Saturday, July 17, 2021
Cuti Pertengahan Penggal
Friday, July 16, 2021
Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-23 (Sesi Petang)
Tarikh : 12 hingga 16 Julai 2021
Guru Bertugas :
1. Encik Hariz Safwan bin Yaacob (Ketua)2. Nor Rafini binti Othman (Penolong)3. Mohd Hadri bin Ag Idris4. Rozimah binti Yaakob5. Zalina binti Ismail6. Salina binti Mohd Tasu7. Rohani binti Mansor8. Nurazlin binti Mat Nor9. Suphasara Supranie A/P Airak
Video PdPR ustazah Rafini bersama murid-murid kelas 2 Emerald & 2 Sapphire membuat aktiviti menjawab quizziz Pendidikan Islam
Terima kasih kepada semua guru-guru sesi petang yang sentiasa bersemangat menunaikan tanggungjawab masing-masing demi kemenjadian anak-anak didik di SKTPP
#sayangdirisayangsemua
#staysafe
#stayathome
Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-23 (Sesi Pagi)
Tarikh : 12 - 16 Julai 2021 (2 - 6 Zulhijjah 1442H )
Minggu : 23
Kumpulan : 5 (Sesi pagi)
Ahli kumpulan :
- Pn. Norhanim binti Ismail (K)
- Pn. Norliza binti Ali @ Yasim (P)
- Pn. Julaili binti Onian
- Pn. Mawaddah binti Kamarulzaman
- En. Ahmad Mustafid bin Mat sharif
- Pn. Noriza binti Md Nor
- Pn. Nurhayati binti Mohamed Nor
- Cik Syahirah binti Tumar
- En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
- En. Wan Faizol bin Wan Mat
- Cik Azwane binti Adnan
- Pn. Nur Zakiah binti Md Diat
![]() |
| Barisan Guru Bertugas Minggu 23 (Sesi Pagi) |
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
Minggu ini merupakan minggu ke-23 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan pada minggu ini untuk semua murid Tahap 2 melibatkan pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 mengikut jadual PdPR seperti biasa. Penglibatan guru-guru dalam PdPR menggunakan medium atas talian (Online), dalam talian (Offline) mahupun gabungan kedua-duanya. Penyertaan murid adalah sangat baik dan memberangsangkan walaupun dalam keadaan norma yang baharu lantaran pandemik COVID-19 yang masih tidak menunjukkan trend penurunan.
Pelbagai medium telah digunakan oleh guru-guru SKTPP bagi
menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti pembelajaran di
rumah sama ada secara dalam talian atau luar talian. Usaha ini tidak akan
membuahkan hasil tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua ibu bapa
dan penjaga. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
semua yang terlibat dalam memastikan murid-murid kita dapat mengikuti sesi PdPR
dengan baik.
Berikut merupakan sesi PdPR yang berlangsung sepanjang minggu ini :
Walaupun wujud kekangan dalam talian seperti masalah capaian internet, ketiadaan peranti digital pintar serta sikap murid sendiri namun guru tetap memastikan penyampaian ilmu itu tetap diteruskan. Semua pihak perlu bekerjasama terutama ibubapa bagi membantu anak-anak mereka belajar di rumah. Moga usaha ini dapat membentuk perwatakan dan kejayaan seseorang murid.
Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)
Pada setiap minggu, Unit Bimbingan dan Kaunseling tidak
terlepas dalam memberi perkongsian yang
bermanfaat untuk semua murid.
Antara perkongsian minggu ini yang disediakan ialah:
http://kaunselingsktpp.blogspot.com/2021/07/sembang-santai-kamu-tanya-cikgu-jawab.html
- http://kaunselingsktpp.blogspot.com/2021/07/jom-kongsi-bicara-tentang-kemarahan.html
Semua murid dan warga sekolah adalah dialu-alukan untuk menghubungi guru-guru kaunseling sekiranya ingin mendapatkan khidmat kaunseling ataupun jika memerlukan pendengar untuk berkongsi cerita. Bukan hanya guru kaunseling, malah semua guru turut bersedia untuk membantu murid-murid sekiranya perlu. Para pelajar boleh melayari Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapat info dan maklumat tambahan.
Program Motivasi Kolaborasi Sekolah-Sekolah Malaysia
Tarikh : 17 Julai 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
Sasaran : Guru-guru
Link : https://www.youtube.com/watch?v=nfg7QOakZ30
#staysafe
#kitajagakita
Jom Jadi Best Dengan Melakukan Amalan Baik
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua murid SK Taman Putra Perdana. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan yang memuaskan. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan berkaitan Jom Jadi Best Dengan Melakukan Amalan Baik. Perkara yang baik mesti diteruskan manakala perkara buruk perlu ditinggalkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan amalan baik, cikgu ingin mengajak semua murid menonton video Amalan Baik dan menjawab soalan kuiz. Jom semua.. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sila klik pautan ini untuk mendapatkan video "Amalan Baik"
Sila klik pautan ini untuk uji diri:
#kiaskunaldiriku
#staysafe
#jpnselangor
#bpshkpm
#kpm
Wednesday, July 14, 2021
Jom Kongsi : Bicara Tentang Kemarahan
Assalamualaikum, Salam ceria... Salam bahagia😃😃😃 dan salam inspirasi buat semua warga SKTPP dan teristimewa buat anak-anak didik di SKTPP. Semoga semuanya sentiasa tenang dan bahagia bersama orang-orang tersayang💕💕.
Dalam Jom Kongsi minggu ni, cikgu nak berbicara tentang "Kemarahan"👿👿👿 Haaa... sebagai manusia biasa, kita pastinya ada perasaan MARAH. Perasaan marah ini merupakan salah satu emosi negatif yang wujud dalam diri setiap individu. Emosi marah merupakan salah satu perasaan yang timbul apabila individu merasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya ia diiringi oleh perubahan fisiologi seperti muka menjadi merah (menahan marah), anggota badan menggeletar, pergerakan dan pertuturan menjadi bercelaru. Kadang-kadang ia diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian, deraan, kutukan dan dendam.
Emosi marah yang tidak dapat dikawal, boleh membawa keburukan dan merosakkan diri sendiri serta orang lain. Allah s.w.t turut menyeru manusia supaya menahan marah seperti dalam firmannya dalam surah Ali Imran ayat 134. Maksudnya : (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
JOM... kita teliti dan fahami pula poster yang cikgu sediakan berkaitan faktor-faktor kemarahan dan cara mengawal kemarahan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan Jangan Marah-marah 😍😍😍 Hidup ceria, membawa bahagia💓💓
#stayhome
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpsh
Monday, July 12, 2021
Saturday, July 10, 2021
Mesyuarat Guru Bil. 3/2021
Mesyuarat Guru Bil. 3 / 2021 berlangsung seperti yang dirancang secara dalam talian melalui medium Microsoft Teams. Semoga penyelarasan tugas hasil permuafakatan yang dibincangkan bersama dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin demi kemenjadian anak-anak murid.
Serumpun bak serai... sesusun bak sirih.. kita pasti cemerlang..
Friday, July 9, 2021
Laporan Guru Bertugas Minggu ke-22 (Sesi Petang)
Tarikh : 05 hingga 09 Julai 2021
Guru Bertugas :
1. Encik Nor AmirulFitri bin Othman
(Ketua)
2. Puan Nur Malisha binti Omar
(Penolong)
3. Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah
4. Puan Hastipa @ Zaiton binti Mat
Daud
5. Puan Nazahiyah binti Ab Rahman
6. Puan Fadhilah binti Talib
7. Puan Rabihah binti Amiruddin
8. Puan Parimala A/P Panni Selvan
9. Puan Ranjini a/p Rajah
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Minggu ini merupakan minggu ke-22
sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) diteruskan pada minggu ini untuk semua murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3
mengikut jadual PdPR seperti biasa.
Pelbagai medium telah digunakan oleh
guru-guru SKTPP bagi menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti
pembelajaran di rumah sama ada secara dalam talian atau luar talian. Usaha ini
tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada ibu
bapa dan penjaga. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
semua yang terlibat dalam memastikan murid-murid kita dapat mengikuti sesi PdPR
dengan baik.
Gambar-gambar yang sempat dirakam
sepanjang minggu ini..
Program yang telah dilaksanakan pada minggu ini termasuklah:
- Pendidikan Kerjaya Murid : Cita-cita oleh Pn Juli bt Mahbah
- Jom Kongsi Hala Tuju Pendidikan Selepas Tamat Sekolah Rendah oleh Pn Rozimah bt Yaakob
- Sembang Santai : Tips Meneroka Minat Kerjaya oleh Pn Nor Arzah bt Husin
Semua ini boleh dilayari pada pautan
Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPP dan Blog Sekolah.
Semoga kita semua kekal duduk di rumah untuk membendung penularan virus Covid-19 dan dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan baik.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh : Pn Fadhilah binti Talib

















































