Pada 22hb Oktober 2016 telah diadakan pelbagai aktiviti sempena bulan kemerdekaan. Antaranya ialah pertandingan pakaian beragam dan koir bagi sesi pagi dan petang bertempat di Dewan Perdana. Aktiviti sesi pagi bemula jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Pertandingan koir ini disertai oleh murid-murid tahun 5, manakala pakaian beragam pula disertai oleh murid-murid tahun 4.
Bagi sesi petang, pertandingan pakaian beragam disertai oleh murid tahun 1, pertandingan mewarna oleh murid tahun 2 dijalankan dalam kelas masing-masing manakala pertandingan koir pula disertai oleh murid tahun 3.
Aktiviti ini dijalankan bagi mengingatkan murid tentang peristiwa kemerdekaan dan penubuhan Malaysia yang merupakan dua peristiwa penting bagi rakyat Malaysia. Bagi menghayati semangat
patriotik dalam kalangan murid-murid, pihak sekolah mengambil inisiatif
mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan dan
Hari Malaysia 2016 peringkat sekolah. Program ini diharap dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan
terhadap semangat kemerdekaan. Secara
tidak langsung, program ini berjaya menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara
kita. Objektif program adalah seperti berikut:
i) Menyemai semangat cinta
akan negara
ii) Menyemai semangat
1Malaysia.
iii) Memupuk dan memperkukuh
semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada
sekolah dan negara.
iv) Menerapkan nilai-nilai
murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
v) Sebagai kayu ukur bagi
menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan
generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
Antara paparan sepanjang aktiviti:
Sesi Pagi
Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah
Sesi Petang
Sesi Pagi
Para hakim yang mengadili pertandingan aktiviti bulan kemerdekaan. |
Murid-murid menanti persembahan dengan penuh sabar. |
Murid-murid tahun 4 memperagakan pakaian yang bertemakan kemerdekaan. |
Persembahan koir tahun 5 |
Para pemenang sedang menerima hadiah daripada Puan Guru Besar. |
No comments:
Post a Comment