Friday, October 27, 2023

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-29 (Sesi Petang)

Hari : Isnin - Jumaat

Tarikh : 23 Oktober 2023 - 27 Oktober 2023


Senarai nama Guru Bertugas :
        1. En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim
        2. En. Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh
        3. Pn. Nor Arzah binti Hussin
        4. Pn. Hastipa binti Mat Daud
        5. Pn. Shurhama binti Ahmad
        6. Pn. Suziana binti Mohd Makhtar
        7. Pn. Suphasara Supranie a/p Airak
        8. Hajjah Zalina binti Ismail
        9. Pn. Nor Azian binti Ahmad
       10. Pn. Maizara binti Mahat

Pengerusi Majlis    :Pn. Nor Arzah binti Hussin
Bacaan doa     : Adik Iyyad Qayyim (3 Tempua)
Bacaan ikrar Rukun Negara dan keselamatan jalan raya : Pn. Nor Arzah binti Hussin
Bacaan ikrar murid : Adik Ahmad Aryan Zaquan (3 Tempua)



1.0 Laporan bertugas minggu lepas telah disampaikan oleh Pn. Wan Mahani binti Wan Hashim. Antara intipati laporan ialah mengenai isu kasut murid. Beliau mengingatkan semua murid agar mengenal pasti dan mengambil tahu kasut masing-masing supaya tidak berlaku kehilangan kasut terutamanya selepas ke surau. Selain itu, murid hendaklah sentiasa menghormati guru dengan menunjukkan adab sopan yang baik seperti diam ketika guru sedang menyampaikan ucapan.

2.0 Tema minggu ini ialah budaya di Malaysia. Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik sama ada dari segi bahasa, tarian dan dialek. Bahasa adalah cara komunikasi yang digunakan dalam pertuturan. Manakala dialek pula merujuk kepada sekelompok manusia yang membuat pengubahsuaian bahasa mengikut budaya tempatan. 
             Sebagai contoh :
                Negeri Sembilan : ekau
                Kelantan             : Demo
               
3.0 LAWAD
        Bahasa Melayu  : Halangan - Gangguan/Rintangan

        Bahasa Inggeris : Devices - Peranti

        Bahasa Arab       :   مكتبة Maktabatun - Perpustakaan 

4.0 Ucapan Guru Disiplin telah disampaikan oleh En. Nor Azuad bin Md Yusof. Beliau menegaskan kepada semua murid tentang pelaksanaan "spotcheck" secara besar- besaran sepanjang minggu ini. Murid lelaki yang berambut panjang dinasihatkan supaya memotong rambut secara kemas manakala murid perempuan yang tidak bertudung dan mewarnakan rambut juga dinasihatkan untuk memotong rambut masing-masing sebelum hari Rabu. Beliau juga menasihati murid supaya tidak bergayut pada tiang gol semasa berada dalam kawasan sekolah. Selain itu, murid yang datang awal ke sekolah turut dinasihatkan supaya tidak bermain sepak botol air khususnya di bawah khemah, dewan dan gelanggang hoki.

5.0 Perhimpunan mingguan ditangguhkan pada jam 1.32 petang dan penyuraian murid secara berperingkat mengikut tahun 1, 2 dan 3.


Berikut pula adalah serba sedikit coretan dan rangkuman perjalanan aktiviti sepanjang minggu ini.

23 Oktober 2023
  • Pertandingan Nyanyian Kategori Murid : "Mencari Bintang Kejora" Tahap 1
25 Oktober 2023
  • Pertandingan Gubahan Bunga Sudut : "Indahnya Puspa Wangi"
26 Oktober 2023
  • Pertandingan Nyanyian Kategori Guru : "Di mana gerangan buluh perindu"
    Alhamdulilah, sambutan yang amat luar biasa telah ditunjukkan oleh murid dan guru-guru SKTPP. Sebelum pertandingan akhir kategori murid, seramai 90 orang murid telah disaring bagi mencari bintang kejora yang berkualti dan mempunyai  vokal yang memukau. Pada Isnin, 23 Oktober 2023, hanya 17 murid terbaik berjaya melayakkan diri ke pentas akhir. Berikut ialah rangkuman pertandingan nyanyian yang telah berlangsung dengan jayanya dengan diadili oleh juri professional yang diketuai oleh Pn. Nur Malisha binti Omar. Berikut ialah rangkuman bergambar sepanjang pertandingan ini.





        
   Pada 25 Oktober 2023, satu lagi pertandingan Gubahan Bunga Sudut  "Indahnya Puspa Wangi" telah dipertandingkan bagi kategori guru. Seramai tiga orang guru menyertai pertandingan ini. Memang tidak dapat disangkal lagi, ramai guru yang berbakat dalam menggubah bunga Sudut ini. Bunga Sudut yang dihasilkan sangat menarik dan begitu memukau mata setiap yang memandang. Juri yang dilantik telah menjalankan tugas membuat penilaian untuk memilih peserta terbaik. Berikut ialah rangkuman bergambar sepanjang pertandingan ini. 




       Tidak cukup dengan itu, pertandingan nyanyian kategori guru turut dipertandingkan yang dilaksanakan di dewan sekolah. Pertandingan berlangsung sengit di mana seramai 12 penyertaan telah diterima sebelum hari kejadian. Sebelum menunggu debaran yang kian terasa, para peserta dibenarkan menjalankan latihan selama dua hari bagi memantapkan vokal dan persembahan masing-masing. Tanggal 26 Oktober 2023, bermulalah pencarian sebenar untuk pencarian juara pertandingan nyanyian kategori guru. Kesemua guru menyampaikan lagu dengan penuh semangat dan menjiwai lagu sehingga menyukarkan para juri memilih pemenang. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Berikut ialah rangkuman bergambar sepanjang pertandingan ini.






6.0 Penutup :
    
    Terima kasih kepada semua guru bertugas kumpulan E kerana sangat komited dalam melaksanakan tugas sepanjang minggu ini. Disiplin murid sangat terkawal dan murid sangat seronok untuk hadir ke sekolah. Semoga segala aktiviti yang dijalankan memberi manfaat kepada warga SKTPP khususnya murid-murid SKTPP dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang dalam segala bidang.



Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh.

No comments:

Post a Comment