... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, January 10, 2013

Pelaksanaan Program Maju Diri 2013


PROGRAM MAJU DIRI 2013

TARIKH : 8-10 Jan 2013 (Selasa-Khamis)
MASA : 7.30 pagi-9.30 pagi
TEMPAT : Dilaksanakan di dalam kelas masing-masing
PELAKSANA : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama semua guru Tahap 2

LATAR BELAKANG :
Program ini dijalankan atas matlamat berikut :

1. Melahirkan murid yang berwatak mulia, berketrampilan positif dan pandai bersosial.

2. Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan murid-murid.

3. Mewujudkan insan yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, intelek dan sosial.


OBJEKTIF PROGRAM :

1.             Dapat meningkatkan minat untuk belajar.

2.            Dapat memupuk semangat keyakinan dalam diri.

3.            Dapat mencungkil bakat dan potensi dalam diri murid.

4.            Dapat menanamkan rasa insaf dan kenal diri

5.          Dapat mengembalikan semula semangat untuk belajar setelah lama bercuti

SASARAN PROGRAM :
Pelaksanaan PMD adalah untuk semua murid Tahap 2 sahaja iaitu Tahun 4,5 dan 6.
Jadual pelaksanaan PROGRAM :

TAHUN 4
Selasa
(8.1.13)
7.30pg-8.30pg 
Nyanyian Lagu Pisang Apa
Sama Tapi Tak Serupa
8.30pg-9.30pg
Mengenal Diri
Kata Enggang
Rabu
(9.1.13)
7.30pg-8.30pg 
Motivasi Diri
Belalang Pekak
8.30pg-9.30pg
Pemikiran Kreatif
Khamis
(10.1.13)
7.30pg-8.30pg 
Pengurusan Masa

8.30pg-9.30pg
Sambungan Kritikal
Rehat Minda

TAHUN 5
Selasa
(8.1.13)
7.30pg-8.30pg 
Suai Mesra
Kita Seia Sekata
8.30pg-9.30pg
Mengenal Diri
Siapa Diriku
Rabu
(9.1.13)
7.30pg-8.30pg 
Salam Mesra
Dari Mata Turun Ke Hati
8.30pg-9.30pg
Tepuk Hikmah
Pelayaran Pak Tua
Khamis
(10.1.13)
7.30pg-8.30pg 
Mengurus Diri
Pengurusan Masa
8.30pg-9.30pg
Uji Minda

  
TAHUN 6
Selasa
(8.1.13)
7.30pg-8.30pg 
Angin tiup
Yang Paling Hebat
8.30pg-9.30pg
Wawasan Diri
Rabu
(9.1.13)
7.30pg-8.30pg 
Diskripsi Tugas

8.30pg-9.30pg
Harga Sebuah Kejayaan

Khamis
(10.1.13)
7.30pg-8.30pg 
Pengurusan Masa

8.30pg-9.30pg
Uji Minda

Manakala pada 11 Jan 2013 (Jumaat), satu ceramah persediaan memulakan sesi pembelajaran akan diadakan untuk semua murid Tahap 2. Tahun 4&5 – 8.30 pagi hingga 9.30 pagi manakala Tahun 6 akan diadakan pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

GAMBAR-gambar PROGRAM :



















RINGKASAN PROGRAM :

Program Maju Diri telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama dari semu guru yang mengajar Tahap 2. Kegembiraan yang ditunjukkan oleh murid-murid jelas menunjukkan keberkesanan program ini. Selain memupuk semangat untuk kembali ke sekolah, program ini juga berjaya membina semula hubungan murid-murid setelah bercuti hampir 2 bulan bersama keluarga.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang hadir mengikuti program ini. Kami di Unit Bimbingan & Kaunseling serta semua guru SK Taman Putra Perdana mengucapkan selamat kembali ke alam persekolahan dengan pengalaman yang lebih menyeronokkan.

No comments:

Post a Comment