... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, August 18, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-20 (Sesi Pagi)

Tarikh : 14 - 18 Ogos 2023

Kumpulan Bertugas : Kumpulan B

Guru Bertugas :

1. Puan Jamilah bt Mohd Yusof

2. Cik Nurul Nadirah bt Kamaruzzaman

3. Puan Musaliha bt Mustafa

4. Puan Safinatunajakh bt Mat Som

5. Puan Rafidah bt Salleh

6. Cik Roslinda bt Mansor

7. Puan Wan Rosmawati bt Wan Ibrahim

8. Puan Rosmawati bt Desa

9. Encik Ahmad Zubair bt Haji Muhammad Taib

10. Encik Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin

11. En Wan Faizol bin Wan Mat


Aktiviti sepanjang minggu :

Kehadiran murid pada waktu pagi

Kursus Kepimpinan Muda yang diadakan pada hari Selasa (15 Ogos 2023)


Perjumpaan Kokurikulum Unit Beruniform pada hari Rabu (16 Ogos 2023)


Program Kitar Semula bersama Syarikat Nestle pada hari khamis (17 Ogos 2023)

Situasi murid waktu pulang


Rangkuman cerita sepanjang minggu di sesi pagi :



Disediakan oleh : 
Safinatunajakh bt Mat Som

Tuesday, August 15, 2023

Kursus Pemimpin Muda (Sesi Pagi dan Petang)

Pada 15 Ogos 2023 iaitu hari Selasa, telah diadakan Kursus Pemimpin Muda untuk semua Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas yang merupakan barisan pemimpin yang bertugas membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid semasa ketiadaan guru khususnya. 

Unit ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilih sebagai Pengawas, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas. Sebagai pemimpin murid-murid adalah wajar barisan kepimpinan ini menunjukkan bakat kepimpinan mereka dan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.

Justeru itu, kursus pemimpin muda ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin muda yang mepunyai karisma dan kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian, ketrampilan barisan pemimpin muda ini, mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid yang perlu dibentuk melalui acuan guru-guru.

Objektif program ini bertujuan untuk :

1. Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab

2. Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.

3. Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.

4. Membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin yang disegani.

5. Semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang dipilih ini diharap dapat dipertingkatkan supaya mereka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.


                     Link pautan : https://online.anyflip.com/ozibu/ucvd/mobile/index.html

Hasil karya : Puan Syahirah binti Tumar



           
Pengacara majlis : Puan Norazian binti Mat Anuar
Pembaca Doa : Muhammad Nujaid Hadif bin Hazlee


Peceramah sesi pagi : Encik Muhammad Affandie bin Yahaya


Peceramah sesi petang : Encik Abu Zarin bin Harun







Disediakan oleh :

Mas Ayu binti Arifin

Friday, August 11, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-19 (Sesi Pagi)











Laporan Bertugas Minggu Ke-19 (Sesi Petang)

Tarikh : 07 - 11 Ogos 2023

Hari    : Isnin - Jumaat

Kumpulan Bertugas : Kumpulan A

Senarai Guru Bertugas Kumpulan A

1. Nor Amirul Fitri bin Othman (K)

2. Rozimah binti Yaakob

3. Azizah binti Ab Hamid

4. Nora Azean binti Che Othman

5. Norazmira binti Kadirun

6. Nor Rafini binti Othman

7. Norhana binti Nordin

8. Sami binti Adnan

9. Rosmanini binti Rahim

10. Farhana binti Muhamad Fuzi

Laporan Perhimpunan Rasmi

Tema Warna Pakaian : Ungu 

Pengacara Majlis : Ustazah Nor Rafini

Masa : 1.00 hingga 1.30 petang

Aturcara :

1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah


2. Bacaan doa yang diketuai oleh pengawas bertugas iaitu adik Muhammad Iyadh Qayyim bin Mohd Izzham (3 Tempua)


3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Ustazah Nor Rafini

4. Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh adik Ahmad Aryan Zakwan bin Sarifuddin (3 Tempua)


5. Laporan guru bertugas minggu lepas telah disampaikan oleh cikgu Ahmad Junaidi. Antara perkara yang dilaporkan ialah :

*Murid-murid diingatkan untuk menghormati lagu Negaraku. Murid-murid perlu berhenti dan berdiri tegak ketika mendengar lagu tersebut.

*Murid-murid juga diingatkan untuk mengamalkan sikap tolak ansur terutama sewaktu turun tangga. Tidak dibenarkan bertolak-tolak terutama pada waktu balik bagi mengelakkan murid daripada terjatuh.


6. Ucapan Ustazah Nor Rafini selaku pengacara majlis perhimpunan 

Tema Ucapan : Pemikiran positif 

Perkataan LAWAD : 1. Perkataan Bahasa Melayu : Erat bermaksud hubungan yang rapat

                                   2. Perkataan Bahasa Inggeris : Roof bermaksud bumbung

                                   3. Perkataan Bahasa Arab : Farohun bermaksud gembira

7. Ucapan Guru Disiplin (Cikgu Aizil Hasyimi)

*Kekemasan Rambut 

- Murid perempuan yang tidak memakai tudung perlu ikat rambut satu sahaja. Getah yang digunakan untuk mengikat rambut hanya satu warna sahaja.

- Murid lelaki tidak dibenarkan memotong rambut mengikut trend. Rambut perlu dipotong pendek sahaja tanpa sebarang fesyen. Bagi mengetahui samada rambut tersebut panjang, bila ia mencecah telinga dan di bahagian hadapan bila ditarik mencecah hidung.

8. Sesi penyampaian hadiah Program 3S bagi bulan julai telah diumumkan oleh cikgu Nik Rosmaliza dan hadiah kepada murid contoh 3S disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, cikgu Naga.


 Cerita Yang Berlaku di Sesi Petang Sepanjang Minggu Ini

Murid-murid mengalunkan zikir ketika berada di Dewan Perdana sementara menunggu untuk masuk ke kelas

 

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada hari Selasa



Antara situasi murid waktu rehat di kantin

Situasi murid waktu balik di tangga

Persiapan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) pada hari jumaat

Tuesday, August 8, 2023

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

Pada 8 Ogos 2023 iaitu hari Selasa, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun 2023.  Program ini merupakan agenda utama setiap tahun untuk warga SKTPP. Murid-murid dan seluruh warga sekolah diharap dapat merasai pengalaman menyambut hari kemerdekaan melalui aktiviti sambutan yang diadakan di peringkat sekolah. Aktiviti ini juga diadakan bagi memupuk  semangat cintakan negara dan berasa bangga menjadi rakyat Malaysia dalam kalangan warga SKTPP.

Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Sambutan Bulan Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2023 adalah bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.

Objektif program ini adalah :

1.  Menyemai semangat cinta akan negara

2. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara

3. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama

4.Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme

  Mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara

Poster Majlis Pelancaran Sambutan Bulan dan Hari Malaysia telah dihasilkan oleh Encik Mohd Rusydan bin Ismail..


Buku Program Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pula adalah hasil tangan Puan Nur Zakiah..

Klik sini untuk paparan lengkap buku program
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia

Saksikan bingkisan gambar-gambar semasa perjalanan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang telah berlangsung di dataran perhimpunan dan di dewan perdana.

Majlis ini telah dikendalikan oleh Puan Nurliza dan Cik Roslinda (sesi pagi) serta Puan Nik Rosmaliza dan Encik Nor Azuad (sesi petang) selaku pengerusi majlis dan diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Syed Farhan Hanafi dan Encik Saifullah dengan harapan agar program berjalan dengan baik dan lancar serta dipermudahkan segala urusan.


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana iaitu Tn. Haji Megat Md Salleh bin Md Arshad. Beliau selaku wakil ibu bapa mengucapkan rasa kesyukuran kerana kita dapat menyambut bulan kemerdekaan dalam suasana yang aman dan harmoni di peringkat sekolah. 

Tidaklah lengkap sesuatu program sekiranya tiada ucapan pelancaran daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana iaitu Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali. Menerusi ucapan pelancarannya, Puan Hajah Rohaidah mengucapkan rasa kesyukuran atas usaha pihak sekolah dalam menganjurkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia. Kerjasama daripada semua warga sekolah terutama panitia-panitia yang terlibat sebagai jawatankuasa pelaksana penganjuran program ini diharapkan akan menjadi satu wadah perjuangan dalam usaha menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara selain memperkasa jati diri kita.

Majlis seterusnya diikuti dengan upacara gimik Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah pada tahun ini. Gimik pelancaran ini telah dihasilkan oleh Encik Zairudin, Puan Norhayati, Encik Abdul Hafiz dan Encik Aizil dengan kerjasama guru-guru serta warga SKTPP.

Menyusul selepas gimik pelancaran majlis ialah nyanyian lagu tema Hari Kebangsaan 2023 yang berjudul "Tekad Perpaduan Penuhi Harapan". Semua warga sekolah dijemput untuk sama-sama mengibarkan jalur gemilang dan menyanyikan lagu tema ini dengan penuh bersemangat.


Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru yang telah berpakaian mengikut tema terbaik

Guru-guru yang dipilih di sesi pagi

Guru-guru yang dipilih di sesi petang

Seterusnya ialah hebahan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh berlangsungnya Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah. 

Aktiviti yang akan dilaksanakan di bawah seliaan panitia yang terlibat

Semua murid dan warga sekolah diharapkan dapat memberi sokongan dengan melibatkan diri dan menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan.  Secara tidak langsung, program ini akan berjaya menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.

Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid

Ahli Jawatankuasa
Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan
SK Taman Putra Perdana