... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, March 20, 2021

Calon Anugerah Ikon Guru Kokurikulum & Guru Sukan Negeri Selangor

Mohon support guru-guru SKTPP selaku calon-calon untuk Anugerah Ikon Guru Kokurikulum dan Ikon Guru Sukan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor kali ke-50 Tahun 2021 dengan like, share & subscribe untuk memberi semangat dan tanda sokongan di link Youtube di bawah :

1. Cikgu Noor Hayati Yusof (sila klik di sini)

2. Cikgu Parimala Vengadaslam (sila klik di sini)

3. Ustaz Ahmad Zunaidi Ahmad (sila klik di sini)

4. Cikgu Mohd Izwan Jowahar (sila klik di sini)

5. Cikgu Ahmad Junaidi bin Abdullah (sila klik di sini)

Terima kasih atas sokongan dan dokongan semua pihak. Semoga berjaya hendaknya... aamiin..















Friday, March 19, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke--9 (Sesi Petang)

Tarikh : 15 Mac 2021 - 19 Mac 2021

Nama guru bertugas :

1. Encik Rusmami bin Rusli (K)

2. Puan Nornadzirah binti Abd Rahim (P)

3. Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin

4. Encik Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

5. Cik Amalina binti Abd Hamid

6. Cik Suziana binti Mohd Makhtar

7. Puan Salmi binti Adnan 

8. Puan Zabedah binti Othman 

9. Cik Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

Alhamdulillah, sesi persekolahan minggu ke-9 (sesi petang) pada minggu ini berjalan dengan lancar.  Kesemua murid dan guru SK Taman Putra Perdana tetap sentiasa mengamalkan norma baharu selaras dengan Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Murid-murid diingatkan oleh guru supaya menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dengan betul dan menjaga kebersihan diri agar semua terhindar dari jangkitan Covid-19. 

Berikut dikongsikan gambar-gambar sepanjang tempoh persekolahan sesi petang pada minggu ini:

Guru bersedia awal untuk menyambut kehadiran murid

Guru di pagar B menyambut kehadiran murid

Guru di pagar A menyambut kehadiran murid 

Murid yang datang awal beratur di Dewan Perdana mengikut SOP

Murid beratur ketika membeli makanan semasa rehat

Guru menyambut murid selaras dengan Program Guru Penyayang

Semoga usaha kita bagi memutuskan rangkaian Covid-19 dengan mematuhi SOP yang ketat berjaya dilakukan dan murid-murid dapat belajar dengan rasa yang lebih selamat. 


DISEDIAKAN OLEH: NURUL HANANI BINTI MOHAMAD KAMAL 

Laporan Bertugas Minggu ke-9 (Sesi Pagi)

Tarikh : 15 Mac 2021 - 19 Mac 2021

Senarai nama guru bertugas kumpulan 3 : 

1. Puan Azlina Binti Mat Isa (K)

2. Puan Norzainon Binti Moha Razali (P)

3. En. Syed Farhan Bin Syed Abdullah

4. Puan Faridatul Akmal Binti Ismail

5. Puan Junaidah Binti Rus

6. Puan Nur Murni Binti Abdullah

7. Puan Rosmizawati Binti Yusub

8. Puan Rafidah Binti Salleh

9. En. Ahmad Musrizuan Bin Daud

10. Puan Jamunarani A/P Bhoja Rajan

11. Puan Mazzaini Binti Muda

12. En. Mohd Izwan Bin Mohd Jowahar

Alhamdulillah, minggu ke-3 persekolahan secara bersemuka berjalan lancar dan kelihatan murid-murid sudah mula memahami dan menuruti peraturan serta SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan begitu baik sekali. Jelas kelihatan bagaimana kehadiran murid-murid beratur mengambil suhu dan mencuci tangan sebelum masuk ke kelas masing-masing seawal pukul 7.00 pagi lagi.

SOP seperti pengambilan suhu murid, mencuci tangan serta mengamalkan penjarakan fizikal adalah merupakan perkara  yang sangat diutamakan ketika hadir ke sekolah bagi memastikan kelancaran dan kesihatan warga sekolah berada dalam keadaan yang baik dan bebas Covid -19.

Berikut merupakan suasana sepanjang persekolahan minggu ke-3:

Guru bertugas mingguan menyambut kehadiran murid

Murid beratur mengambil suhu dan mencuci tangan

Suasana semasa kehadiran murid di pagar B

Suasana pembelajaran murid semasa berada di dalam kelas

Murid beratur membeli makanan semasa waktu rehat mengikut kelas masing-masing

Rutin bacaan Yasin setiap pagi Jumaat oleh guru-guru yang bertugas  

Semoga sagala usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah serta kerjasama yang baik dari semua pihak terutamanya warga sekolah dan pihak ibu bapa dapat membantu memastikan SOP yang telah ditetapkan dilaksanakan dengan sebaik mungkin bagi memutuskan rantaian virus Covid-19 ini. Semoga dengan kerjasama yang erat dari semua pihak akan terus memastikan keselamatan dan kesihatan murid-murid kita agar bebas dari virus Covid-19.

Saturday, March 13, 2021

Sanitasi Sekolah dan Bilik Darjah

Proses sanitasi seluruh sekolah termasuk semua bilik darjah dilakukan oleh pekerja pembersihan sekolah dengan memasukkan ubat yang diberi oleh pihak PKD semalam. Semoga usaha ini dapat membunuh segala kuman termasuk virus Covid-19 yang mungkin mula bertapak setelah sekolah dibuka. Hanya kepada Allah jua tempat kami berdoa dan meminta pertolongan. Selamatkanlah kami dan peliharalah kami daripada segala kemudaratan serta bencana bawaan makhlukMu ini. Aamin2 yra..











Ubat yang diberi oleh pihak PKD untuk dimasukkan ke dalam bahan sanitasi

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah Tahun 2021

 Hari            : Sabtu

Tarikh         : 13 Mac 2021

Masa          : 9.00 – 11.00 pagi

Tempat       : Kediaman masing-masing

Medium      : Microsoft Teams

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Alhamdulillah pada tarikh 13 Mac 2021, Unit Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah berjaya mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah bagi sesi 2021 secara norma baharu dalam talian dengan menggunakan medium perhubungan Microsoft Teams. Objektif majlis ini ialah bagi memberi pengiktirafan dan semangat kepada barisan pengawas sekolah supaya melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi.

Majlis bermula lebih kurang  jam 9.20 pagi dengan dipengerusikan oleh En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh  Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif. Majlis ini berjaya mengumpulkan seramai 155 orang pengawas sesi pagi dan petang dengan memakai pakaian lengkap Pengawas Sekolah.

Usai bacaan doa oleh ustaz Ahmad Mustafid, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah .  Ucapan perasmian oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali; Guru Besar SKTPP. Seterusnya, pengumuman nama-nama Pengawas Sesi 2021 oleh Puan Norazian binti Mat Anuar. Majlis diteruskan lagi dengan lafaz bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas; Muhammad Iqbal bin Norazmi dari kelas 6 Jujur. Majlis melabuhkan tirai dengan sesi bergambar.

Tahniah diucapkan kepada semua Pengawas Sekolah Sesi 2021 dengan harapan dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

“SELAMAT MENJALANKAN AMANAH”











Laporan disediakan oleh : Puan Nor Hanim binti Ismail.

Friday, March 12, 2021

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Minggu Ke-2 Sesi Persekolahan Secara Bersemuka Tahun 2021 (8 - 12 Mac 2021)

Minggu ini merupakan minggu ke-2 sesi  persekolahan 2021 secara bersemuka bagi murid-murid Prasekolah, PPKI, Tahun 1 dan Tahun 2. Namun bagi  murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan secara bersemuka.

Aktiviti menyambut kehadiran murid di pintu Pagar A dan B masih diteruskan seperti minggu lepas oleh AJK Unit Guru Penyayang yang bertugas. Hasil inisiatif AJK Unit Guru Penyayang Sesi Pagi, pada hari pertama persekolahan minggu ini, semua murid sesi pagi mendapat pembaris sebagai hadiah kehadiran mereka ke sekolah hari ini.

Pada hari-hari berikutnya, Unit Guru Penyayang juga telah menyediakan sebanyak 30 hadiah setiap hari untuk murid-murid yang datang awal. Semoga inisiatif ini akan memberi semangat kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah.

Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti menyambut kehadiran murid yang sempat dirakamkan sepanjang minggu ini...

Murid-murid menerima pembaris sebagai hadiah kehadiran mereka ke sekolah
 
Murid-murid Tahun 3 yang datang awal mendapat hadiah pensel
 
Rezeki untuk murid-murid yang datang awal ke sekolah

AJK Unit Guru Penyayang dan Guru Bertugas Mingguan sama-sama menyambut kehadiran
 murid-murid di Pagar A dan B

Semoga murid-murid sentiasa termotivasi untuk hadir ke sekolah