... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, August 19, 2024

MINGGU EKSPLORASI STEM SKTPP 2024

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Apa khabar semua warga SKTPP? Moga sihat-sihat belaka semuanya. Pada bulan lepas, SKTPP telah mengadakan Minggu Eksplorasi STEM 2024 peringkat sekolah pada 22  hingga 31 Julai 2024. Ok jom kita layan mata kita melihat gambar - gambar murid-murid sesi pagi dan sesi petang sepanjang program ini berlangsung. Ayuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!


Sesi Pagi





Koleksi gambar daripada murid sesi pagi sepanjang program ini berlangsung.


Sesi Petang




Sesi penyampaian hadiah sebahagian murid sesi petang yang telah disempurnakan oleh Penyelia Petang SKTPP, Puan Rohaya binti Rosdi


Semoga semua murid SKTPP mendapat manafaat daripada program ini. Dalam masa yang sama, dapat meningkatkan rasa minat murid - murid dalam bidang STEM. In sha Allah aamiin. 🙏😊



    "Jadikanlah belajar sebagai hal yang menyenangkan, bukan beban."


Hari Bicara Akademik SKTPP Tahun 2024

 


Sunday, August 18, 2024

Slot 2 Minit Bersama Duta Sahsiah Anda

Kempen Hentikan Buli dan Gangguan Seksual dijalankan mengikut perancangan. Bermula Ogos, Duta Sahsiah telah memulakan penyampaian slot 2 minit mereka selepas waktu rehat.

Alhamdulillah, penyampaian slot 2 minit mendapat perhatian rakan-rakan yang lain dan semoga apa yang disampaikan akan memberi impak kepada tingkah laku murid-murid SKTPP. 

Slot 2 Minit bersama Khairul Izzat Fahmi bin Khairul Anwar (6 Unix)

Slot 2 Minit bersama Rumaysa binti Mohd Rizal (5 Zircon)

Slot 2 Minit bersama Azwa Safrina binti Mohd Safuan (4 Tempua)

Lagi.....video info 2 minit bersama duta sahsiah di blog Bimbingan & Kaunseling

Thursday, August 15, 2024

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE 21 - SESI PAGI

  

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE 21
12 OGOS 2024 HINGGA 16 OGOS 2024

Tarikh: 12 Ogos 2024 - Isnin

Masa: 7:30 pagi - 8:00 pagi

Tempat: Dewan Perdana

Tema /Warna: Unit Beruniform

 

1. Juruacara: Ahmad Ammar bin Mohd Jailani (6 Windows)

2. Konduktor 3 Buah Lagu: Adeeb Mirza bin Mazlan (6 Unix)

3. Pembaca Doa: Nik Ahmad Aqeel Baihaqi bin Nik Abas (6 Oracle)

4. Pembaca Ikrar Rukun Negara: Muhammad Haziq bin Mohd Amir 6 W

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-20 : Puan Nor-Azura binti Mustafa

6. Ucapan Guru Bertugas Minggu Semasa: Puan Nor Arzah binti Hussin

7. Tema Mingguan :   Jimat Cermat

8. L.A.W.A.D: 

* BM: hadam - cerna / hancur 

* BI: adjust - laraskan

* BA: مُبَارَة (mubaarotun) - pertandingan

9. Lain-Lain Pengumuman:

* Keputusan Keceriaan Kelas Minggu Ke-20

* Penyampaian Hadiah : 

1. Pandu Puteri Tunas-Topaz 2 (Puan Siti Rabiah binti Mohammad)

2. TKRS - kenaikan pangkat koperal (Cik Nanthini a/p Nadason)

3. Kriket-MSSD, MSSS (Ustaz Muhammad Khairul Afiq bin Jamili)

4. Penyampaian Sijil Pertandingan-Poetry Recitation (Puan Nur Murni binti Abdullah)

5. Olahraga (Pn Nik Rosmaliza binti Nik Hussain)

* Majlis Peluncuran Pembugaran SSDM

10. Ucapan Pentadbir:

       Puan Jumilah binti Ahmad - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
      

Berikut adalah laporan dan gambar-gambar aktiviti sepanjang minggu ini.

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh :Puan Nor Azura binti Mustafa

Murid dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari budaya membuli rakan sebaya dan memuukul mangsa buli walaupon dianggap sebagai gurauan.Murid juga dikehendaki menggunakan pintu pagar B bagi yang menaiki kenderaan.


LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE 20 OLEH CIKGU NOR AZURA


Monday, August 12, 2024

Majlis Peluncuran Pembugaran Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)



Hari ini berlangsungnya Majlis Peluncuran Pembugaran Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) sesi pagi dan petang bertempat di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana dan telah dirasmikan oleh Encik Mohd Izzuddin bin Yoop (Guru Besar). 

Taklimat ringkas berkaitan SSDM telah disampaikan oleh Tuan Haji Tarmiji bin Sabali (Guru Disiplin sesi pagi) dan Encik Mohd Roswandy bin W.Ibrahim (Guru Disiplin sesi petang). Dalam penyampaian taklimat itu, Guru Disiplin memaklumkan tentang Amalan Baik dan Salah Laku yang akan direkod oleh guru-guru. Beliau juga mengingatkan agar murid-murid sentiasa mengamalkan sifat-sifat positif bagi membolehkan guru-guru merekod amalan baik ini. 

Konsep amalan baik merupakan makanisme yang diperkenalkan dalam sistem ini untuk membudayakan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sebagai proses pembagunan sahsiah diri. Murid dipupuk mengamalkan nilai-nilai murni sebagai amalan harian mereka supaya sebati dalam diri dan menjadi amalan walaupun selepas alam persekolahan. Semoga dengan pembugaran ini mampu melonjakkan amalan baik sehingga tahap terpuji.

Momen-momen semasa majlis Peluncuran Pembugaran SSDM sesi pagi & petang

Murid-murid sesi pagi bersedia untuk bersama-sama dalam majlis peluncuran pagi ini

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh
pengerusi majlis Pn Nor Arzah binti Hussin


Gimik Peluncuran Pembugaran SSDM disempurnakan oleh Guru Besar dengan diiringi oleh 
barisan pentadbir





Ucapan perasmian oleh Encik Mohd Izzuddin bin Yoop (Guru Besar)

Taklimat SSDM oleh Tuan Haji Tarmiji bin Sabali (Guru Disiplin Sesi Pagi)


Rangkuman momen sepanjang majlis peluncuran sesi pagi





Disediakan oleh,
Arzah Hussin
Rozimah Yaakob

Saturday, August 10, 2024

 

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Sempena Program Sekolah Pengajar 2024


Pada tarikh 10 Ogos 2024 bersamaan pada hari Sabtu, Unit Kurikulum sekolah telah menganjurkan latihan dalam perkhidmatan (LADAP) bertempat di Dewan al Marbawi, IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Turut terlibat dalam LADAP tersebut ialah Guru Besar, tenaga pengajar & AKP SK Sungai Melut (A). 

    Pada hari tersebut juga disediakan 2 slot kepada peserta. Slot 1: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang disampaikan oleh Encik Kamarul Bahrin bin Maafus. Beliau merupakan pegawai Eksekutif Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Slot 2 pula: Pemantapan Pedagogi - Pengajaran Terbeza yang disampaikan oleh Ybhg. Datin Miziana@ Suhana binti Saboo. Beliau merupakan Pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik, Kampus pendidikan Islam, Bangi. 

Berikut gambar-gambar sepanjang program berlangsung;

Urusetia Pendaftaran bersedia menjalankan tugas
                             
Ceria dan bersemangat semua peserta yang hadir


Peserta mendaftar kehadiran 

Guru Besar bersama Encik kamarul Bahrin dan Guru Besar SK Sungai Melut 

Puan Roseniza selaku pengacara majlis 

Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zubair 

Ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar SKTPP

Encik Kamarul Bahrin menyampaikan ceramah Peraturan-peraturan Pengawai Awam 




Penyampaian cenderamata dan sijil kepada Encik Kamarul Bahrin

Sesi bergambar bersama Encik Kamarul Bahrin dan para peserta 

Slot pertama berakhir pada jam 10.00 pagi dan para peserta serta jemputan berhenti rehat selama 30 minit untuk sarapan. 

Puan Zailezah dan Puan Azlina selaku AJK jamuan 

Jemputan dan peserta sedang menjamu selera

Para peserta sedang menjamu selera

    Selepas rehat, bermula slot kedua pada pukul 10.30 pagi. Slot kedua ini disampaikan oleh Ybhg. Datin Miziana@ Suhana binti Saboo. Beliau menyampaikan ceramah berkaitan Pemantapan Pedagogi - Pengajaran Terbeza. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut subjek yang diajar.

Ybhg. Datin Miziana@ Suhana binti Saboo menyampaikan ceramah bagi slot kedua


Peserta dalam kumpulan mengikut panitia dan matapelajaran

Peserta dalam kumpulan mengikut panitia dan matapelajaran

Peserta menerima hadiah daripada penceramah kerana berjaya menjawab soalan

Peserta membentangkan rph yang menggunakan modul Pengajaran Terbeza

Penceramah bersama Tuan Guru Besar

Penyampaian cenderamata dan sijil kepada Ybhg. Datin Miziana

Sesi bergambar bersama Ybhg. Datin Miziana dan para peserta

Bergambar bersama GB, guru & AKP SK Sungai Melut (A). 

    Selesai sesi bergambar bersama penceramah dan para peserta maka berakhirlah program pada hari ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan penceramah kerana sudi bersama-sama menjayakan program kali ini. Adalah diharapkan agar modul dari kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta bagi membangunkan profesionalisme diri masing-masing dalam membentuk persekitaran pekerjaan dan pembelajaran yang lebih baik.


           Disediakan Oleh;

           Puan Nor Saadah Binti Ab Halim
           Puan jamunarani a/p Bhoja Rajan
           (AJK Posting Blog)

             


    

Friday, August 9, 2024

Laporan Bertugas Minggu ke - 20 (Sesi Pagi)

Tarikh : 5 hingga 9 Ogos 2024

Hari    : Isnin hingga Jumaat

Senarai Nama Guru Bertugas :


Kumpulan B

1. Junaidah binti Rus (K)

2. Norli binti Hassan (P)

3. Norsiah binti Mohd Nor

4. Nanthini a/p Nadason

5. Nurhayati binti Mohamed Nor

6. Norlida binti Othman

7. Azlina binti Yahya

8. Ahmad Syahir bin Tohit

9. Tarmiji bin Sabali

10. Nor Azura binti Mustafa

11. Roseniza binti Setapa

12. Norinna binti Mohamed



Juruacara : Izzah Wafirah binti Mohd Nafis Nasiruddin (6 Solaris)

Konduktor 3 Buah Lagu : Naurah Safiyyah binti Muhammad Nasir (6 Unix)

Pembaca Doa : Mohammad Danish Farhan bin Mohammad Ibrahim Miah (5 Zircon)

Pembaca Ikrar Rukun Negara: Zara Nur Iman binti Zainal Adnan (6 Solaris)

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke - 19 : Puan Norliza binti Ali @ Yasim

Ucapan Guru Bertugas Minggu Semasa: Puan Nor-Azura binti Mustafa

Tema Mingguan :   Amanah

L.A.W.A.D: 

* BM : condong - senget ke sebelah

* BI  : adhere - mematuhi

*BA :  كرة الشبكة (kuratus syabakah) - bola jaring


Majlis Peluncuran Bulan Kemerdekaan 2024


Ucapan Pentadbir

Puan Azizah binti Moklas (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)