TARIKH : 29 MEI 2012 (SELASA)
MASA : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
MATAPELAJARAN : SAINS DAN BAHASA INGGERIS
SASARAN : SEMUA MURID TAHUN ENAM
Program Teknik Menjawab UPSR (Fasa 2) merupakan salah satu usaha daripada pihak sekolah bagi meningkatkan kemahiran calon-calon UPSR dari segi teknik menjawab soalan. Pendedahan tentang teknik menjawab soalan daripada guru-guru yang berpengalaman dalam penandaan kertas soalan UPSR ini diharapkan dapat membantu calon-calon dalam menulis dan memilih jawapan yang tepat selari dengan skema pemarkahan di samping mengurangkan kebarangkalian melakukan kesilapan.
SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan kepada 200 orang calon UPSR yang hadir. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana yang menjayakan program ini.
Sesi pendaftaran dijalankan
Murid bersedia untuk mendengar ceramah Teknik Menjawab
Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan (Pusat Sumber dan Dewan Perdana)
Aktiviti permulaan daripada En Nazri bin Samsudin
En Mohd Zaki bin Mohd Mukhtar penceramah Sains yang berpengalaman daripada SK Bandar Baru Bangi.
Guru-guru hadir memberi sokongan kepada calon UPSR, 2012
Calon tekun mendengar ceramah Teknik Menjawab Bahasa Inggeris daripada En Nazri bin Samsudin daripada SK Sg Lang
Calon-calon 5A
No comments:
Post a Comment