mengakibatkan kemalangan.
    3. Pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadan, hanya murid-murid yang tidak menjalankan ibadah puasa sahaja yang dibenarkan ke kantin. Murid-murid lain harus duduk di Dewan Perdana untuk mengikuti aktiviti yang telah dirancang.

    Perhimpunan tamat pada pukul 1:55 petang.

    Majlis Pelancaran Bi'ah Arabiyyah

    Sempena mengambil keberkatan Bulan Ramadhan Kareem ini, Panitia Bahasa Arab SK Taman Putra Perdana menganjurkan Majlis Pelancaran Bi'ah Arabiyyah pada 6 Julai 2015 bersamaan 19 Ramadhan 1436H, yang buat julung-julung kalinya dilaksanakan di sekolah ini. Program Bi'ah Arabiyyah  ini bermaksud The Arabic Environment. Salah satu halangan yang dihadapi dalam memaksimumkan penggunaan Bahasa Arab dalam hubungan komunikasi adalah kurangnya perbendaharaan kata yang dilihat / dibaca / didengar. Justeru, Panitia Bahasa Arab SKTPP berusaha mewujudkan Bi'ah Arabiyyah (suasana / persekitaran berbahasa Arab) di sekitar SKTPP dengan meletakkan nama-nama tempat / arah tempat agar dapat dipelajari oleh semua warga SKTPP khasnya.

    OBJEKTIF PROGRAM:

    • Mewujudkan Bi'ah Arabiyyah di SKTPP sebagai medium pembelajaran tidak langsung.
    • Berusaha menyebarluaskan perbendaharaan kata Bahasa Arab yang dapat dilihat / dibaca oleh warga SKTPP khasnya.
    • Memupuk semangat cintakan ilmu dan mempelajari Bahasa Arab sebagai bahasa kedua di dunia.
    Antara gambar-gambar sepanjang Majlis Pelancaran Bi'ah Arabiyyah:

    Ustaz Zunaidi selaku Pengacara Majlis  
    Pn.Hajjah Rohaidah menyampaikan ucapan perasmian. 
    Syukran Jazilan diucapkan kepada Guru Besar atas kesudian menyempurnakan gimik pelancaran Program Bi'ah Arabiyyah.
    Papan tanda ' Dewan Perdana' - قاعة فردانا
    Majlis pelancaran diserikan dengan persembahan lagu Arab yang terkenal 'Kun Anta'.
    Sesi bergambar.
    Semoga program ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua warga SKTPP.


    Disediakan oleh;
    Faridatul-Akmal bt. Ismail