... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, March 23, 2017

Congrats Selangor!

23 Mac 2017 (Khamis)
Congratulations Selangor dapat menewaskan Negeri Sembilan semi final.

22 Mac 2017 (Rabu)
Tahniah Selangor mengalahkan Sarawak suku akhir!

21 Mac 2017 (Selasa)
Hari ini Ashraf jadi hero. Ashraf dapat pukul 4 dan jatuhkan wicket terakhir Perak... Tahniah Ashraf dan team Selangor!


19 Mac 2017 (Ahad)
Selangor U12 win by 120 run vs P. Pinang today. Congratulations!


Kami Cemerlang Tanpa Dadah!

Wednesday, March 22, 2017

Kelas Tambahan Cuti Sekolah

Semasa cuti Pertengahan Penggal Satu 2017, Unit Kecemerlangan UPSR SK Taman Putra Perdana telah mengadakan kelas tambahan selama tiga hari iaitu pada 20, 21 dan 22 Mac 2017.

Antara objektif mengadakan kelas tambahan ini adalah :
1. Membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid Tahun 6 dalam persediaan menghadapi UPSR tahun 2017
2. Memberi bimbingan serta panduan kepada murid supaya dapat menjawab soalan dengan mudah melalui latihan berfokus kepada topik serta latih tubi dan pendedahan kepada format UPSR.
3. Mendidik murid-murid Tahun 6 menggunakan masa cuti / masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Mata pelajaran yang diajar meliputi semua subjek yang diuji samasa UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Ramai murid Tahun 6 yang mengambil peluang datang ke kelas tambahan ini, syabas diucapkan kepada mereka. Namun masih ada sebilangan murid yang tidak bertindak proaktif untuk menghadirkan diri ke kelas tersebut. Berdasarkan peratus kehadiran hanya sekitar 65% sahaja daripada keseluruhan bilangan calon UPSR 2017.

Unit Kecemerlangan UPSR amatlah berharap peratus kehadiran ini akan meningkat semasa kelas tambahan cuti Pertengahan Tahun diadakan nanti.





Wajah-wajah murid Tahun 6 yang menghadiri kelas tambahan 

Tuesday, March 21, 2017

Ops Cat Pagar

Sempena cuti sekolah para pekerja telah melakukan pelbagai kerja menceriakan sekolah termasuk dalam bilik-bilik darjah serta luar kelas. Selain itu, mereka turut menyambung kerja-kerja mengecat pagar yang terhenti tempoh hari.













Terima kasih buat para pekerja pembersihan sekolah yang telah mencantikkan sekolah kita

Monday, March 20, 2017

Bengkel Teknik Menjawab UPSR Bagi Matapelajaran Bahasa Inggeris

Pada 20 Mac 2017 telah diadakan Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris bagi murid-murid tahun 6. Ini merupakan usaha Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama Unit Peningkatan Kecemerlangan UPSR. Objektif bengkel adalah seperti berikut:
  • Memahami format kertas dan bentuk soalan Bahasa Inggeris yang terkini.
  • Mengenalpasti kaedah dan teknik terbaik dalam menjawab soalan-soalan Bahasa Inggeris.
  • Meningkatkan motivasi dan keyakinan menjawab soalan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tahun 6.
Penceramah jemputan bagi bengkel ini ialah En. Muhammad Hazwan Bin Kayun yang merupakan Guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman mengajar selama 10 tahun. Beliau telah memberikan tip-tip menjawab kertas Bahasa Inggeris pemahaman dan penulisan. Satu bengkel yang penuh dengan informasi terkini serta berguna kepada murid- murid. 






Slot Bengkel bersama murid-murid.

Penyerahan Cenderahati Oleh Pn. Noriza Selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris.  Thank you sir...

Friday, March 17, 2017

Selamat Bercuti Sekolah

Sempena cuti sekolah yang bermula pada 18 - 26 Mac 2017 ini diucapkan Selamat Bercuti buat semua murid dan guru. Jaga keselamatan dan kesihatan diri sepanjang seminggu cuti sekolah ini. Jangan lupakan buku pelajaran. Semoga silaturrahim sesama ahli keluarga, sanak saudara serta jiran tetangga akan terjalin erat hasil aktiviti di kampung halaman atau di mana saja berada.
   Buat murid-murid Tahun 6 jangan lupa hadir ke kelas tambahan mengikut jadual yang telah disediakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu nanti. Semoga usaha dengan diiringi restu ibu bapa dan guru akan merealisasikan harapan yang diimpi-impikan semua...


Perbincangan FTA

Satu perbincangan antara Guru Besar dan PK Koku SKTPP bersama Dato' Johari dan Mr. Masimo Giannelli; Co. Director Football Talent Asia (FTA) telah diadakan berkaitan perancangan untuk membuka keahlian kepada murid-murid SKTPP bagi menyertai Akademi FTA. Kemudian mereka telah dibawa melawat padang sekolah. Semoga program ini dapat memberi peluang kepada anak-anak murid yang berminat untuk mengasah bakat dalam bidang bola sepak hasil bimbingan dari jurulatih profesional serta membantu guru-guru meningkatkan kemahiran dan ilmu kejurulatihan dalam bidang bolasepak...







Tahniah Ashraf Akan Mewakili Selangor ke Kriket MSSM!

Tahniah Muhammad Ashraf bin Azmi; murid Tahun 6 Uranus SKTPP yang akan mewakili negeri Selangor ke Kejohanan Kriket MSSM di Negeri Sembilan mulai Ahad ini. Semoga team Selangor berjaya!

Ashraf bersama Guru Besar

Bersama jurulatih; Cikgu Izwan

Bersama jurulatih; Cikgu Izwan dan Cikgu Junaidi

Bersama team Selangor - sekolah rendah dan sekolah menengah

Kelas Tambahan Semasa Cuti Sekolah Bulan Mac 2017