... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 9, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-9 (Sesi Pagi)

Guru-guru bertugas:

1. Encik Mahadir Midum (K)
2. Puan Juli Mahbah
3. Puan Nurliza Ab Rahman
4. Puan Roseniza Setapa
5. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
6. Puan Astina Mahad Nor
7. Puan Safinatunajakh Mat Som
8. Puan Asma Abdul Malik

Laporan/Ulasan

1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah dipimpin oleh adik Aina Hadlina (6 Waja)
Bacaan doa diketuai murid.
Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Juli bt Mahbah
Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Iffah Firzanah (6 Wira)

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Encik Ahmad Junaidi b Jinalabin)

-Menegur tentang sikap murid-murid : masih ada segelintir murid yang tidak memberi salam atau ucapan apabila berjumpa guru. Murid-murid sepatutnya memberi salam kepada guru sebagai tanda hormat.

- Masalah sampah, jangan membuang sampah sesuka hati. Murid-murid dikehendaki membuang sampah di tempat yang sepatutnya.

3. Ucapan guru bertugas minggu ini (Puan Juli Mahbah)

Tema pada minggu ini ialah Menjaga Kebersihan Diri
Kenapa kita perlu menjaga kebersihan diri?
a) Badan sihat
b) Tiada jangkitan kulit
c) Sentiasa cergas dan ceria

Langkah-langkah menjaga kebersihan diri adalah:

a) Mandi setiap hari menggunakan air bersih dan sabun supaya badan sihat dan selesa.
b) Gunakan tuala bersih untuk mengeringkan badan selepas mandi.
c) Selalu mencuci rambut menggunakan syampu. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.
d) Pakai pakaian yang bersih.
e) Cuci tangan sebelum dan selepas makan.
f) Selalu memberus gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi (seeloknya 3 kali sehari)
g) Sentiasa memakai pakaian dan stoking yang bersih.
h) Jaga kebersihan kuku. Kuku yang panjang boleh menyimpan kekotoran. Kekotoran yang melekat       pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman yang boleh tersebar kedalam badan kita semasa kita makan. Ini boleh menyebabkan kita terkena penyakit berjangkit seperti cirit-birit dan sebagainya.          
i) Bersihkan diri termasuk membasuh tangan selepas ke tandas.

Kesimpulanya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada kita. Oleh itu, kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan kebahagiaan hidup kita.

4. Adik Aina Ilyani bt Bijasari dari Kelab Doktor Muda  telah membacakan teks hebahan awam dengan tema "Makan di Luar, Kurang Masin, Pilihan Sihat" atau "Eating out, less salt, the healthier choice".

5.Seramai 8 orang murid telah mengikuti kursus kenaikan pangkat Koperal /Lans Koperal KRS dan Lans Koperal TKRS Daerah Sepang

6. Ucapan Guru Penolong Kanan  Kokurikulum (Puan Azizah bt Mokhlas)

  • Tahap kebersihan belum memuaskan terutama dalam kelas. Murid-murid suka membuang sampah dalam laci meja. Murid-murid hendaklah membuang sampah dalam tong sampah.
  • Hari Rabu sila hadirkan diri untuk mengikuti kokurikulum dan kelas tambahan untuk murid tahun 6. Sekiranya tidak dapat hadir sila dapatkan kad biru pada Encik Shahrizal atau Encik Tarmiji dan hantar di pondok jaga.
  • Cuti sekolah nanti sila buat ulangkaji di rumah.

7. Ucapan Guru Besar (Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali)

- Puan Guru Besar mengingatkan murid supaya membuat ulangkaji pelajaran waktu cuti sekolah nanti.
-Pihak Sekolah dan AJK PIBG telah mengadakan mesyuarat bersama pada minggu lepas bagi memantapkan lagi pengurusan sekolah.Antaranya ialah:

a) Fizikal Sekolah
b) Pendidikan
c) Menyelesaikan masalah-masalah yang timbul

  • Telah berlaku  dua kejadian murid jatuh longkang yang disebabkan besi longkang yang bengkok. Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga keselamatan diri. PIBG akan berusaha untuk  mengganti besi tersebut.
  • Murid-murid yang belum membayar sumbangan PIBG sila berbuat demikian menjelang bulan depan.Seramai lebih 800 buah keluarga lagi yang masih belum membuat  bayaran.
  • Hari Ahad ini (15/3/2015) akan diadakan gotong-royong  PIBG membuat garisan kuning tempat pakir bas dan van .
  • Minggu cuti sekolah nanti, pihak sekolah akan bermesyuarat bersama pengusaha bas dan van untuk membincangkan masalah-masalah yang berkait dengan lalu lintas dan cara penyelesaianny.
  • Pada tahun ini PIBG akan mengadakan projek besar iaitu Wakaf Pembinaan Surau dan Sumbangan Pembangunan Sekolah. Harap dapat mencapai sasaran kutipan dengan kerjasama ibu bapa
6. Perkataan LAWAD :

   BM    : menongkah - melawan/menentang
   BI      : wheel          - roda
   BA     : صابون         - sabun

Antara gambar-gambar sepanjang perhimpunan berlangsung...

PK Kokurikulum sedang memberi nasihat

Guru Besar sedang memberi ucapan

Murid memberi perhatian semasa guru memberi ucapan

Disediakan oleh : Asma Abdul Malik

No comments:

Post a Comment