... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, March 24, 2023

Laporan Bertugas Minggu Pertama (Sesi Pagi)

Tarikh  : 20 Mac - 24 Mac 2023

Hari     : Isnin hingga Jumaat

Masa    : 7.30 Pagi

Senarai nama Guru Bertugas:

Kumpulan A

1.  Siti Rabiaah binti Mohammad

2.  Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang

3.  Norli binti Hassan

4.  Astina binti Mahad Nor

5.  Norsiah binti Mohd Nor

6.  Nik Kamisah binti Mohd Aziz

7.  Shahrul Rozaina binti Jelani

8.  Juli binti Mahbah

9.  Zurilazman bin Abdullah

10. Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

11. Norinna binti Mohamed

12. Claudia Jacqueline Charles Nelson

Alhamdulillah sesi persekolahan bagi sesi 2023/2024 telahpun bermula. Semua murid begitu teruja dan bersemangat untuk kembali ke sekolah setelah lama bercuti. Namun begitu, KPM telah membuat ketetapan tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024, sebaliknya ia perlu diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelektual. Fokus utama KPM adalah melaksanakan pendidikan didik hibur dan juga aktiviti-aktiviti seperti suai kenal dan interaksi antara murid dan guru.

 Bagi memenuhi kehendak KPM, program dan aktiviti di sekolah pada minggu pertama telah dirancang dan disusun oleh para pentadbir dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta guru-guru. Antara aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu pertama adalah Program Sinergi Mega. Program ini disusun untuk murid tahun 2 hingga tahun 6 dan juga prasekolah. Murid tahun 1 pula menjalankan aktiviti Program Transisi.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu pertama.  

               

Senyuman guru-guru di hari pertama persekolahan

     

Murid-murid beratur dengan teratur ketika pulang dari sekolah.


Murid-murid bukan Islam sedang berehat di kantin. 

   

Murid-murid sedang membaca Al-Quran semasa tadarus dijalankan.

         

                                                   

Murid-murid menjalankan aktiviti sukaneka dengan meriah.

                

Aktiviti senamrobik di dataran sempena program Sinergi Mega.

                  

                                   

Aktiviti serlahkan potensi diri di Dewan Perdana.

             

                                                         

Ucapan Guru Besar dan YDP PIBG sempena persekolahan hari pertama sesi 2023 / 2024

                                                     

                                                    Murid-murid menjalankan aktiviti di dalam kelas berdasarkan modul yang disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling

Program Sinergi Mega (Hari Kelima)

Hari : Jumaat

Tarikh :  24 Mac 2023

Sesi : Pagi dan Petang

Sambutan Ihya Ramadhan sesi pagi

Bacaan doa

                                                                       

 Pelancaran Ihya Ramadhan 


 Tazkirah Ihya Ramadhan






Majlis Perpisahan Ustazah Norziani dan Cikgu Hasbullah sesi pagi.






Aktiviti Adab dengan guru



Penyampaian Hadiah Ihya Ramadhan sesi pagi





Pelancaran Ihya Ramadhan sesi petang


Tazkirah Ihya Ramadhan




Majlis Perpisahan Ustazah Norziani dan Cikgu Hasbullah sesi petang




Aktiviti murid Prasekolah





Penyampaian hadiah aktiviti Ramadan sesi petang





Thursday, March 23, 2023

Program Sinergi Mega (Hari Keempat)

Program Sinergi Mega diteruskan lagi pada hari yang keempat. Program pada hari ini juga melibatkan semua murid. Aktiviti dimulakan dengan Program Guru Penyayang iaitu Mengalu-alukan Kehadiran Murid dengan ceria dan bersemangat. Murid amat digalakkan sentiasa melibatkan diri dengan  aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah.  Seterusnya, murid berhimpun di Dewan Perdana sambil mengalunkan bacaan zikir dan nasyid.

          Bagi slot aktiviti Ahlan Wa Sahlan  Ya Ramadhan, semua murid diingatkan dengan niat berpuasa, rukun puasa, adab ketika berpuasa, amalan-amalan yang boleh meningkatkan pahala berpuasa dan doa berbuka puasa. Aktiviti ini hanya melibatkan murid-murid Islam sahaja. Sementara murid-murid moral terlibat dengan aktiviti moral di bawah pimpinan guru yang bertanggungjawab. 

            Aktiviti berikutnya adalah Cari Saya dan Cari Perbezaan. Modul bagi setiap aktiviti telah disediakan oleh Jawatankuasa Penyediaan Modul. Aktiviti diteruskan dengan Teknik Relaksasi – Teknik Genggam Jari. Murid didedahkan dengan teknik untuk rehatkan diri bagi mengelakkan tekanan semasa mengikuti pembelajaran di sekolah dan juga di rumah

            Bagi murid prasekolah, mereka juga terlibat dengan aktiviti Program Ahlan Wa Sahlan Ya  Ramadhan. Ustazah memberikan penerangan berkaitan ibadah puasa seperti niat berpuasa, tempoh berpuasa, doa berbuka puasa dan amalan- amalan  sunnah ketika berpuasa. Murid prasekolah juga melibatkan diri dalam Pertandingan Mewarna bersempena Program Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan.

            Alhamdulillah. Program Sinergi Mega pada hari keempat telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Guru-guru dan murid-murid telah memberikan kerjasama  yang baik dalam menjayakan Program Sinergi Mega.







Disediakan oleh : Saliza Bt Mohd Osman.