Pelaksanaan program Mentor Mentee untuk kali pertama telah dilaksanakan pada ketetatapan berikut
Tarikh: 9 Mac 2015 (Isnin)
Masa : 12.50 tengah hari - 1.20 petang
Tempat : Kelas masing-masing
Aktiviti untuk kali pertama lebih menfokuskan kepada membina hubungan antara mentor dengan mentee masing-masing. Setiap kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan dan diketuai oleh seorang mentor.
Melalui program ini, murid dapat:
- Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee
- Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain
- Membina keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai
Sebahagian momen yang sempat dirakamkan sepanjang pelaksanaan program....
Mentor cuba membina keyakinan murid dengan meminta murid memperkenalkan diri masing-masing dan bercakap di hadapan mentee yang lain |
Mentee membentuk bulatan untuk memudahkan proses membina hubungan |
Penglibatan semua murid sebagai mentee tanpa sebarang pengecualian |
Mentor dapat mendekati murid dengan lebih dekat berbeza sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan |
Setiap kelas di bahagikan kepada 2 kumpulan bersama dengan setiap mentor |
Harapan pihak sekolah agar Program Mentor Mentee ini akan menjadi Amalan Guru Penyayang yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
No comments:
Post a Comment