... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, November 18, 2015

Majlis Hi-Tea 2015

Pada hari ini, telah berlangsungnya Majlis Hi-Tea buat semua guru dan kakitangan sekolah yang telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SKTPP. Majlis ini telah diadakan di Hotel Palace Of The Golden Horses bermula pada jam 1.30 petang hingga 4.00 petang.

Majlis Hi-Tea ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan setiap akhir tahun anjuran KKGK sebagai menghargai jasa guru dan kakitangan sepanjang tahun 2015. Majlis seperti ini juga diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua guru dan kakitangan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG; Tn. Hj Khairul Azhar bin Mohammad Sufian dan NYDP PIBG YM Tengku Norsyawaluddin bin Tengku Mamat. Turut hadir sama adalah jemputan khas YDP PIBG SK Taman Seroja; Tn. Hj Helmy bin Arshad. Terima kasih atas kehadiran tn. hj. memeriahkan majlis kami.

Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang telah bertukar sepanjang tahun ini yang berkesempatan hadir pada hari ini iaitu En. Jamilulail, En. Pazli dan Pn. Wan Sarinah. Semoga ukhwah antara kita akan terus terjalin. 

Kepada para penyumbang, setinggi-tinggi penghargaan kami kalungkan hingga membolehkan majlis ini diadakan dengan meriah sekali. Maaf atas kekurangan di sana-sini. Jumpa lagi pada tahun hadapan.

Antara gambar-gambar sepanjang majlis Hi-Tea berlangsung:


Bermula dengan pendaftaran dan mengambil nombor cabutan bertuah

Sedang mengambil makanan

Di meja VIP

Guru-guru berwajah ceria

Turut hadir; En Jamillulail bin Mohd Junit (Pegawai Linus Numerasi PPD Sepang)



Turut hadir juga bekas guru SKTPP, En Pazli bin Zawawi


Antara guru yang mendapat cabutan bertuah, Pn Nora

Lagi guru bertuah, Pn. Azmira

Wakil guru lelaki yang bertuah, En Kamarul


Disediakan oleh :
Cik Nor Shuhada bt Mohd Noor

Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi Prasekolah 2015

Majlis Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi Prasekolah telah diadakan pada 18 November 2015 (Rabu) bermula pada jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Helmy bin Arshad selaku YDP PIBG SK Taman Seroja (Sekolah Kluster Kecemerlangan).

Objektif :
  1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah serta kepimpinan.
  2. Memberi motivasi kepada murid-murid yang meningkatkan prestasi akademik pada masa hadapan.
  3. Memberi penghargaan kepada murid-murid prasekolah kerana berjaya menamatkan pembelajaran di sekolah ini. 
Beberapa anugerah khas akan diberikan kepada murid yang memenuhi kritirea yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Anugerah tersebut ialah :

Anugerah Pendidikan Khas :
1. Anugerah Kilauan - Nur Athirah Safiya binti Adilhad (Dell)
2. Anugerah Perwaja - Muhammad Hafiz bin Suhaimi (Dell)
3. Anugerah Permata - Muhammad Alif Hakimi bin Mazlan (Dell)

Anugerah Intan (Pemulihan)
1. Pertama - Utayamani A/L Arasan (3 Anestesiologi)
2. Kedua - Muhammad Danish Akashah bin Mohammad Ridzuan (2 Bonang)
3. Ketiga - Muhammad Adan Haiqal bin Mohd Faizal (2 Angklung)

Anugerah Tokoh Nilam
Muhammad Irsyad Ilham bin Reki (6 Wira)

 Anugerah Kecemerlangan
1. Anugerah Kecemerlangan Akademik (SINAR BESTARI)
    Iffah Firzanah binti Zulhazmi (6 Wira)
2. Anugerah Kecemerlangan Sahsiah (SINAR NURANI)
    Wafin Wardah binti Rizal (6 Wira)
3. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (SINAR KESATRIA)
    Maiza Najwa binti Arbaini (6 Waja)

Anugerah Perdana
Tokoh Bitara - Iffah Firzanah binti Zulhazmi (6 Wira)

AJK Pendaftaran & AJK Jamuan
Gelagat guru-guru ketika menjalankan tugas
Ketibaan tetamu VVIP
Barisan tetamu yang hadir
Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali
Ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian
Ucapan perasmian, Tuan Haji Helmy bin Arshad
Gimik perasmian
Penyampaian cenderamata kepada perasmi
Persembahan pembukaan, tarian
Graduasi Prasekolah
Penyampaian hadiah KedudukanTerbaik Dalam Kelas (Tahap 1)
Penyampaian hadiah Kedudukan Terbaik Dalam Kelas (Tahap 2)
Penyampaian hadiah Terbaik Mata Pelajaran
Persembahan tarian & Nyanyian Jong-jong inai
Penyampaian Anugerah NILAM
Persembahan Action Song "Chasing The Sun & Happy Song"
Anugerah Kecemerlangan (SINAR BESTARI)
Anugerah Kecemerlangan (SINAR NURANI)
Anugerah Kecemerlangan (SINAR KESATRIA)
Tokoh Bitara
Persembahan penutup, Nasyid Masyarakat Madani Benci Dadah
Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid yang cemerlang dan terpilih untuk menerima anugerah pada majlis ini. Semoga pengiktirafan yang diberikan ini akan meningkatkan lagi semangat untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan di masa akan datang

Tuesday, November 17, 2015

Pengumuman Keputusan UPSR 2015

Pada hari ini 17 November 2015 , murid-murid Tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2015 pada bulan September yang lalu  telah mendapat keputusan peperiksaan UPSR tersebut. Pengumuman keputusan UPSR peringkat sekolah  telah diumumkan oleh Puan Rohaidah bt Mohd Ali  selaku Guru Besar SKTPP.

Berikut adalah keputusan keseluruhan;
GPS : 2.08
Lulus keseluruhan : 77.13%
5A : 39 orang (11.9%)
Ranking : No. 9 dalam Daerah Sepang
Pencapaian tersebut menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding tahun lepas.

Semua warga SKTPP mengucapkan tahniah pada semua murid yang telah berjaya mendapat 5A dan bagi murid lain diharapkan dapat meneruskan lagi usaha mereka kerana ini adalah baru langkah permulaan bagi mereka untuk meneruskan lagi perjalanan hidup mereka.

Berikut adalah suasana sepanjang pengumuman UPSR 2015 dijalankan:


Puan Rohaidah Bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP mengumumkan keputusan UPSR  2015

Murid-murid Tahun 6 sabar menanti pengumuman keputusan UPSR 2015

 

       
                      






Disediakan oleh:
Zailezah Bt Sardi
Penyelaras Thn 6 SKTPP

Sesi Bergambar Hari Anugerah Cemerlang 2015

Dimaklumkan bahawa, pihak sekolah ada menyediakan perkhidmatan mengambil gambar studio pada Hari Anugerah Cemerlang 2015, 18 November 2015 (Rabu). 

Berikut adalah maklumat yang berkaitan:
1. Gambar berukuran 8R berharga RM15.00 sahaja. 
2. Kaunter pendaftaran sesi bergambar akan dibuka pada Hari Anugerah Cemerlang. Kepada yang berminat boleh datang berdaftar dikaunter khas yang disediakan. 
3. Kupon akan diberikan kepada murid setelah mendaftar dan membuat pembayaran. 
4. Kupon tersebut perlu disimpan untuk diserahkan di studio yang disediakan sebagai bukti pembayaran telah dibuat untuk sesi bergambar. 

Ibu bapa dan murid yang berminat boleh datang beramai-ramai untuk mendaftar di kaunter khas bagi sesi bergambar di studio pada Hari Anugerah Cemerlang 2015. 

Contoh kupon yang akan disediakan adalah seperti berikut:-

Monday, November 16, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Mingu ke-41 (Sesi Petang)

Tarikh : 16 November 2015
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

GURU-GURU YANG BERTUGAS
1.            Pn. Arnny Yusnita binti Enargi
2.            En. Wan Mohd Roswandy
3.            Pn. Nor Arzah binti Hussin
4.            Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim
5.            Pn. Nor Azian binti Ahmad
6.            Cik Roslinda binti Mansor
7.            Pn. Yusnita binti Yunus

Laporan / Ulasan
Nyanyian, bacaan doa, ikrar

1.            Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah bawah pimpinan Pn. Salmi binti Amir
2.            Bacaan doa : Adik Aqil Fitri
3.            Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan  Nor Arzah
4.            Bacaan ikrar murid : Adik Nuranessa

Laporan guru bertugas minggu lepas - Pn. Nurul Huda binti Yaacob

1.            Pada minggu lepas, hanya sehari sahaja kita bersekolah iaitu pada hari Jumaat
2.            Pada hari tersebut telah diadakan Hari Jalinan Mesra
3.            Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan keprihatinan ibu bapa yang hadir pada hari Jalinan Mesra tersebut.

Ucapan guru bertugas – Puan Nor Arzah binti Husin

1.    Perkataan lawad :

Bahasa Arab                 :  Usrahti bermaksud keluarga saya
Bahasa Melayu             :  Alpa bermaksud leka
Bahasa Inggeris            :  Mother bermaksud ibu/emak

2.    Tajuk Minggu Ini          :  Aktiviti Cuti Sekolah

Sewajarnya murid-murid mempunyai jadual atau aktiviti yang berfaedah pada cuti sekolah nanti.  Contohnya, Kem motivasi, klinik sukan, berkebun dan menolong ibu bapa di rumah.
Selain itu, menasihati murid-murid agar menjaga keselamatan diri dan hindari aktiviti yang tidak sihat.

Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

1.    Guru besar mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang hadir pada hari ini meskipun ramai antara rakan yang lain tidak hadir ke sekolah.
2.    Hari ini keputusan PSRA diumumkan manakala esok keputusan UPSR akan diumumkan. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang
3.    Rabu akan diadakan Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah.
4.    Murid-murid yang menerima hadiah dikehendaki hadir pada sesi pagi.
5.    Keputusan pertandingan PPDa belum diumumkan namun mengharapkan sekolah kita memperoleh kemenangan yang membanggakan buat kita semua. Ikuti perkembangan keputusan pertandingan tersebut melalui blog sekolah
6.    Guru besar juga mengumumkan beberapa orang guru dan staf yang akan berpindah dan menamatkan perkhidmatan.

5.1  Cikgu Ainul Balkish bt Mohd Aris
5.2  Cikgu Suhaizan bt Sukiman
5.3  Cikgu Suzelawati bt Zakaria
5.4  Cikgu Ezza Hairani
5.5   Cikgu Nor Azila bt Ngah
5.6  Puan Siti Asmidah bt Ahmad

7.    Akhir sekali, GB menasihati agar murid-murid menjaga keselamatan diri sepanjang cuti sekolah nanti.

Berikut gambar semasa sesi perhimpunan dijalankan....

Barisan guru bertugas
Bacaan Doa
Bacaan Ikrar oleh wakil murid
Laporan bertugas minggu lepas oleh Pn Nurulhuda bt Yaakob
Pn Nor Arzah mengacarakan sesi perhimpunan 
Ucapan oleh Pn Hjh. Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)
Disediakan oleh,
Cik Roslinda bt Mansor