... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 18, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KELAPAN (SESI PAGI)

Hari : Isnin
Tarikh :  18 Februari 2013
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi

Guru-guru bertugas :
1. Encik  Ismarizal B. Ismail
2. Puan Amirah Bt. Abdul Raffar (Guru Ganti Pn. Astina)
3. Puan Norhafiza Bt. Ismail
4. Puan Zuraini B. Zaidi
5. Puan Azlina Mat Isa
6. Cik Nor Shuhada Bt. Mohd Nor
7. Puan Noranismawati Bt. Mohd Faudzi
8. Puan Kwa Jin Nee

LAPORAN
1.0  Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
       1.1 Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan adik Intan
             Zulaikha binti Muzafar (6 Tiung).
       1.2 Bacaan doa oleh adik Iman Firas bin Zulhazmi (6 Tiung).
       1.3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh  Encik Ismarizal B. Ismail

2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Norli Bt. Hassan)
      2.1 Mengingatkan murid agar bertanggungjawab memastikan kebersihan kelas
      2.2 Murid perlu menggunakan makmal komputer secara berhemah dengan tidak bermain permainan komputer (game) dan mematuhi arahan guru.
      2.3 Murid-murid perlu beratur untuk ke bilik-bilik khas. Memastikan agar murid berdisiplin dengan bergerak secara berkumpulan diketuai oleh ketua kelas masing-masing.

3.0 Perkataan LAWAD
      3.1 Bahasa Melayu : mencedok - mengaut/mengambil
      3.2 Bahasa Inggeris : second - kedua
      3.3 Bahasa Arab : la'batulbilyati - permainan guli

4.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran (Pn. Siti Habsah Bt. Ahmad)
      4.1 Kepentingan mencatat nama guru bertugas
            Murid dikehendaki merujuk apa-apa perkara yang berlaku kepada guru bertugas
      4.2 Persiapan belajar setelah bercuti 
            Murid-murid diingatkan agar mempunyai semangat baru untuk belajar setelah habis bercuti.
      4.3 PKSR 1
            Murid-murid diberitahu bahawa tiada jadual khusus untuk PKSR 1. Pelajar perlu sentiasa                     bersedia menghadapi peperiksaan kerana ianya terpulang kepada guru matapelajaran untuk mengadakan peperiksaan pada waktu pengajaran dan pembelajaran.
      4.4 Lawatan Pelawat dari PPD
            Murid-murid diingatkan agar menunjukkan sikap yang baik dan bersopan santun kepada pelawat.


5.0 Pengumuman

     5.1 Tahun 6
          Bacaan Yassin akan diadakan pada hari Jumaat selepas perhimpunan di Dewan Perdana
     5.2 Tahun 4
          Untuk kelas Pendidikan Moral, murid-murid dikehendaki masuk ke kelas seperti biasa. 

Sesi perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi.

(dipos oleh: Pn. Amirah Bt. Abdul Raffar)

No comments:

Post a Comment