... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, September 26, 2016

Mesyuarat AJK KKGK

AJK Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) sekali lagi bermesyuarat. Tujuan utama mesyuarat kali ini ialah untuk membentuk rangka kerja bagi mengadakan majlis hitea akhir tahun yang akan diadakan pada bulan November nanti. Semoga dengan perancangan awal ini akan melancarkan perjalanan majlis tersebut sebagai meraikan rakan-rakan guru dan staf. Sumbangan daripada ibu bapa / pihak-pihak yang bermurah hati amat dialu-alukan bagi menampung majlis tersebut dan diucapkan ribuan terima kasih...






Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-35 (Sesi Pagi)

Tarikh : 26 September 2016
Hari     : Isnin
Masa    : 7.30 - 8.30 pagi

Guru Bertugas : 
1. Encik Tarmiji bin Sabali (kursus)
2. Puan Azlina bt. Mat Isa
3. Puan Musaliha bt. Mustafa
4. Puan Norziani bt. Zubir
5. Puan Nurhayati bt. Mohamed Nor
6. Puan Siti Masra bt. Abdul Kadir
7. Puan Noriza bt. Md Nor
8. Puan Norazian bt. Mat Anuar (cuti bersalin)

Laporan
1. Nyanyian tiga buah lagu - Lagu Negaraku
                                            - Lagu Negeri Selangor
                                            - Lagu Sekolah

2. Bacaan doa oleh Muhammad Nur Rusyaidi bin Bakri dari kelas 5 Zuhrah

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Norziani bt. Zubir.

4. Bacaan Ikrar Murid oleh Muhammad Izzat Aljendro bin Sani dari kelas 5 Zuhrah.

5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Nor-azura bt. Mustafa
    - Ucapan tahniah kepada murid-murid tahun 6 kerana sepanjang program tahun 6 dijalankan tiada masalah disiplin yang serius berlaku. Harapan, semoga ia terus berkekalan.
    - Semasa lagu Negaraku dinyanyikan, murid-murid perlu berhenti berjalan dan berdiri tegak.

6. Ucapan guru bertugas
    - Sesi memperkenalkan guru bertugas

    - Tema : Budaya Menuntut Ilmu
                   - menuntut ilmu adalah satu kewajipan
                   - ikhlas dalam menuntut ilmu
                   - hendaklah sentiasa menuntut ilmu
                   - banyak kelebihan dalam menuntut ilmu

    - Lawad i) Bahasa Malaysia - Alang-alang berdakwat, biar hitam
                                                  Maksudnya : Membuat sesuatu pekerjaan itu biarlah hingga selesai.
                  ii) Bahasa Inggeris - self-esteem bermaksud keyakinan diri

                  iii) Bahasa Arab - Mathoron bermaksud : Hujan

7. Penyampaian Hadiah
a) Pertandingan Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan 2016
    - Pakaian Beragam Tahun 4 Bertema Patriotik
    - Pertandingan Koir Tahun 5 Bertema Patriotik

 b) Penyampaian Hadiah Pemain Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun MSSD Sepang 2016

 c) Penyampaian Hadiah Bijak Sifir Tahun 4 dan 5

 d) Penyampaian Hadiah Guru Pembimbing dan Peserta Semarak Tari

8. Ucapan Guru Besar
    - Ucapan tahniah kepada semua murid dan guru yang telah menjayakan aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah sepanjang bulan ini.
    - Menasihatkan agar murid memberi perhatian semasa guru mengajar dalam kelas, rajin membuat ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan bermula pada 12 Oktober 2016 dengan dimulai mata pelajaran Bahasa Arab dan Jawi.

Barisan guru yang bertugs minggu ke-35

Muhammad Izzat Anuar Alajendro bin Sani membaca Ikrar Murid
Penerima Sijil Penghargaan 
Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun MSSD Sepang 2016
Peserta Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun MSSD Sepang 2016
Penerima Sijil Penghargaan Pertandingan Semarak Tari
Penerima hadiah Pertandingan Bijak Sifir Tahun 4
Persembahan koir yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan
Bulan Kebangsaan dari Kelas 5 Pluto
 Disediakan oleh :
Puan Noriza bt. Md Nor

Thursday, September 22, 2016

Laporan Aktiviti Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2016

                  Pada 22hb Oktober 2016 telah diadakan pelbagai aktiviti sempena bulan kemerdekaan. Antaranya ialah pertandingan pakaian beragam dan koir bagi sesi pagi dan petang bertempat di Dewan Perdana. Aktiviti sesi pagi bemula jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Pertandingan koir ini disertai oleh murid-murid tahun 5, manakala pakaian beragam pula disertai oleh murid-murid tahun 4.

        Bagi sesi petang, pertandingan pakaian beragam disertai oleh murid tahun 1, pertandingan mewarna oleh murid tahun 2 dijalankan dalam kelas masing-masing manakala pertandingan koir pula disertai oleh murid tahun 3.

       Aktiviti ini dijalankan bagi mengingatkan murid tentang peristiwa kemerdekaan dan penubuhan Malaysia yang merupakan dua peristiwa penting bagi rakyat Malaysia. Bagi menghayati semangat patriotik dalam kalangan murid-murid, pihak sekolah mengambil inisiatif mengadakan Sambutan  Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2016 peringkat sekolah.  Program ini diharap dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan.  Secara tidak langsung, program ini berjaya menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita. Objektif program adalah seperti berikut:
   i)      Menyemai semangat cinta akan negara
   ii)    Menyemai semangat 1Malaysia.
  iii)   Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam            rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
     iv)   Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
    v)     Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

Antara paparan sepanjang aktiviti:

Sesi Pagi
Para hakim yang mengadili pertandingan aktiviti bulan kemerdekaan.

Murid-murid menanti persembahan dengan penuh sabar.

Murid-murid tahun 4 memperagakan pakaian yang bertemakan kemerdekaan.



Persembahan koir tahun 5
Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah



Para pemenang sedang menerima hadiah daripada Puan Guru Besar.

Sesi Petang




Wednesday, September 21, 2016

Kejohanan Kriket KATMO MSSD Sepang 2016

Tarikh : 20 September 2016
Tempat : Padang SK Taman Putra Perdana
Masa : 7.30 – 6.30 petang

Sk Taman Putra Perdana telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan Kriket KATMO MSSD Sepang 2016. Seramai 5 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Alhamdulillah Pasukan Kriket SKTPP (A) telah menjadi Johan keseluruhan dan Pasukan Kriket SKTPP (B) telah mendapat tempat ke-4. Berikut adalah keputusan keseluruhan pertandingan tersebut:

Johan               : SK Taman Putra Perdana (A)

Naib Johan      : SK Kota Warisan (A)

Ke-3               : SK Jenderam

Ke-4               : SK Taman Putra Perdana (B)

Ke-5               : SK Kota Warisan (B)

Selain itu juga, 2 orang murid SKTPP telah merangkul anugerah pemain terbaik kejohanan:

1. Mohd Akram Bin Malik : Best All Rounder dan Best Wicket Keeper

2. Muhammad Asraf Rifaie Bin Afindi : Best Bowler

Senarai Pemain Kriket KATMO SKTPP (A)

1. Muhammad Asyraf Rifaie Bin Afindi - 3 Canang
2. Mohd Akram Bin Malek  - 4 Ortopedik
3. Mohd Syakir Syamael Bin Shaari - 4 Patologi
4. Muhammad Nabil Bin Arbaini - 4 Patologi
5. Ahmad Shahmy Irfan Bin Mohd Shahrul - 4 Pediatrik
6. Fakih Zharfan Bin Zulkifli - 4 Pediatrik
7. Aiman Kaisar Rifaie Bin Suhaizan - 3 Gambus
8. Mohammad Rayyan Daniel Bin Rosan - 4 Radiologi
9. Muhammad Irfan Hazim Bin Abdullah - 2 Tetanium
10. Shahrul Ilham Dani Bin Shahrul Nawawi - 4 Patologi

Snarai Pemain Kriket KATMO SKTPP (B)

1. Muhammad Imran Bin Mohd Haikal Iskandar - 3 Seruling
2. Muhammad Adam Naqiuddin Bin  - 3 Kompang
3. Daniel Hafiey Bin Khairil Annuar - 4 Patologi
4. Muhd Afrizal Bin Azmi - 3 Kompang
5. Muhammad Raif Bin Rahmad - 3 Seruling
6. Muhammad Danish Amsyar Bin Mohd Asri -3 Angklung
7. Faris Arsyad Bin Khairul Azma-2 Ferum
8. Megat Ali Naufal Bin Mohd Izwan - 3 Kompang
9. Mohd Arif Zaquan Bin Aminuddin - 2 Ferum
10. Mohd Nazreen Bin Mohd Nizam - 2 Magnesium

 Pegawai lelaki kejohanan kriket KATMO sedang menjamu selera.

 Pegawai wanita kejohanan kriket KATMO sedang menjamu selera.

 Cik Noor Azlinda selaku AJK pendaftaran.

Barisan pengadil perlawanan.

 Pasaukan SKTPP (A) bertemu dengan SK Kota Warisan (B)


Murid sedang menikmati air minuman yang disediakan.



En Fitri Aziz selaku pengadil jemputan mengira markah keseluruhan.

 Barisan pasukan Kriket KATMO semasa majlis penutup



 




Muhammad Asraf Rifaie Bin Afindi : Best Bowler

Mohd Akram Bin Malik : Best All Rounder dan Best Wicket Keeper

Barisan urusetia Kriket KATMO MSSD 2016

KATMO Kriket SKTPP Benci DARVIH

Pasukan Kriket SKTPP (A) dan SKTPP (B) bersama Guru Besar dan Jurulatih

Tuesday, September 20, 2016

Program Melangkah ke Alam Menengah 2016

Tarikh    :  20 September 2016
Masa      :  8.00 ~ 10.30 pagi
Tempat  :  Dewan Perdana, SKTPP

Program Melangkah ke Alam Menengah merupakan salah satu aktiviti selepas UPSR yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Gemilang UPSR dan PIBG.

Objektif Program :
  • Memberi pendedahan kepada murid sebagai persediaan melangkah ke alam sekolah menengah
  • Memberi motivasi dan inspirasi kepada murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan menanam usaha dari awal persekolahan untuk memastikan kejayaan cemerlang di dalam pelajaran dan masa depan
  • Memberi pengisian dan pengetahuan dari segi mental dan fizikal kepada murid tahun 6 selepas menghadapi peperiksaan UPSR
Program ini dikendalikan oleh penceramah jemputan dari Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Puan Salmiah binti Monshie.  Beliau merupakan Kaunselor Organisasi Daerah di PPD Sepang dan berpengalaman selama 24 tahun sebagai Kaunselor pelajar sekolah menengah.




Bacaan doa oleh adik Nukman Haziq




Penyampaian cenderahati kepada Puan Salmah