... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, October 27, 2023

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-29 (Sesi Petang)

Hari : Isnin - Jumaat

Tarikh : 23 Oktober 2023 - 27 Oktober 2023


Senarai nama Guru Bertugas :
        1. En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim
        2. En. Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh
        3. Pn. Nor Arzah binti Hussin
        4. Pn. Hastipa binti Mat Daud
        5. Pn. Shurhama binti Ahmad
        6. Pn. Suziana binti Mohd Makhtar
        7. Pn. Suphasara Supranie a/p Airak
        8. Hajjah Zalina binti Ismail
        9. Pn. Nor Azian binti Ahmad
       10. Pn. Maizara binti Mahat

Pengerusi Majlis    :Pn. Nor Arzah binti Hussin
Bacaan doa     : Adik Iyyad Qayyim (3 Tempua)
Bacaan ikrar Rukun Negara dan keselamatan jalan raya : Pn. Nor Arzah binti Hussin
Bacaan ikrar murid : Adik Ahmad Aryan Zaquan (3 Tempua)



1.0 Laporan bertugas minggu lepas telah disampaikan oleh Pn. Wan Mahani binti Wan Hashim. Antara intipati laporan ialah mengenai isu kasut murid. Beliau mengingatkan semua murid agar mengenal pasti dan mengambil tahu kasut masing-masing supaya tidak berlaku kehilangan kasut terutamanya selepas ke surau. Selain itu, murid hendaklah sentiasa menghormati guru dengan menunjukkan adab sopan yang baik seperti diam ketika guru sedang menyampaikan ucapan.

2.0 Tema minggu ini ialah budaya di Malaysia. Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik sama ada dari segi bahasa, tarian dan dialek. Bahasa adalah cara komunikasi yang digunakan dalam pertuturan. Manakala dialek pula merujuk kepada sekelompok manusia yang membuat pengubahsuaian bahasa mengikut budaya tempatan. 
             Sebagai contoh :
                Negeri Sembilan : ekau
                Kelantan             : Demo
               
3.0 LAWAD
        Bahasa Melayu  : Halangan - Gangguan/Rintangan

        Bahasa Inggeris : Devices - Peranti

        Bahasa Arab       :   مكتبة Maktabatun - Perpustakaan 

4.0 Ucapan Guru Disiplin telah disampaikan oleh En. Nor Azuad bin Md Yusof. Beliau menegaskan kepada semua murid tentang pelaksanaan "spotcheck" secara besar- besaran sepanjang minggu ini. Murid lelaki yang berambut panjang dinasihatkan supaya memotong rambut secara kemas manakala murid perempuan yang tidak bertudung dan mewarnakan rambut juga dinasihatkan untuk memotong rambut masing-masing sebelum hari Rabu. Beliau juga menasihati murid supaya tidak bergayut pada tiang gol semasa berada dalam kawasan sekolah. Selain itu, murid yang datang awal ke sekolah turut dinasihatkan supaya tidak bermain sepak botol air khususnya di bawah khemah, dewan dan gelanggang hoki.

5.0 Perhimpunan mingguan ditangguhkan pada jam 1.32 petang dan penyuraian murid secara berperingkat mengikut tahun 1, 2 dan 3.


Berikut pula adalah serba sedikit coretan dan rangkuman perjalanan aktiviti sepanjang minggu ini.

23 Oktober 2023
  • Pertandingan Nyanyian Kategori Murid : "Mencari Bintang Kejora" Tahap 1
25 Oktober 2023
  • Pertandingan Gubahan Bunga Sudut : "Indahnya Puspa Wangi"
26 Oktober 2023
  • Pertandingan Nyanyian Kategori Guru : "Di mana gerangan buluh perindu"
    Alhamdulilah, sambutan yang amat luar biasa telah ditunjukkan oleh murid dan guru-guru SKTPP. Sebelum pertandingan akhir kategori murid, seramai 90 orang murid telah disaring bagi mencari bintang kejora yang berkualti dan mempunyai  vokal yang memukau. Pada Isnin, 23 Oktober 2023, hanya 17 murid terbaik berjaya melayakkan diri ke pentas akhir. Berikut ialah rangkuman pertandingan nyanyian yang telah berlangsung dengan jayanya dengan diadili oleh juri professional yang diketuai oleh Pn. Nur Malisha binti Omar. Berikut ialah rangkuman bergambar sepanjang pertandingan ini.





        
   Pada 25 Oktober 2023, satu lagi pertandingan Gubahan Bunga Sudut  "Indahnya Puspa Wangi" telah dipertandingkan bagi kategori guru. Seramai tiga orang guru menyertai pertandingan ini. Memang tidak dapat disangkal lagi, ramai guru yang berbakat dalam menggubah bunga Sudut ini. Bunga Sudut yang dihasilkan sangat menarik dan begitu memukau mata setiap yang memandang. Juri yang dilantik telah menjalankan tugas membuat penilaian untuk memilih peserta terbaik. Berikut ialah rangkuman bergambar sepanjang pertandingan ini. 




       Tidak cukup dengan itu, pertandingan nyanyian kategori guru turut dipertandingkan yang dilaksanakan di dewan sekolah. Pertandingan berlangsung sengit di mana seramai 12 penyertaan telah diterima sebelum hari kejadian. Sebelum menunggu debaran yang kian terasa, para peserta dibenarkan menjalankan latihan selama dua hari bagi memantapkan vokal dan persembahan masing-masing. Tanggal 26 Oktober 2023, bermulalah pencarian sebenar untuk pencarian juara pertandingan nyanyian kategori guru. Kesemua guru menyampaikan lagu dengan penuh semangat dan menjiwai lagu sehingga menyukarkan para juri memilih pemenang. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Berikut ialah rangkuman bergambar sepanjang pertandingan ini.






6.0 Penutup :
    
    Terima kasih kepada semua guru bertugas kumpulan E kerana sangat komited dalam melaksanakan tugas sepanjang minggu ini. Disiplin murid sangat terkawal dan murid sangat seronok untuk hadir ke sekolah. Semoga segala aktiviti yang dijalankan memberi manfaat kepada warga SKTPP khususnya murid-murid SKTPP dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang dalam segala bidang.



Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh.

Laporan Bulan Pusat Sumber (Minggu Ke-4)

Tarikh pelaksanaan:    23 Oktober - 27 Oktober 2023

1. Sesi persekolahan:    Sesi Pagi

Bulan Pusat Sumber Sekolah diteruskan lagi dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti yang telah dirancang untuk minggu ke-4. 

Pada hari Isnin (23 Oktober 2023), telah dijalankan Pertandingan Sudut NILAM Kelas: 'Teratak Ilmu'. Tempoh tiga hari diberikan untuk menyediakan sudut NILAM kelas iaitu pada 18, 19 dan 20 Oktober 2023. Penjurian adalah pada hari Isnin, 23 Oktober 2023. Pemenang: tiga kelas terbaik sesi pagi dan tiga kelas terbaik sesi petang. Penjurian hanya akan dilakukan pada sesi pagi sahaja.

Poster pertandingan 


Seterusnya, pada 23 dan 24 Oktober 2023 telah dijalankan Pertandingan Nyanyian: 'Mencari Bintang Kejora' Terbuka Tahap 1 dan 2. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pentadbir yang memberi sokongan dan ruang kepada Pusat Sumber untuk menganjurkan pertandingan ini. 
Terima kasih juga diucapkan kepada Panitia Muzik yang telah bertungkus-lumus tanpa jemu mengelola aktiviti ini sampai ke akhirnya, juri yang sangat hebat dan ceria serta guru-guru yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan program bagi mencungkil bakat terpendam anak-anak SKTPP. Jika ada ruang dan peluang, aktiviti ini akan teruskan lagi pada tahun hadapan.

Poster pertandingan



Mengisi aktiviti Bulan Pusat Sumber, Pertandingan Terbuka Kategori Guru dan Staf, Gubahan Bunga Sudut: 'Indahnya Puspa Wangi' telah dijalankan.

Perkara: Pertandingan Gubahan Bunga Sudut 
Tarikh: 25 Oktober 2023 (Rabu)
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Bilik RBT
Kendalian: Puan Rosmawati dan Puan Jamunarani

Poster pertandingan

Peserta-peserta

GPM bersama AJK aktiviti ini
Guru Besar SKTTP dan Penolong-Penolong Kanan







Hasil Gubahan Bunga Sudut: 'Indahnya Puspa Wangi"

Meneruskan kelangsungan Bulan Pusat Sumber, Pertandingan Nyanyian Kategori Guru dan Staf dijalankan pada 26 Oktober 2023 (Khamis) di Bilik Muzik SK Taman Putra Perdana. 

Pertandingan Nyanyian Terbuka Kategori Guru & Staf: 'Di Mana Gerangan Buluh Perindu?'

Tarikh: 26 Oktober 2023 
Hari: Khamis
Tempat: Bilik Muzik
Masa: 8.30 pagi 
            
Semoga acara ini dapat mengembangkan lagi bakat nyanyian guru-guru yang menyertai pertandingan ini.

Poster pertandingan

Pengacara majlis: Puan Syahirah binti Tumar







Momen-momen indah dan ceria pada hari tersebut

2. Sesi persekolahan:    Sesi Petang

Pertandingan Nyanyian Terbuka Murid Tahap 1 : 'Mencari Bintang Kejora'

Pertandingan ini telah diadakan pada hari Isnin, 23 Oktober 2023.  Seramai 20 orang finalis berentap untuk bergelar "Bintang Kejora".  Mari kita saksikan gambar-gambar kenangan sewaktu pertandingan berlangsung.

Peserta nyanyian menerima nombor giliran masing-masing.
                        

Para peserta mendengar taklimat sebelum pertandingan bermula                  
Juri 'Mencari Bintang Kejora', Cikgu Nur Malisha dan Cikgu Salina.

Pengacara majlis yang manis lagi comel, Cikgu Nik Rosmaliza.


Para peserta 'Mencari Bintang Kejora' berentap untuk bergelar juara.

Pertandingan Gubahan Bunga Sudut - Kategori Guru Perempuan & Staf : 'Indahnya Puspa Wangi'

Tanggal 25 Oktober 2023 bersamaan hari Rabu, bertempat di Ujana Ilmu satu pertandingan gubahan bunga sudut telah diadakan.  Seramai tiga orang peserta (guru perempuan) iaitu Ustazah Nor Rafini bt Othman, Ustazah Ummu A'thiah bt Hashim dan Ustazah Nor Saadah bt Abd Halim menyertai pertandingan ini.  Mari kita saksikan gambar-gambar sewaktu pertandingan ini berlangsung.


Poster 'Indahnya Puspa Wangi'

3 orang peserta menunjukkan bakat masing-masing.

Juri 1: Cik Rahana bt Ismail sedang meneliti setiap gubahan yang tersedia.

Juri 2: Ustazah Nor Azian bt Ahmad sedang menilai setiap gubahan bunga.

Semua peserta bersama gubahan masing-masing.


Pertandingan Nyanyian Kategori Guru & Staf : 'Mencari Buluh Perindu'

Hari Khamis bersamaan 26 Oktober 2023, pertandingan nyanyian kategori guru dan staf telah diadakan di Dewan Perdana pada jam 2.00 petang.  Seramai 12 orang guru telah menyahut cabaran dan melontarkan suara emas masing-masing.  Berikut adalah gambar-gambar sewaktu pertandingan berlangsung.


Poster 'Di Mana Gerangan Buluh Perindu?'

Juri 'Di Mana Gerangan Buluh Perindu?'

Pengacara Majlis, Cikgu Nor Arzah bt Husin.

Cikgu Rusmami bin Rusli sibuk mengendalikan 'PA system'.

Senarai peserta yang bertanding.

Tajuk lagu yang didendangkan oleh peserta.

Siapakah di antara pemenang yang berjaya memikat hati juri-juri pada hari ini?  Sama-sama kita nantikan keputusannya minggu hadapan...


Laporan blog disediakan oleh:

Faridatul-Akmal binti Ismail dan Maizara binti Mahat
AJK Posting Blog
Bulan Pusat Sumber SKTPP Tahun 2023