... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, January 27, 2023

Program Israk Mikraj Tahap 1

         Sebagai manusia biasa, tidak terlintas di fikiran bahawa apakah mungkin manusia boleh naik ke langit dan bagaimanakah keadaanya semasa itu? Namun, atas kehendak yang Maha Esa semuanya boleh berlaku lebih-lebih lagi kepada kekasih-Nya Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam. Peristiwa ini dinamakan sebagai Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab Tahun ke-10 Kerasulan bersamaan tahun 621 Masihi. 

        Peristiwa ini umpama hadiah untuk baginda selepas berlalunya Tahun Dukacita iaitu selepas kewafatan bapa saudara Nabi, Abu Talib dan isteri kesayangan baginda, Saidatina Khadijah. Israk bermaksud perjalanan Rasulullah SAW dari Masjid al-Haram menuju ke Masjid al-Aqsa. Manakala Mikraj pula perjalanan baginda naik ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT.

        Rasulullah SAW diangkat melepasi langit ke-7 dengan menaiki binatang tunggangan bernama buraq dan ditemani oleh malaikat Jibril hanya pada satu malam sahaja. Banyak peristiwa yang diperlihatkan kepada baginda semasa melalui langit demi langit namun peristiwa terbesar ialah perintah solat oleh Allah SWT di Sidratul Muntaha.

        Tarikh 27 Rejab 1444 Hijrah bersamaan hari Sabtu, 18 Februari 2023. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program awal yang ringkas untuk murd-murid bagi mengingati peristiwa sejarah besar dalam Islam ini. Berikut adalah butiran program:-

    Program Israk Mikraj SK Taman Putra Perdana 2023 Sesi Petang

    Tarikh          : 27 Januari 2023 (Jumaat)

    Tempat        : Kelas masing-masing

    Perjalanan program:-

    Tahun 1&3 : 3.20 - 4.20 ptg

    Tahun 2: 2.30 - 3.30 ptg

    Aktiviti Program:-

  • Pertandingan Mewarna untuk pra sekolah dan Tahun 1.
  • Pertandingan Kuiz Silang Kata Tahun 2.
  • Pertandingan Jawiku Hebat Tahun 3.


Seterusnya, dikongsikan gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak dan tahniah kepada semua murid kerana berjaya menyertai aktiviti yang disediakan hingga ke akhirnya. 
























Antara wajah-wajah pemenang yang dapat dirakam. Tahniah!










Disediakan oleh,
Nur Azizati binti Ahmad
Norazah binti Mohd Ali

Laporan Bertugas Minggu Ke-39 (Sesi Pagi)


Tarikh    : 23 Januari 2023 hingga 27 Januari 2023

Hari       : Isnin hingga Jumaat

Masa     : 7.00 pagi hingga 1.30 petang

Senarai nama guru bertugas :

1.Rosmizawati Binti Yusuf (K)

2.Syed Farhan Hanafi Bin Syed Abdullah (P)

3.Faridatul-Akmal Binti Ismail

4.Junaidah Binti Rus

5.Jamunarani a/p Bhoja Rajan

6.Siti Fatimah Binti Wan Yaacob

7.Mohd Azarul Bin Mohd Mokhtar

8.Nur Murni Binti Abdullah

9.Nurul Iman Binti IIIyas 

10.Ahmad Musrizuan Bin Daud

11.Mazzaini Binti Muda

12.Muhammad Afiq Bin Azli


Minggu persekolahan minggu ke-39 telah kembali bersemarak. Guru-guru bertugas Kumpulan C menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan lancar. Pada minggu ini, sesi persekolahan bermula pada hari Rabu memandangkan hari Isnin dan Selasa merupakan cuti perayaan bagi semua warga sekolah bersempena Tahun Baru Cina. 


Berikut dilampirkan suasana persekolahan pada minggu ini :


1. Program Sinar Nurani

Sesi persekolahan yang bermula pada hari Rabu dimulakan dengan program 'Sinar Nurani' bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPP. Program ini berlangsung di Bilik Muzik dengan penglibatan  murid-murid yang terpilih sahaja.













2. Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2023


Hari       :  Khamis

Tarikh    :  26 Januari 2023

Masa     : 12.30 tengah hari - 2.00 petang

Tempat  :  Dewan Perdana SKTPP


Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2023 telah berjalan lancar. Terima kasih kepada  guru-guru dan ibu bapa yang bekerjasama samada  secara langsung maulun tidak lqngsung dalam menjayakan program ini.













3. Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 Sesi 2022/23


Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 peringkat sekolah telah dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam pada hari Jumaat; 27 Januari 2023. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk meneruskan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda khususnya murid-murid SKTPP disamping itu untuk meraikan kejayaan murid-murid yang telah berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.















4. Majlis Jalinan Kasih (Jamuan Akhir Tahun KKGK SKTPP Tahun 2022/2023)


Majlis Jalinan Kasih, KKGK 2022/2023 berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Jutaan terima kasih kepada AJK Pelaksana yang telah bertungkus-lumus mengurus dan menyumbang tenaga serta idea bagi menjayakan majlis tersebut.Terima kasih kepada semua guru, staf & YDP serta NYDP PIBG yang hadir pada majlis ini. Terima kasih juga buat semua yang menyumbang hadiah & kewangan.














Sekalung tahniah dan terima kasih juga atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru bertugas sepanjang minggu ini. Tidak dilupakan juga buat semua warga sekolah yang turut  sama berganding bahu dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga SKTPP terus cemerlang dalam segala program dan aktiviti yang disertai.

Sekian, terima kasih.

 Disediakan oleh : Pn. Jamunarani & Pn. Siti Fatimah

Thursday, January 26, 2023

Kejohanan Kriket Juara-Juara Sekolah (Pusingan Akhir) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2022

Pada 26 Januari 2023 yang lalu telah diadakan Kejohanan Kriket Juara-Juara Sekolah (Pusingan Akhir) Peringkat Negeri Selangor Bawah 12 tahun (Lelaki) di SK Kampung Jawa. Perlawanan adalah antara juara kumpulan A, SK Taman Putra Perdana melawan juara kumpulan B SK Taman Sri Andalas.

Keputusan perlawanan

SK Taman Sri Andalas vs SK Taman Putra Perdana

SK Taman Putra Perdana won by 10 wkts

Tahniah pasukan SK Taman Putra Perdana yang telah menunjukkan permainan yang yakin dan menarik. Pasukan Kriket SK Taman Putra Perdana akan mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Setiu, Terengganu pada bulan Mac nanti. Semoga pasukan kriket SKTPP dapat bermain dengan cemerlang dan menunjukkan potensi yang sebenar pada peringkat kebangsaan nanti. Tahniah dan Semoga berjaya!!