TARIKH : 8 Februari 2013 (Jumaat)
MASA : 4.00 petang hingga 6.10 petang
TEMPAT : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
LATAR BELAKANG
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah mengadakan
majlis sambutan Maulidur Rasul yang
bertemakan ‘Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah’. Sambutan Maulidur Rasul peringkat
sekolah adalah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SKTPP. Sambutan
ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam
kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini
juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan menjadikan Rasullulah
sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan hidup ini.
OBJEKTIF
- Menanam rasa cinta yang mendalam kepada Rasullullah .
- Melahirkan kesedaran kepada murid-murid mengenai jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan kebenaran Islam.
- Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan memelihara akhlak dan tingkah laku sebagai seorang Muslim.
- Mengasah bakat murid dalam aktiviti berteraskan Islam
- Merapatkan silaturrahim antara guru dan murid-murid dalam memartabatkan Pendidikan Islam
.
RINGKASAN MAJLIS
Murid-murid dan guru-guru berkumpul di Dewan Perdana pada
jam 4.00 petang.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zunaidi Bin
Jinalabin. Seterusnya guru-guru dan murid-murid
berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang
diketuai oleh Ustaz Zawadi Bin Ali.
Antara pertandingan yang telah dijalankan sebelum majlis ini
ialah tilawah Al-Quran dan hafazan, bercerita, bijak arab, melukis poster dan
menghasilkan sepanduk. Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah
disampaikan oleh PK Petang, Encik Rosdin Bin Ibrahim.
Murid-murid khusyuk mendengar ucapan dari guru |
Pemenang-pemenang Pertandingan Poster |
Johan Pertandingan Cerita Tahun 3 |
Penyampaian hadiah oleh PK Petang |
Majlis berakhir pada jam 6.10 petang. Di harap majlis ini
akan mampu melahirkan rasa keinsafan dan menimbulkan semangat baru dalam diri
murid-murid ke arah membentuk sahsiah dan peribadi cemerlang, sejajar dengan
matlamat pendidikan Islam untuk menghasilkan muslim yang berilmu, mencintai
Nabi Muhammad , beriman, berketrampilan dan beramal.
No comments:
Post a Comment