... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, June 30, 2012

Promosi Lawatan

Program Lawatan Motivasi Tahun 1 & 2


Untuk Makluman Ibu Bapa/Penjaga


Motivasi merupakan penggerak kepada kecemerlangan seseorang murid. Justeru, satu program lawatan bagi murid Tahun 1 & 2 ini dirancang bagi meningkatkan motivasi diri setiap murid terutamanya dalam bidang akademik. Ianya difikirkan mampu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran teras.

Objektif pelaksanaan program adalah seperti berikut:

i.    Memberi motivasi kepada semua murid Tahun 1 & 2 dalam meningkatkan prestasi akademik.
 ii.    Memperkenalkan kepada murid-murid tempat yang mampu memberi motivasi dalam bidang Sains & Teknologi dan kerjaya
iii.    Memberi lebih pengetahuan berkaitan dengan proses pembuatan makanan
iv.   Memupuk sikap berdikari dan memberi pengalaman baru menyertai lawatan bersama     rakan-rakan dan guru. 

Program Motivasi Lawatan ini dicadangkan seperti berikut:

           Tarikh              : 8 September 2012 (Sabtu)
           Masa               : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
           Tempat            : Petrosains, Cruise Tasik Putrajaya, High5 &
                                     Domino’s Kitchen Tour

TENTATIF PROGRAM MOTIVASI LAWATAN TAHUN 1 & 2
     
MASA
AGENDA
7.30 pagi
  • Berkumpul di sekolah/Sarapan pagi
8.00 pagi
  • Bertolak ke tempat lawatan
9.00 pagi
o   Lawatan di kilang roti High5, Shah Alam
10.30 pagi
  • Lawatan di Domino’s Kitchen Tour, Seri Kembangan
12.30 tgh hari
  • Makan tengah hari
2.00 petang
  • Lawatan ke Petrosains, KLCC
3.30 petang
  • Lawatan di Cruise Tasik, Putrajaya
4.30 petang
  • Bertolak pulang/Minum petang
5.00 petang
  • Tiba di SK Taman Putra Perdana

PESERTA MOTIVASI (LAWATAN) TAHUN 1 & 2
  • Seramai 40 orang murid Tahun 1 dan 40 orang murid Tahun 2  yang dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang konsisten antara band 5-6 sepanjang Januari hingga Ogos.
  • Bersama 8 orang guru pengiring
  • Dengan adanya motivasi seperti ini, murid-murid akan berlumba-lumba dalam mendapatkan tempat untuk program yang diadakan ini. Hal ini mampu meningkatkan prestasi akademik murid-murid.
   Pihak sekolah amat berharap supaya ibu bapa/penjaga boleh memberikan semangat kepada anak-anak supaya boleh meningkatkan lagi usaha agar dapat terpilih menyertai program ini



No comments:

Post a Comment