... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, June 11, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE 21 (SESI PAGI)

Hari : Isnin
Tarikh : 11 Jun 2012
Masa : 7.30 - 8.00 pagi

Guru Bertugas :
1. Pn. Nor-Azura binti Mustafa
2. Pn. Zainur Jimah binti Abdullah
3. Pn. Saadiah binti Busrah
4. Pn. Norsiah binti Mohd Noor
5. Pn. Nik Kamisah binti Mohd Aziz
6. Pn. Nor Hamizah binti Hamzah
7. En. Hazim bin Harun
8. En. Pazli bin Zawawi

Laporan/Ulasan:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
    a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
    b) Bacaan doa oleh Kamal Aizam (6 Xenix)
    c) Bacaan Ikrar Rukunegara (Pn. Nor-Azura Binti Mustafa) dan Ikrar Murid (Atiqah An-Nur Binti Zainuddin).

2. Laporan/Ulasan guru bertugas minggu ke-20 (Pn. Maimunah binti Yob) 
    a) Murid-murid diminta agar membaca buku di dataran perhimpunan pada setiap pagi sementara menunggu loceng berbunyi.
    b) Beratur apabila loceng berbunyi selepas waktu rehat bukan berlari-lari.
    c) Beliau juga menasihati agar murid-murid tahun 6 bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan yang hampir tiba.

3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kecerian Kelas
    Kelas PPKI - Yakin
    Tahun 4 - 4 Meranti
    Tahun 5 - 5 Kelicap
    Tahun 6 - 6 Windows

4. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini (Pn. Nor-Azura Binti Mustafa)
    a) Memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini.
    b) Tema minggu ini : Berakhlak mulia di sekolah.
        - Budi bahasa dan nilai-nilai murni amat dititikbakhri bin eratkan dalam masyarakat Malaysia.
        - Diantara kata-kata puitis yang menggambarkan budaya hidup masyarakat kita ialah:
       
           1) Yang kurik itu Kendi,
               Yang merah itu saga,
               Yang baik itu budi,
               Yang indah itu bahasa.

           2) Tegak rumah kerana sendi,
               Runtuh sendi rumah binasa,
               Sendi bangsa ialah  budi,
               Runtuh budi runtuhlah bangsa.

        - Semua murid diminta agar menghayati budi bahasa dan akhlak mulia kerana kehebatan bangsa tidak hanya dinilai dengan kemajuan material tetapi juga budi bahasanya.
        - Perkataan LAWAD:
           Bahasa Melayu : Cam (Kenalpasti)
           Bahasa Inggeris : Creation (Hasil Ciptaan)
           Bahasa Arab : Ramyuljullah (Lontar peluru)

5. Ucapan Guru Besar
    a) Ucapan terima  kasih kepada semua murid dan guru kerana hadir ke sekolah seperti biasa pada penggal kedua ini.
    b) Meminta murid mengamalkan nilai-nilai murni pada setiap masa untuk kesejahteraan hidup dalam zaman ini.
   c) Memaklumkan pertukaran guru.
       Guru bertukar keluar:
       1. En. Zulkefli bin Daud
       2. Pn. Rozana binti Aziz
       3. En. Nurul Fakhri bin Ali
       4. Pn. Siti Mahfudzah binti Abdullah

       Guru bertukar masuk:
       1. Pn. Yusnita binti Yunus
       2. Pn. Rima binti Maon
       3. En. Srimahathevan a/l Vadivelu

       Guru bertukar sesi (petang ke pagi):
       1. En. Shahrizal bin Ya'am
 
  d) Beliau menasihati semua murid tahun 6 untuk lebih bersedia memandang peperiksaan UPSR semakin   hampir.
  e) Beliau juga mengingatkan bahawa masa itu ibarat emas yang sangat berharga. Manusia akan selalu kerugian jika mengabaikan masa.
  f) Guru boleh memaksa murid untuk berjaya tetapi kejayaan itu bergantung kepada keinginan murid itu sendiri.
   

Disediakan oleh:
Pn. Zainur Jimah binti Abdullah


No comments:

Post a Comment