... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, October 24, 2019

Kejohanan Kriket MCA MOE National Schools Championship U12 2019

Pasukan kriket Lelaki SK Taman Putra Perdana meneruskan cabaran di peringkat kebangsaan dalam Kejohanan Kriket MCA MOE National Schools Championship yang diadakan pada 20 - 24 Oktober 2019. SK Taman Putra Perdana berada di kumpulan C dan menjadi Johan Kumpulan. 


1st game
SKTPP vs SK Tasek Dermawan (Perak)
Toss: SK Tasek Dermawan elected to bowl
1st Inning: SKTPP 128/5
2nd Inning 92/7
Result: SKTPP won by 36 run
POTH: Muhammad Akram bin Abd Malek (43 run & 2 wicket)

2nd game
SKTPP vs SK Sir Ibrahim (Johor)
Toss : SK Sir Ibrahim elected to bat
1st inning : SK Sir Ibrahim 116/4
2nd inning : SKTPP 117/2 (14.3/20 over)
Result : SKTPP won by 8 wicket
POTM : Muhammad Imran Haikal (59 run not out )

Suku Akhir Champion School
SKTPP (Johan Group C) VS SK King George V (Naib Johan Group B)

SKTPP layak ke semi berdasarkan peraturan Juara Kumpulan grouping layak ke peringkat semi final 

Result of the day

Semi 2
SKTPP vs SK Kg Gelam (Melaka)
Toss: SKTPP elected to bowl
1st inning : SKKG 55/10 (14.3/20 over)
2nd inning : SKTPP 56/2 (9.2 over)
Result : SKTPP won by 8 wicket
POTM : Muhammad Adam Naqiuddin Firdaus (4 wicket)

Finale
SKTPP vs SK Dewan Besar (Kelantan)
Toss : SKTPP elected to bat
1st inning : SKTPP 124/7
2nd inning : -
Result : Match Abandon due bad weather
SKTPP DAN SK DEWAN BESAR DINOBATKAN JOHAN BERSAMA EDISI 2019. 













Tuesday, October 22, 2019

Majlis Perasmian Naik Taraf Surau SK Taman Putra Perdana

Bersyukur ke hadrat Ilahi, atas keizinanNya, Majlis Perasmian Naik Taraf Surau SK Taman Putra Perdana telah dilaksanakan pada 22 Oktober 2019 (Selasa). Majlis yang penuh keberkatan ini dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Ghani bin Hashim, Penolong PPD (Perhubungan dan Pendaftaran), Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian, YDP PIBG SK Taman Putra Perdana, Tuan Haji Ir. Abdul Muzi bin Abdullah (pengurus projek surau), Encik Shahril Reza bin Razi (Pengurus Syarikat Speed Oracle Sdn. Bhd.) dan Encik Mohd Hisyam bin Abdullah (penyelia projek surau). 

Barisan Penolong Kanan, barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Taman Putra Perdana dan guru-guru juga hadir bersama bagi merealisasikan hasrat murni untuk membina sebuah surau yang selesa. Selain itu, dengan usahasama seperti ini, mencerminkan kesungguhan pihak sekolah untuk melihat surau di sekolah ini terbina dan tersergam indah. Mudah-mudahan segalanya menjadi realiti.

Objektif pembinaan naik taraf Surau SK Taman Putra Perdana;
  • Menaik taraf surau sedia ada menjadi sebuah surau yang berperanan sebagai pusat aktiviti agama  kepada warga sekolah terutama murid.
  • Mengubahsuai surau bagi menggantikan surau sedia ada yang terlalu sempit dan tidak sesuai untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah.
  • Menyediakan ruang solat yang lebih selesa untuk Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin UPSR yang melibatkan ibu bapa dan murid.

Diharapkan dengan menaik taraf surau ini, program-program dan aktiviti-aktiviti yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan juga menjadi tempat ibadat yang lebih sesuai, baik dan selesa. InsyaAllah...

Antara momen yang sempat dirakam semasa majlis berlangsung;

Buku program yang disediakan oleh Cik Mawaddah
Puan Roslinda selaku Pengacara Majlis

Ustaz Zurilazman memimpin bacaan doa

Menjunjung tertib majlis, ucapan aluan oleh
 Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali
(Guru Besar SKTPP)

Titipan ucapan oleh
Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian
 (YDP PIBG)

Amanat ucapan perasmian oleh
Tuan Haji Abdul Ghani bin Hashim,
Penolong PPD (Perhubungan dan Pendaftaran),
Unit Pengurusan Sekolah, PPD Sepang

Tautan kemesraan yang terjalin dalam majlis yang indah ini

Penyerahan surat pelantikan pembinaan naik taraf  Surau SKTPP

Sesi merakam gambar


Gimik perasmian

Bacaan doa selamat


Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan Al Hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.  (An-Nahl: ayat 125)

Semoga semua urusan kita dipermudahkan.


Disediakan oleh:

Faridatul-Akmal binti Ismail
SK Taman Putra Perdana.

Program Ziarah Cakna Siri Ke-11

Hari ini, meskipun dalam kesibukan pihak sekolah telah mengambil peluang  melawat keluarga seorang murid Tahun 6 iaitu Muhamad Irfan Darimi bin Abdullah yang tinggal di Pangsapuri Alpha Arena. Dimaklumkan ayahnya telah mengalami kemalangan dan kini masih tidak boleh bekerja. Dengan rasa tanggungjawab dan penuh keprihatinan, lawatan ini dijalankan.

Turut sama-sama ke rumah murid hari ini ialah : 
Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar),
Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG),
Pn Azizah bt Mokhlas (PK Pentadbiran),
Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM),
Pn Jumilah bt Ahmad (PK Petang),
Pn Juli bt Mahbah, Pn Rozimah bt Yaakob, Pn Nor Arzah bt Hussin (guru-guru Bimbingan dan Kaunseling), Pn Azizah bt Ab Hamid dan Tn Hj Tarmiji bin Sabali.

Semoga kata-kata semangat dan sedikit sumbangan dari pihak sekolah dapat meringankan beban keluarga ini. 

Berapa tinggi pucuk pisang
Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi hajat di hati

Untuk Irfan... janganlah leka dalam berusaha menimba ilmu. Jadikanlah ujian hari ini sebagai titik permulaan membangunkan potensi diri.

Gambar sekitar lawatan pada hari ini








..Doa dan harapan kami agar ayahanda Irfan segera sembuh dan Irfan dapat menjalani hidup seperti biasa dengan lebih bersemangat

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Sesi Pagi dan Sesi Petang (Bulan September dan Oktober) 2019

Sambutan Hari Lahir peringkat sekolah adalah aktiviti bulanan yang dijalankan oleh Unit Guru Penyayang SKTPP. Selain untuk meraikan murid-murid, sambutan ini secara tidak langsung bertujuan untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan antara murid dengan rakan, murid dengan guru serta murid dengan warga sekolah. 

Majlis pada sesi pagi telah disempurnakan oleh En Shahrizal bin Ya'am (Penolong Kanan Kokurikulum) manakala sesi petang disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad (Penolong Kanan Petang)

Seperti biasa, majlis sambutan hari lahir dimulakan dengan ucapan pengacara majlis dan penyampaian hadiah oleh wakil pentadbir sekolah sesi pagi dan sesi petang. Seterusnya sesi bergambar dan nyanyian lagu "Selamat Hari Jadi" bersama-sama.

Gambar-gambar semasa majlis sesi pagi:


Bacaan doa oleh Muhd Syahmi

GPK Kokurikulum, En Shahrizal bin Ya'am menyampaikan hadiah

Murid-murid PPKI

Murid Prasekolah

Murid Tahun 4

Murid Tahun 5

Murid Tahun 6

Gambar-gambar semasa majlis pada sesi petang:

GPK Petang, Pn Jumilan binti Ahmad menyampaikan hadiah

Murid Tahun 1

Murid Tahun 2

Cikgu Salmi Amir sebagai Pengacara Majlis

Murid Tahun 3

Makan kek bersama-sama di kantin

Guru menyediakan potongan kek

Guru menyediakan potongan kek


Akhir sekali, semoga dengan sambutan yang dijalankan ini dapat memberi kenangan manis kepada murid-murid yang disayangi. Malah diharapkan murid-murid dapat merasai kemanisan hubungan kejelekitan antara guru dengan mereka...

Monday, October 21, 2019

Tahniah SKTPP - Mendapat Tempat Ke-4 Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019!

Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019 telah diadakan  di BSTP, Mont Kiara, Kuala Lumpur. Majlis berlangsung dengan begitu gilang gemilang..
Meski sedih kerana SKTPP hanya sekadar mendapat Tempat Ke-4, namun kami tetap pasrah dan redho dengan keputusan yang diterima. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana membolehkan kami berada sehingga ke tahap ini. Segala usaha keras dan pengorbanan warga sekolah yang begitu banyak masih berbaloi kerana diiktiraf dalam senarai PSS Cemerlang Top 5 Peringkat Kebangsaan. "Nikmat apa lagi yang hendak didustakan? Jawapannya : Tiada." Pencapaian ini sangat tinggi nilai dan harganya. Kami mensyukurinya setinggi-tinggi langit dan sedalam-dalam serta seluas-luas lautan.
  Terima kasih banyak buat anak-anak buah dan warga sekolah atas komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini. Terima kasih jua buat pihak PPD Sepang, PKG Salak dan BTPN Selangor atas kepercayaan serta penghargaan kepada kami. Terima kasih atas bimbingan yang diberi sehingga membolehkan Ujana Ilmu kami menepati kriteria PSS Cemerlang. Jasa-jasa kalian akan dikenang sentiasa...
#ujanailmuwadahkecemerlangan












Ucapan perasmi



Menerima hadiah yang dimenangi




Delegasi Selangor










Hadiah-hadiah yang diterima. Alhamdulillah!