... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Unit Bimbingan & Kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Unit Bimbingan & Kaunseling. Show all posts

Monday, August 29, 2022

Pertandingan Madah Intelek PRS Peringkat Sekolah Tahun 2022

Alhamdulillah... syukur. Selesai sudah perancangan dan pelaksanaan Pertandingan Madah Intelek PRS yang julung-julung kali dijalankan di peringkat sekolah secara bersemuka. Untuk makluman, SKTPP telah melibatkan diri dalam pertandingan Madah Intelek PRS peringkat daerah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2020 dan 2021. Pada tahun 2020 peserta dari SKTPP tiada tempat untuk 5 terbaik. Namun begitu, pada tahun berikutnya (2021) peserta dari SKTPP telah berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Tahun ini ahli PRS diberi peluang untuk mempersembahkan madah intelek mereka yang bertajuk "Peranan dan Tanggungjawab PRS" di pentas VIP Lounge, Ujana Ilmu. Kagum cikgu melihat kesungguhan anak-anak PRS menguasai pentas pertandingan. Selaras dengan matlamat pertandingan ini iaitu melahirkan barisan PRS yang berkarisma dan mempunyai ketokohan di peringkat sekolah dalam negeri Selangor yang berupaya dan mahir dalam pengucapan awam dengan bersandarkan ilmu pengetahuan yang luas. Cikgu yakin dan percaya bahawa anak-anak PRS SKTPP akan terus berkarisma jika sentiasa diberi ruang dan peluang dalam membangunkan potensi diri.

Sepanjang 3 hari berkampung di VIP Lounge, cikgu mengharapkan anak-anak PRS mengutip sebanyak mungkin ilmu yang telah dipelajari hasil daripada pemerhatian sendiri dan juga bimbingan guru terutamanya ulasan yang diberikan oleh hakim. Sebenarnya, bukan peserta sahaja yang mengutip ilmu malah cikgu juga. Mendengar ulasan daripada ketua hakim iaitu Cikgu Roslinda, secara tidak langsung cikgu juga memperoleh ilmu dari segi bahasa. Contohnya penggunaan perkataan role model tidak sesuai digunakan tetapi  "suri teladan" adalah paling tepat.

Terima kasih sekali lagi kepada barisan pentadbir, barisan hakim dan barisan JK Pelaksana atas sokongan dan kerjasama yang padu. Semoga dapat berkolaborasi lagi pada masa akan datang. Buat wakil sekolah nanti, selamat kembali beraksi di peringkat daerah pada bulan September dan semoga SKTPP berjaya merangkul johan sekali gus mewakili daerah ke peringkat negeri. Sama-sama kita doakan.

                        Untuk melihat buku program sila klik BUKU PROGRAM


Pertandingan Madah Intelek Tahun 5 ( 25 Ogos 2022 - Khamis)








Pertandingan Madah Intelek Tahun 6 ( 26 Ogos 2022 - Jumaat)








Pertandingan Madah Intelek Tahun 4 (29 Ogos 2022 - Isnin)










Soroton video pendek persembahan Madah Intelek 

Thursday, February 11, 2021

Program Berani Cakap Untuk Pemimpin Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali jutaan terima kasih kepada AMPAC Training kerana sudi menjemput 10 orang pemimpin dari SKTPP bersama-sama dengan 220 pemimpin daripada 22  buah sekolah seluruh negeri ikut serta dalam program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP yang memberi sepenuh sokongan kepada anak-anak terpilih untuk bersama-sama dalam program yang penuh kelainan ini. Program ini dijalankan secara live melalui medium Streamyard.

Seramai 10 orang pemimpin daripada SKTPP yang terdiri dari 5 orang Pengawas Sekolah, 4 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan seorang Pengawas Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu). Program bermula pukul 8.10 malam dan berakhir pada pukul 10.15 malam. Walaupun pada malam hari, namun pemimpin-pemimpin SKTPP ini tetap bersemangat sehingga ke akhir program. Menariknya, energi daripada Tuan Hj Badrul Sani atau Abg Badr diserap masuk ke dalam diri peserta sehingga mereka seolah-olah tidak mahu mengakhiri program pada malam ini.

Tahniah cikgu ucapkan kepada semua peserta dan cikgu harapkan segala ilmu yang dicurahkan pada malam ini digunakan sebaik mungkin sebagai persediaan untuk menjadi pemimpin yang hebat!!

Berikut momen-momen yang sempat dirakam semasa mengikuti live program Berani Cakap Untuk Pemimpin Pelajar. Semoga terinspirasi.

Itulah Tn Hj Badrul Sani atau Abang Badr


22 sekolah yang terlibat

Program ini dijalankan secara live menggunakan medium streamyard. 

Abang Badr bersama 2 orang lagi rakan yang membantu iaitu Abang Chepoy
dan Abang Luqman

Sebagai seorang pemimpin, komunikasi yang baik adalah sangat penting

Setiap anggota badan memainkan peranan dalam berkomunikasi 

Aksi Abang Badr sepanjang program berlangsung


Antara peserta yang terlibat pada malam ini :

Semoga ilmu pada malam ini dapat dimanfaatkan

Wednesday, February 3, 2021

Jom Kongsi : Tips Penjagaan Kesihatan Mental

Bertemu lagi dalam ruangan Jom Kongsi.... Diharapkan semua murid SKTPP sentiasa bersedia dalam menimba ilmu. Salam inspirasi dari Unit Bimbingan & Kaunseling.

Mental bermaksud pemikiran atau akal. Mental yang sihat akan menjamin kesejahteraan hidup seseorang. Ada yang seronok duduk di rumah, ada pula yang tidak suka berada di rumah. Apa keadaan sekalipun, kita perlu terima dan belajar menyesuaikan diri dengan situasi masakini. Di sini, cikgu sertakan video sebagai panduan kepada kamu dalam menangani masalah kesihatan mental. 

Sentiasalah berhubung dengan guru-guru Bimbingan & Kaunseling SKTPP jika ada sebarang permasalahan atau ingin berkongsi apa sahaja cerita. Kami sentiasa bersama murid-murid yang disayangi!! We care, we love.



..Semoga Bermanfaat..
#staysafe
#staypositive
#kiaskukenaldiriku2021

Monday, January 25, 2021

Pengurusan Diri Semasa PKP 2.0

Assalamualaikum... salam sejahtera... salam manis dan salam ceria khas buat semua warga SK Taman Putra Perdana. Semoga semuanya dalam keadaan yang baik di samping keluarga di rumah.

Bertemu kembali bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Maklumat yang disampaikan pada hari ini iaitu :

Bidang - Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid

Tajuk -  Pengurusan Diri Semasa PKP 2.0

Terima kasih kepada murid-murid kelas 5 Ibnu Sina atas penyertaan dalam penerangan ringkas  'Pengurusan Diri Semasa PKP 2.0' bertempat di atas talian Google Meet. Aktiviti bermula pada pukul  8.30 pagi hingga 9.50 pagi. Diharap ilmu yang diperolehi dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Kepada murid-murid kelas lain, boleh lihat poster dan video rakaman ini:


Murid-murid kelas 5 Ibnu Sina

Video pengurusan diri, sila klik link di bawah:

https://youtu.be/2GL_3ZrWrCE


Terima kasih.

Tuesday, November 17, 2020

Jom Tingkatkan Motivasi Dengan Formula P.K.P.B

Assalamualaikum dan salam manis buat semua warga SK Taman Putra Perdana. Semoga warga SKTPP sentiasa kekal tabah dan bersemangat dalam menjalani kehidupan harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Jom kita sama-sama tingkatkan motivasi dengan formula P.K.P.B


#kitamasihbelummenang

#kitajagakita

Wednesday, November 11, 2020

Emosi

Salam rindu buat anak didik serta warga SK Taman Putra Perdana. Semoga semuanya berada dalam lindungan Allah serta dihindari dari wabak corona virus. Sedia maklum.. ketika ini kita semua sedang berdepan dengan pandemik Covid-19. Emosi adalah perkara yang paling penting untuk dijaga supaya kita dapat mengekalkan kestabilannya dalam menghadapi situasi ini. Apabila kestabilan emosi dapat dikawal, kita akan dapat menjalani rutin harian tanpa sebarang tekanan. Mari kita tonton video berikut untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan emosi. Selamat menonton..

Friday, November 6, 2020

Adakah Kita Bahagia?

Assalamualaikum dan Salam Bahagia..

Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya jauh lebih baik bagi kita semua dibanding hari-hari yang telah kita lalui.. Amin..

Pastinya kita semua ingin hidup bahagia.. tapi bagaimana kita hendak kecapi kebahagiaan?

Jom kita tonton video ini..


Murid-murid juga boleh menonton video ini dalam Google Classroom (Guru Kaunseling Anda).

Jika ada kelapangan masa, murid-murid bolehlah jawab soalan-soalan mudah dan ringkas yang juga disertakan di dalam Google Classroom (Guru Kaunseling Anda).

Kepada murid-murid yang masih belum menyertai Google Classroom (Guru Kaunseling Anda), bolehlah sertainya  dengan menggunakan code: igmfv3e

Terima kasih..

Monday, October 26, 2020

Jom Jadi Adiwira...

 Assalamualaikum dan salam sihat...

Semoga kita dijauhi dari jangkitan virus COVID-19.

Jangan alpa, kita masih belum menang. Kita perlu meneruskan usaha membantu menurunkan kes COVID-19 di negara kita dengan mengamalkan penjarakan fizikal yang selamat, menjaga kebersihan diri terutamanya kebersihan tangan, mengelakkan kawasan yang sempit dan sesak serta mengelakkan bertutur dengan jarak yang dekat. Sentiasalah memakai pelitup muka walau di mana kita pergi terutamanya di tempat awam. Pemakaian pelitup muka ini adalah antara kunci penting untuk kita mengekang penularan virus COVID-19.

Sama-samalah 'kita jaga kita' dan jadi Adiwira...

Jom tonton video ini:

#kitajagakita

#staysafe

Friday, October 2, 2020

Program Minda Sihat: Pertandingan Video Kreatif

Pertandingan Video Kreatif bertemakan Aktiviti Gaya Hidup Sihat anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti dalam Program Minda Sihat. Sasaran pertandingan adalah kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6. Tarikh penyertaan pertandingan ini telah bermula pada 3 September 2020 dan tarikh tutup pada 23 September 2020. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil kreativiti murid-murid dalam meningkatkan asertif diri ke arah pembangunan sahsiah terbilang murid.

Majlis ringkas penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang telah diadakan pada 2 Oktober 2020 di Dataran Perhimpunan SK Taman Putra Perdana. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Tahniah. Syabas diucapkan kepada para pemenang. 

Senarai Nama Pemenang Pertandingan Video Kreatif:-

Tempat pertama: Muhammad Naqib Luqman bin Muhammad Nasir, 6 Engineer

Tempat kedua: Ayuni  Maisarah binti Azman, 4 Ibnu Batutta

Tempat ketiga: Muhammad Nashruamsyar bin Sa'ari, 4 Ibnu Khaldun

Saguhati: Nurmawaddah binti Abdul Aziz, 6 Accountant

Saguhati: Muhammad Abdul Muhaimin bin Abdul Aziz, 4 Al Khawarizmi

Saguhati: Rayhan Sathees, 6 Engineer

Berikut merupakan gambar-gambar semasa majlis penyampaian hadiah kepada pemenang:

Tempat ke-2

Tempat ke-3

Saguhati

Saguhati

Tahniah kepada semua pemenang

Bergambar kenangan bersama guru besar, guru kaunseling dan para pemenang

Video-video yang telah dipilih oleh pihak juri:






Wednesday, September 30, 2020

Yellow Challenge Sebagai Tanda Sokongan Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2020

" Let's Talk Minda Sihat"

- Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri -

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan kepada kesihatan mental. Selaras dengan kemajuan negara kita yang kini berkembang pesat, masalah kesihatan mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat peningkatan dari tahun ke tahun. Didapati, peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada tahap kesihatan mental yang lemah. Oleh itu, adalah penting untuk rakyat Malaysia menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental.

Jom kita lihat apa yang ditakrifkan dengan kesihatan mental.

Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif, dapat belajar dengan aman dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Menyedari kepentingan itu, SKTPP menyahut cabaran Yellow Challenge dengan bersama-sama memakai pakaian berwarna kuning bermula 10 - 30 September 2020 sebagai tanda sokongan.


Pn Hjh Rohaidah (Guru Besar) bersama Datin Noraizah (PK HEM) sentiasa mantap dengan sokongan terhadap program-program kebangsaan

Aksi bersahaja guru-guru

Nampak tak "X" tu.. maksudnya elak "bunuh diri"

Sokongan daripada staf dan Bendahari KKGK

Cantik teacher Malisha berbaju kuning

Bukan sahaja pakaian kuning... jadual waktu pun sama

Cikgu Azlin dan Cikgu Maziah di Dataran Perhimpunan

Kajian menyatakan warna kuning mampu memberi aura bahagia dan ceria.. Terukir kebahagiaan di wajah Ustazah Maizan

Sesuatu mesej "benci/elak/tidak suka" untuk kita sampaikan tidak semestinya dalam keadaan mimik muka yang menggerunkan tetapi sebaliknya. Unit Bimbingan & Kaunseling memberi sokongan yang padu kepada "Yellow Challenge" ini.

Sokongan daripada PPKI

Peserta pantun Minda Sihat 

Sebahagian guru-guru sesi petang berbaris dengan pakaian tema kuning mereka

Alahai comel sangat guru-guru SKTPP ni...

We SKTPP staff support Yellow Challenge campaign