... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, June 16, 2020

Panduan "Smart Parenting"

Assalamualaikum..
Selamat pagi dan salam ceria buat semua warga SKTPP. Semoga kita semua sentiasa tenang, positif dan bersemangat dalam menunaikan segala amanah dan tanggung jawab kita. Adakala kita mungkin rasa terbeban dengan amanah dan tanggungjawab yang dipikul, Namun percayalah... setiap amanah dan tanggungjawab yang kita berjaya tunaikan dijanjikan balasan yang baik dariNya. Kita juga akan rasa tenang dan puas bila berjaya dilaksanakan. Haaa... hari ni saya nak kongsikan pulak bagaimana kita boleh menjadi ibu bapa yang bertanggung jawab terhadap pembelajaran anak-anak kita. Apa nak buat??? Jom ikuti panduan "Smart Perenting" di bawah. Selamat mencuba...👍👍👍


#staysafestayhealth
#kitajagakita

Monday, June 15, 2020

Tahniah Cikgu Izwan & Cikgu Junaidi : Penerima Anugerah Khas PPD

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua orang guru SKTPP; En. Mohd. Izwan bin Mohd Jowahar dan En. Ahmad Junaidi bin Abdullah kerana telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Khas PPD Sepang sempena Sambutan Hari Guru Daerah Sepang 2020. Mereka telah dipilih bersama seorang lagi penerima iaitu Yang Berusaha  Dato' Haji Marsum Paing. Pengiktirafan mereka berdasarkan pencapaian cemerlang dalam sukan kriket peringkat sekolah, daerah, negeri maupun kebangsaan.
Pihak SKTPP amat berbangga dengan pencapaian guru-guru hebat ini. Tahniah buat SRCC selaku support group yang sangat berkesan. Terima kasih banyak buat PIBG yang sentiasa menyokong semua aktiviti Kokurikulum dan sukan sekolah khususnya KRIKET selama ini.. Semoga kerjasama ini akan terus berpanjangan demi memartabatkan kemenjadian murid SKTPP...




















Sunday, June 14, 2020

Tatacara Ke Sekolah Mengikut SOP

Jika anda ada urusan rasmi perlu hadir ke sekolah; para guru atau individu-individu yang berkenaan perlulah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

1. Datang seorang sahaja.
2. Memakai pelitup muka (face mask).
3. Tulis nama di pondok pengawal.
4. Mengambil dan merekod suhu badan.
5. Gunakan 'hand sanitizer' di pondok pengawal.




Anda juga boleh juga menggunakan aplikasi MySejahtera dan SELangkah yang boleh dimuat turun di Google Play atau App Store.



Pihak sekolah juga telah menampal QR Code di pondok pengawal untuk memudahkan urusan anda dengan hanya mengimbas kod tersebut. Pastikan telefon anda dibawa bersama.


Terima kasih atas kerjasama semua.


#kitajagakita #elak3s #amal3w #sktpp #ujanailmuwadahkecemerlangan

Wednesday, June 10, 2020

Selamat Datang Guru Interim

Selamat Datang diucapkan kepada 4 org guru baru (guru interim) yang akan mula bertugas di SKTPP mulai hari ini 10 Jun 2020;
1. Pn. Suphasara Supranie a/p Airak dari Sg. Petani, Kedah (opsyen PJK)
2. Cik Claudia Jacqueline Charles dari Kota Kinabalu, Sabah (opsyen PJK)
3. Pn. Nur Zakiah binti Md. Diat dari Kajang, Selangor (opsyen Sejarah)
4. Cik Suziana binti Mohd. Makhtar, dari Tanah Merah, Kelantan (opsyen PJK)

Sesi takruf bersama GB, PK1 & PK Petang telah diadakan dimulai dengan sesi fotografi untuk perkongsian bersama rakan-rakan lain diikuti taklimat serba sedikit berkaitan tugas disusuli proses semakan dan pengisian dokumen-dokumen. Semoga guru-guru baru ini dapat berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang seterusnya dapat sama-sama meningkatkan prestasi anak-anak murid hasil pengalaman luas yang dimiliki...

Pn. Suphasara Supranie a/p Airak  (Cikgu Sara)

Cik Claudia Jacqueline Charles

Pn. Nur Zakiah bt. Md. Diat

Cik Suziana bt. Mohd. Makhtar (Cikgu Suzi)







Latihan Kawalan Minda

Assalamualaikum, selamat pagi... salam ceria buat semua warga SKTPP terutamanya anak-anak murid yang tersayang💕💕💕😍
Alhmdulillah, syukur... wabak Covid-19 di negara kita hampir terputus rantaiannya. Kita dah boleh bergerak keluar dari rumah dan merentas negeri dalam fasa PKPP ini. Kita semakin tenang dari segala kekalutan akibat wabak ini. Walaupun begitu, mungkin masih ada dalam kalangan rakan-rakan kita yang masih belum bertenang sepenuhnya, kan..... JOM!!! hari ini saya nak kongsikan bagaimana kita boleh melakukan "Kawalan Minda" yang mampu menjadikan kita rasa lebih tenang. Selamat mencuba...😃


#staysafestayhealth
#kitajagakita

Tuesday, June 9, 2020

Penjagaan Diri Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Assalamualaikum murid-murid yang dikasihi sekalian.
Bertemu lagi kita dalam norma baharu kehidupan.
Mulai 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020, kita akan melangkah memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Didoakan semuanya sihat, ceria dan sentiasa berwaspada serta melindungi diri daripada terkena jangkitan Covid-19.


#staysafestayhealth
#kitajagakita
#jagapenjarakansosial

Monday, June 1, 2020

Jom Jawab Kuiz...


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada semua warga guru dan para murid, SJK(T) Sepang telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kuiz bagi setiap subjek semasa PKP COVID-19.

SJK(T) Sepang telah berkolaborasi dengan PPD Sepang dan Team eDidik Malaysia dalam penganjuran kuiz ini. Murid akan menerima Sijil Penyertaan daripada PPD Sepang dan Sijil Pencapaian sekiranya mereka mendapat markah melebihi 80%  daripada eDidik. Sijil ini akan dihantar terus ke akaun email GC (Google Classroom) anda. Pastikan anda memberikan email GC yang betul. Terima kasih.


Bahasa Melayu = https://forms.gle/nM1iTypiQwsnKuHE6 
Bahasa Inggeris = https://forms.gle/m3eZyg2ngsVaHkWY9
Bahasa Tamil = https://forms.gle/5w29W5xGXZUavTBP7
Sains = https://forms.gle/Tfmy1oaXoQgHWT597
Matematik = https://forms.gle/nKJChN14NthpJ8ja6
Pendidikan Seni Visual = https://forms.gle/o2donTBxdZP4SnJA6
Pendidikan Moral = https://forms.gle/bCH8Xpdrk9KHvjxv9
Pendidikan Muzik = https://forms.gle/7CSw2kqKbYJVta8H6
Pendidikan Jasmani & Kesihatan = https://forms.gle/GdC6xb59mZNTMx8A8
Reka Bentuk & Teknologi = https://forms.gle/o2nSJhaL5j2v8Gnf8
Teknologi Maklumat & Komunikasi = https://forms.gle/qNuDudaL3kjmvjhNA
Pra Sekolah = https://forms.gle/HWLL6V6V39oJj4Kk9 
Pemulihan Khas = https://forms.gle/eXVbjchD6aNbQXen9
Sejarah = https://forms.gle/5YkVXH8JLJtFAMh96

Sunday, May 24, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua murid, ibu bapa, guru serta warga sekolah. Semoga berbahagia di hari mulia...
#stayathome #staysafe


Wednesday, May 20, 2020

Pengurusan Stress

Assalamualaikum, selamat pagi, salam penuh keceriaan...😃😃😃buat semua warga SKTPP
Minggu ni dah masuk mood nak berhari raya kan...kebiasaannya bila nak sambut raya pastinya kita tertunggu-tunggu saat nak menyambutnya. Lebih-lebih lagi hari raya tahun ini jatuh pada cuti pertengahan tahun. Pastinya, dari awal sesi persekolahan tahun 2020 lagi kita merancang untuk pulang menyambut hari raya ini di kampung halaman. Namun...tanpa terduga oleh akal kita bahawa tahun ini kita terpaksa berkorban kegembiraan itu dengan menyambut hari raya diperantauan angkara wabak Covid-19. Pastinya juga keadaan ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dan menjadikan kita berada dalam keadaan tertekan@ stress.

Bagi membantu kita menangani stress ini dengan cara yang lebih baik, JOM!!! saya kongsikan video "Pengurusan Stress". Semoga panduan ini membantu meringankan rasa stress anda, insyaallah..




Monday, May 18, 2020

Amalan Baik Asas Sahsiah Terpuji

Assalamualaikum...dan salam sejahtera buat semua murid dan warga SKTPP. Semoga kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan selesa dan tenang. Untuk berasa selesa dan dapat menjalani kehidupan serta dapat melakukan ibadat dengan tenang, kita amat digalakkan supaya mengamalkan amalan baik atau akhlak mulia dan  menjaga disiplin diri.  Ini bukan untuk diri kita sendiri sahaja, malah orang sekeliling kita juga.
Berikut adalah merupakan amalan baik asas sahsiah terpuji yang perlu kita hayati dan amalkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini: